Suhakam: Hukuman mati melanggar hak untuk hidup

0
Graphic: amnestyusa.org

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sedia maklum pelaksanaan hukuman mati ke atas Gunasegar Pitchaymuthu, Ramesh Jayakumar dan Sasivarnam Jayakumar pada 25 Mac 2016 di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 undang-undang yang sama.

Suruhanjaya kesal dalam hal ini kerana pada bulan November 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri baharu sahaja mengumumkan bahawa kerajaan sedang memuktamadkan pindaan untuk menghapuskan hukuman mati mandatori dalam undang-undang yang berkaitan. Rang undang-undang itu dijangka akan dibentangkan pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini (Mac 2016).

Kini, lebih dua pertiga daripada negara-negara di dunia telah memansuhkan hukuman mati dalam undang-undang atau amalannya.

Suruhanjaya juga bimbang kerana hukuman mati mandatori melanggar hak asasi untuk hidup, seperti yang termaktub dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa kerana ia merupakan suatu kehilangan sewenang-wenangnya hak untuk hidup, yang menafikan hakim dari menggunakan budi-bicara dan mempertimbangkan semua faktor kes, termasuk mengambil kira fakta kesalahan atau ciri-ciri setiap pesalah individu. Sebaliknya, setiap pesalah dihukum mati tanpa mengira faktor mitigasi yang dapat meringankan hukuman.

Sementara perbincangan sedang berjalan mengenai penghapuskan hukuman mati mandatori dalam negara, Suruhanjaya mengingatkan bahawa sebarang kesilapan mahkamah atau kegagalan menegakkan keadilan dalam pelaksanaan hukuman mati tidak boleh diubah dan tidak boleh diperbaiki. Begitu juga, rasional bahawa hukuman mati bertindak sebagai penghalang telah beberapa kali diragui dan ditolak.

Oleh yang demikian, Suruhanjaya mengesyorkan bahawa satu moratorium ke atas hukuman mati dilaksanakan, sekurang-kurangnya bagi menunjukkan penghormatan terhadap maruah manusia dan juga demi peningkatan dan pembangunan progresif hak asasi manusia di Malaysia.

Tan Sri Hasmy Agam ialah pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)


 

READ MORE:  Presumption of innocence until proven guilty

The death penalty violates the right to life

The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) notes the execution of Gunasegar Pitchaymuthu, Ramesh Jayakumar and Sasivarnam Jayakumar on 25 March 2016 under section 302 of the Penal Code, read together with section 34 of the same Code.

The commission expresses regret in this regard as only recently in November 2015, Minister in the Prime Minister’s Department Nancy Shukri announced that the government was in the midst of finalising amendments to remove the mandatory death penalty in relevant laws. The bill was expected to be tabled at the current (March 2016) Parliamentary session.

Today, over two thirds of the world’s nations have abolished the death penalty in law or practice.

Suhakam is concerned because the mandatory imposition of the death penalty violates the basic right to life, as enshrined in international human rights laws as it constitutes an arbitrary deprivation of life, as well as denies judges the possibility of taking into account the facts of the offence or the characteristics of each individual offender. Instead, each offender is sentenced to death regardless of any mitigating circumstances that may apply.

While discussions on abolishing the mandatory death penalty in the country continue, Suhakam cautions that any miscarriage or failure of justice in the implementation of the death penalty is irreversible and irreparable. Further, the rationale that the death penalty acts as a deterrent has been discredited and dismissed on several occasions.

Suhakam therefore recommends that a moratorium on the use of the death penalty be put in place that will at the very least, contribute to the respect for human dignity and to the enhancement and progressive development of human rights in Malaysia.

READ MORE:  Drug mules on death row: Why we need to abolish the death penalty

Tan Sri Hasmy Agam is chairman of the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam).

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments