‘Kamu adalah menteri yang sangat lucu!’ Zunar kepada Salleh Keruak

0
Zunar in Geneva next to his cartoon depicting the lack of freedom of expression in Malaysia

Semalam Menteri Multimedia dan Komunikasi Salleh Keruak dalam kenyataan medianya berkata bahawa pameran Zunar di Geneva bertujuan memalukan Perdana Menteri Najib Razak. Ini adalah kenyataan balas Zunar kepada Salleh.

Salleh berkata dia tidak menafikan kemungkinan ada usaha kolektif dari kartunis Zunar untuk menjatuhkan PM.

Zunar: Kalau kartunis boleh jatuhkan PM, itu bukan kesalahan tetapi kelucuan.

Malaysia adalah negara demokratik yang tidak menghalang sesiapa dari mengeluarkan pendapat, tetapi ia harus dilakukan melalui saluran yang betul.

Siapa yang kamu cuba perbodohkan? Maklukh asing dari Marikh pun tak akan percaya kata-kata kamu. Kalau Malaysia begitu demokratik, kenapa lebih dari 100 individu telah sama ada disiasat, ditangkap atau dihukum di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana mengeluarkan pendapat mereka sejak 2014?

Mengeluarkan pendapat mestilah melalui saluran yang betul? Saya sendiri telah ditangkap, diganggu, pejabat diserbu dan berterusan ditekan pihak berkuasa semata-mata kerana menzahir pendapat melalui cara kreatif! Apakah melukis kartun dan menerbitkan buku kartun bukan saluran yang betul?

Tidak salah untuk mempunyai pendapat yang berbeza atau tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kenapa melibatkan negara luar?

Sebagai pemenang anugerah 2016 cartooning for Peace, saya telah dijemput oleh Cartooning for Peace Foundation dan datuk bandar Geneva untuk mempamerkan 10 karya-karya kartun di Switzerland bermula 3 Mei lalu.

Zunar-with-Geneva-billboards

Karya bersaiz besar itu dipamerkan di lokasi strategik di tasik Lac Leman sehingga awal Jun. Atara pengunjung termasuk bekas Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan, kartunis terkenal dari Peranchis Jean Plantureux Plantu dan Datuk Bandar Guillaume Barazzone.

Sebagai menteri komunikasi, Salleh harus sedar bahawa kita sekarang hidup dalam dunia tak bersempadan. Semua isu telah menjadi masalah sejagat. Untuk pengetahuan, saya juga telah dijemput untuk berucap di PBB ketika di Geneva kerana bagi mereka kebebasan bersuara adalah isu gobal.

Dunia telah menjadi rapat. Kerana itu, media seperti The Wall Street Journal di New York boleh membuat laporan mengenai apa yang berlaku di Malaysia. Kerana itu juga perdana menteri boleh menyaman mereka dari Malaysia, cuma dia masih menunggu hari Selasa datang!

Adalah kamu telah melihat pameran saya, Salleh? Jika tidak, biar saya beritahu kamu bahawa isu yang terkandung ialah rasuah, kebebasan bersuara, (alleged) konspirasi terhadap Anwar dan National Security Council.

Adakah ada diantara kartun ini tidak menceritakan kebenaran? Kalau kamu masih tak jelas mengenai kartun-kartun saya, dipersila datang ke pelancaran buku baru saya, WASABI (Wa Sapu Billion) hari Sabtu ini (14 Mei) dan beli satu. Sila ke link ini untuk maklumat lengkap.

Tidak, kamu tidak boleh mendapatkannya di kedai buku kerana kerajaan ‘demokratik’ kamu telah mengharamkannya.

Pameran Zunar adalah satu penghinaan kepada pemimpin yang dipilih rakyat.

Ketika di Geneva, orang-orang di sana telah mengetahui mengenai isu rasuah di Malaysia kerana ia telah disiarkan secara besar-besaran oleh media antarabangsa. Soalan popular ialah “Kenapa RM2.6bn dikatakan sebagai derma?”

Jadi sebenarnya Perdana Menteri dan seluruh kabinet telah memalukan diri mereka sendiri dan negara. Bukan saya.

Saya ingin mengulangi bahawa menjadi tanggungjawab seorang kartunis untuk mendedahkan korupsi dan saya akan terus melukis hingga ke titisan dakwat terakhir!

Disamping memberi imej buruk kepada negara, pameran Zunar juga dilihat sebagai sabotaj kepada ekonomi negara dan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.

Lebih dari RM42bn wang rakyat lesap dalam skandal 1MDB; kamu masih menyalahkan kartunis kerana masalah ekonomi. Kamu adalah menteri yang sangat lucu, Salleh!

Zunar adalah kartunis politik di Malaysia

Anugerah

  • 2016 Cartooning for Peace Award
  • Courage in Editorial Cartooning Award 2011 by Cartoonists Rights Network International
  • Human Rights Watch Hellman/Hammett Award for 2011 and 2015
  • International Press Fredom Award, Commitee to Protect Journalists, New York 2015

Latar Belakang

Zunar (nama sebenar Zulkiflee Anwar Ulhaque) adalah kartunis politik di Malaysia. Karya-karya beliau memfokus kepada membongkar korupsi, salah laku dan kezaliman kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Pada 10 Februari lepas, beliau ditangkap di dimasukkan ke lokap selama tiga hari di bawah Akta Hasutan.
Sebelum itu, pada September 2010, beliau juga pernah ditangkap di bawah undang-undang yang sama.

Pada 3 April 2015, Zunar di dakwa ke mahkamah atas sembilan tuduhan di bawah Akta Hasutan. Hukuman maksima untuk semua kesalahan ini adalah 43 tahun penjara.

Sebelum itu, pemerintah mengharamkan tujuh buku kartun beliau. Pengilang dan pekedai di seluruh Malaysia diugut supaya tidak mencetak dan menjual buku-buku kartun Zunar.

Pejabatnya di Kuala Lumpur sudah tiga kali diserbu penguasa, dan ribuan buku dirampas.

Zunar adalah satu-satunya rakyat Malaysia termasuk dalam 10 inidividu dari seluruh dunia yang dipilih dalam kempen Write for Rights (#W4R) 2015 oleh Amnesty International.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments