Ugutan berbentuk jenayah kepada Aishah Tajuddin

1
no views

Sisters in Islam menyeru agar polis dan Peguam Negara mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang melakukan ugutan tersebut.

Sisters in Islam mengecam sebarang tindakan kekerasan dan ugutan terhadap Aishah Tajuddin berikutan daripada video satira “Kupas” terbitan bersama BFM dan Projek Dialog yang membincangkan tentang Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993 yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 18 Mac 2015 yang lepas.

Ugutan yang diterima oleh Aishah Tajuddin merupakan satu tindakan jenayah di bawah Seksyen 503 dan 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih darui tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya.

Kami juga menyeru agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kamar Peguam Negara mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang melakukan ugutan jenayah tersebut.

Ugutan berbentuk jenayah yang dilakukan terhadap Aishah Tajuddin adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam dan kebebasan berpendapat yang telah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Kami juga percaya bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993 bukanlah sesuatu yang sakral dan tidak boleh dikritik secara substantif dan dari sudut pelaksanaannya. Ia juga terbuka kepada cabaran perundangan di Mahkamah melalui satu semakan kehakiman.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh Aishah Tajuddin di dalam video satira tersebut seperti masalah pasca-banjir, dadah dan kemiskinan juga harus diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan dijadikan keutamaan (awlawiyat) berbanding dengan melaksanakan Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993.

Dr Yusuf Al Qaradawi di dalam Kitabnya Fi Al Fiqhi Al Awlawiyat: Dirasah Jadidah Fi Daw’I Al Qur’an Wa Al Sunnah menyatakan bahawa antara kesalah fahaman yang sering terjadi kepada para pejuang Islam adalah kerana terlalu taksub dan berlebih-lebihan di dalam memberikan tumpuan kepada pelaksanaan Hudud, Qisas dan Ta’zir sehingga menimbulkan tanggapan yang kurang baik terhadap kalangan orang awam.

Terbaru, dalam satu temuramah Al Jazeera pada tahun 2011, beliau menyatakan pelaksanaan Hudud bukanlah satu keutamaan di saat rakyat masih lagi kelaparan, peluang pekerjaan juga sukar untuk di dapati dan negara masih gagal menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi kepada rakyat.

Kami menyeru agar kita bersikap lebih objektif dan berlapang dada dalam menerima sebarang kritikan dan tidak terburu-buru menuduh Aishah Tajuddin atau sesiapa sahaja yang mengkritik dan memberikan sarana terhadap pelaksanaan Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993.

Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993 untuk memasuki ruang awam melalui saluran demokrasi; oleh yang demikian sesiapa sahaja berhak bersuara tentang undang-undang tersebut sebagaimana yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sisters in Islam
20 Mac 2015

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
Wong Kee Fui
21 Mar 2015 11.19pm

Don’t expect the help from PDRM, and I wld not be surprise if KDN or home minister Zahid wld brush it off as the murder threat hve not happen, thus cannot be taken seriously.