GHAH: Kes hasutan Adam Adli – harus gugur, bukan denda

0
Adam Adli - Photograph: Malay Mail

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan kekecewaan diatas keputusan keputusan tersebut namun menyambut baik keputusan untuk menukarkan hukuman penjara 12 bulan kepada denda.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ab Karim Ab Rahim hari ini mengekalkan sabitan bersalah keatas aktivis pelajar, Adam Adli B Abdul Halim di bawah Akta Hasutan.

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan kekecewaan diatas keputusan keputusan tersebut namun menyambut baik keputusan beliau untuk menukarkan hukuman penjara 12 bulan kepada denda sebanyak RM5,000.

Suka untuk diingatkan, terutamanya kepada peguam negara, bahawa Akta Hasutan telahpun dipinda dan definisi “kecenderungan menghasut” tidak lagi merangkumi pihak “kerajaan” dan juga pembangkitan “perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana negeri” – dan oleh itu bukan lagi merupakan satu kesalahan hasutan.

GHAH berpendapat pendakwaraya tidak perlu merayu dan menerima keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Peguam negara seharusnya mengkaji semula semua pertuduhan Akta Hasutan, kerana majoritinya berkaitan “kerajaan” dan “pentadbiran keadilan” yang sudah dipinda.

Akta Hasutan itu sendiri sudah tidak relevan untuk digunakan. Akta tinggalan penjajah ini dilihat terus digunapakai bagi mendiamkan serta menakutkan rakyat sedang hak untuk bersuara dilindungi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan jelas menjamin hak kebebasan bersuara seluruh rakyat Malaysia.

GHAH secara tegas mengulangi tuntutan yang dibuat sejak sekian lama:
1. Mansuhkan Akta Hasutan 1948
2. Gugurkan semua pertuduhan dan bebas semua tahanan
3. Tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim

Amir Abd Hadi ialah penyelaras Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH).

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.