Suhakam: Jangan gunakan undang-undang keselamatan untuk mengekang expresi politik

0
no views

Suruhanjaya kesal kerana pengkritik kerajaan telah disasarkan melalui undang-undang keselamatan negara dan menyeru agar dakwaan segera digugurkan, kata Khaw Lake Tee. (English version below)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) merujuk kepada tangkapan dan penahanan berberapa individu baru-baru ini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana membuat laporan terhadap sebuah syarikat pembangunan milik kerajaan kepada agensi penguatkuasaan di luar negara.

Suruhanjaya khuatir kerana definisi “kesalahan keselamatan” dibawah Sosma menunjukkan bahawa ia kini telah diluaskan bukan hanya sekadar kesalahan keganasan, bertentangan dengan jaminan Perdana Menteri pada tahun 2011 bahawa “tiada individu akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politiknya”.

Penangkapan tersebut juga menyalahi Seksyen 4(3) Akta tersebut yang menyatakan bahawa “tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan dibawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya”.

Oleh itu, Suruhanjaya sangat kecewa dengan pelanggaran Perlembagaan yang semakin berleluasa dan terang-terangan, serta amat bimbang bahawa undang-undang penahanan pencegahan, keganasan dan keselamatan disalahguna untuk menyekat kebebasan politik dan perbezaan pendapat.

Suruhanjaya mengimbas kembali bahawa undang-undang penahanan pencegahan di Malaysia digubal semula untuk menangani isu keganasan, contohnya untuk mencegah serangan pengganas dan/atau untuk melindungi sebarang bukti yang berhubung dengan kegiatan pengganas.

Walaupun Suruhanjaya menghargai kebimbangan pihak berkuasa jika tidak mempunyai kuasa penahanan pencegahan berkesan untuk menangani ancaman pengganas, ia menekankan bahawa penggunaannya mesti setimpal dengan cabaran yang dihadapi, setelah mempunyai bukti yang mencukupi dan boleh dipercayai akan berlakunya serangan pengganas.

Suruhanjaya juga bimbang walaupun mempunyai kuasa yang luas untuk mendakwa seseorang bagi suatu kesalahan jenayah dengan menggunakan undang-undang jenayah prosedur sedia ada tanpa perlu merujuk kepada Sosma, pihak berkuasa memilih untuk tidak berbuat demikian.

READ MORE:  Right decision to drop charges against 12 accused of supporting LTTE

Dalam kenyataannya pada 16 April 2012, Suruhanjaya telah memuji Perdana Menteri dalam usaha beliau ke arah pembaharuan demokratik dan mengalu-alukan Sosma untuk memelihara keselamatan negara, walaupun ia menimbulkan beberapa kebimbangan.

Suruhanjaya mengulangi bahawa “kesalahan keselamatan” mesti ditakrifkan berhubung dengan aktiviti pengganas dan menggesa kerajaan untuk menggunakan dan melaksanakan peruntukan-peruntukan undang-undang di negara secara berkesan dan dengan suci hati.

Suruhanjaya mengingatkan pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia bahawa risiko kredibiliti mereka akan tercalar sekiranya mereka terus menyalahgunakan undang-undang anti-keganasan dan/atau undang-undang keselamatan untuk tujuan bukan keganasan dan menyeru pihak penguatkuasa diberikan latihan dan panduan secukupnya berhubung penggunaan dan pemakaian undang-undang tersebut.

Suruhanjaya turut kesal kerana pengkritik kerajaan telah disasarkan melalui undang-undang keselamatan negara dan menyeru agar dakwaan ini segera digugurkan kerana Sosma, apabila disalahgunakan, telah terbukti menyebabkan, dan akan menyebabkan, pelanggaran hak asasi manusia yang serius.

Datuk Dr Khaw Lake Tee ialah pemangku pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)
12 Oktober 2015


English version:

Security and terrorism laws must not be used to stifle political expression

The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) refers to the recent arrests and detention of individuals under the Security Offences (Special Measures) Act (Sosma) 2012 for lodging reports with external enforcement agencies against a government-owned development company.

The Commission is perturbed that the broad characterisation of “security offences” under Sosma now suggests that its ambit extends beyond terrorism offences, contradicting the prime minister’s guarantee in 2011 that “that no individual will be arrested merely on the point of political ideology”.

These arrests further contravene section 4(3) of the Act which states that “no person shall be arrested and detained for his political belief and political activity”.

READ MORE:  Release taskforce report on Amri Che Mat

As such, the Commission is most indignant at such widespread and flagrant constitutional violations and is deeply concerned that preventive detention, terrorism and security laws are being misused to suppress political expression and dissent.

The Commission recalls that preventive detention laws in Malaysia were re-enacted to address terrorism concerns, such as to prevent terrorist attacks and/or to protect evidence relating to terrorist activities.

While the Commission appreciates the concerns that the authorities may have and the consequences of not having preventive detention powers to effectively thwart a genuine terrorist threat, it stresses that its use must be proportionate to the challenges faced, after having sufficient and reliable evidence of an imminent terrorist attack.

The Commission is therefore alarmed that despite having extensive powers to charge a person for a criminal offence using existing criminal procedural laws without resorting to Sosma, the authorities have chosen not to do so.

In its press statement on 16 April 2012, the Commission applauded the prime minister’s efforts for democratic reforms and welcomed Sosma to preserve national security, although it raised several concerns.

The Commission reiterates that “security offences” must be defined in relation to a terrorist activity and urges the government to promote and implement the provisions of all laws effectively and in good faith.

The Commission further cautions that the authorities, in particular the Royal Malaysia Police risk injuring their credibility if they continue to misuse anti-terrorism and/or security laws for non-terrorism purposes and calls for enforcement personnel to be given proper guidance and training on the use and application of such laws.

READ MORE:  Giant leap for rights of accused persons and in the quest for legal, institutional reforms

The Commission regrets that government critics have been targeted through national security laws and calls for these charges to be immediately dropped as Sosma, when misused, has proven to cause, and will cause, serious human rights violations.

Datuk Dr Khaw Lake Tee is acting chairman of the the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam)
12 October 2015

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments