GHAH: Gugurkan semua pertuduhan bawah Akta Hasutan

0
168

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) menyambut baik pengguguran dakwaan hasutan ke atas pensyarah undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom.

GHAH juga berharap agar semua tuduhan hasutan yang lain turut dikaji semula serta digugurkan sama sekali.

Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berkata antara sebab pengguguran pertuduhan ini adalah “demi menegakkan keadilan”. Adalah tidak adil sekiranya pertuduhan lain, yang juga dibuat secara tidak adil, serta bertentangan dengan semangat kebebasan bersuara yang dijamin didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, diteruskan.

Peguam Negara tidak seharusnya menjadikan pengguguran pertuduhan ini sebagai publisiti untuk beliau menutup kontroversi bersama SPRM berkaitan kes derma Perdana Menteri. Beliau mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau benar-benar ikhlas dalam usaha mereformasikan sistem perundangan di Malaysia.

Pindaan yang telah dibuat kepada Akta Hasutan pada 10 April 2015, telah pun memotong keluar perenggan 3(1)(c), menjadikan kritikan terhadap kerajaan bukan lagi satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Majoriti kepada kes hasutan terdahulu ialah berkenaan dengan kritikan ke atas kerajaan. Peguam Negara seharusnya turut mempertimbangkan untuk menggugurkan kes-kes tersebut.

Akta Hasutan itu sendiri sudah tidak relevan untuk digunakan. Kita sudahpun berada di tahun 2016, hampir 59 tahun kita mencapai kemerdekaan dari penjajah British. Ini sudah masanya kita memberikan erti kemerdekaan sebenar buat seluruh rakyat Malaysia. Jangan sia-siakan pengorbanan nenek moyang kita untuk mencapai kemerdekaan dengan meneruskan penggunaan akta tinggalan penjajah ini.

GHAH secara tegas mengulangi tuntutan yang dibuat sejak sekian lama:
1. Mansuhkan Akta Hasutan 1948
2. Gugurkan semua pertuduhan dan bebas semua tahanan
3. Tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of