Hukuman ke atas Tian Chua: Terjajah walau sudah merdeka

0
1 view
Tian Chua - Photograph: keadilandaily.com

Gerakan Hapus Akta Hasutan hari ini melahirkan rasa kecewa di atas keputusan yang di buat didalam kes akta hasutan melibatkan Tian Chua, Ahli Parlimen Batu, yang dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda sebanyak RM1,800.

Tian Chua dituduh menghasut didalam sebuah ceramah pada 13 Mei 2013 yang lalu. Turut sama dihadapkan ke mahkamah ialah Hishammuddin Rais, Adam Adli, Safwan Anang, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim.

Keputusan yang dibuat tidak menghormati semangat yang ada didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin kebebasan rakyat untuk bersuara. Menyatakan pendapat tidak seharusnya dijadikan satu jenayah, walau mungkin pendapat itu kadangkala berbeza dengan yang lain.

Selepas hampir empat tahun berlalu, sehingga hari ini tidak ada yang terhasut, malah tidak ada kacau bilau yang berlaku. Hal ini membuktikan bahawa ‘kecenderungan menghasut’ di dalam akta hasutan itu sendiri terbuka kepada tafsiran yang terlalu luas.

Akta drakonian ini digubal penjajah British, sebulan selepas darurat di isytiharkan pada 20 Jun 1948, yang membuatkan hampir 30,000 rakyat Tanah Melayu ketika itu ditangkap dan dipenjara, parti-parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan, termasuklah sebuah perikatan parti rentas bangsa pertama di Tanah Melayu, Putera-AMCJA turut sama diharamkan.

Jelas menunjukkan bahawa akta ini diguna penjajah untuk menutup kritikan dan menindas rakyat. Kita tak perlu akta penjajah ini lagi. Mansuh Akta Hasutan segera!

Amir Abd Hadi ialah penyelaras Gerakan Hapus Akta Hasutan.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments