Bebas Jufazli segera!

0
14 views

Penahanan yang dilakukan keatas seorang pensyarah muda sains politik, Jufazli Shi Ahmad, dibawah Akta Hasutan adalah keterlaluan. Gerakan Hapus Akta Hasutan mengutuk penahanan tersebut.

Beliau turut disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

GHAH difahamkan Jufazli ditahan berikutan satu posting di media sosial berkaitan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nur Misuari, pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), yang kononnya terdapat bukti mengatakan bahawa ada penculikan yang dilakukan diatas arahan Malaysia.

Jika dilihat dari posting tersebut, Jufazli hanya mengutarakan persoalan berikutan kenyataan tersebut. Pihak berkuasa seharusnya menyiasat dakwaan Nur Misuari, kerana ia adalah satu tuduhan yang berat. Malangnya, Jufazli, yang merupakan seorang pensyarah, serta seorang penganalisa politik, ditahan.

GHAH juga mempersoalkan tindakan pihak berkuasa, yang akan menghantar Jufazli ke Sabah untuk tujuan reman. Beliau boleh sahaja disiasat di Kuala Lumpur tanpa perlu dihantar ke Sabah.

GHAH menggesa pihak berkuasa berhenti menggunakan Akta Hasutan sebagai alat untuk menakutkan rakyat dari terus bersuara, serta segera memansuhkan akta lapuk ini.

Bebas Jufazli segera!

Amir Abd Hadi

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments