Suaram: Perbicaraan inkues kematian Kamarulnizam Ismail

0
Aliran members were among those who protested outside the central lock-up in Bayan Baru on Mother's Day 2014

Suaram menggesa agar satu badan bebas yang spesifik ditubuhkan untuk memantau salah laku dan kuasa polis.

Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh pada 26 Oktober 2015 menetapkan bahawa perbicaraan inkues berkaitan kes kematian dalam tahanan allahyarham Kamarulnizam Ismail pada 11-12 Januari 2016.

Pada 8 Mac 2014, beliau telah dijumpai mati di Penjara Tapah sekitar jam 7.25 pagi hanya selepas hari kedua tiba dari Balai Polis Bukit Mertajam. Mangsa telah ditahan pada 3 Mac 2014 bagi membantu siasatan pihak polis berkaitan dengan kes kecurian.

Bagaimanapun mangsa telah dijatuhkan hukuman di bawah Kanun Keseksaan kerana dikatakan gagal untuk mengemukakan keterangan dalam mahkamah dimana beliau perlu membayar denda RM800 atau dipenjarakan selama tiga minggu.

Pihak keluarga memaklumkan bahawa mangsa sendiri tidak mahu untuk membayar denda kerana ingin menggunakan duit tersebut untuk membaiki kereta dan bersedia untuk dipenjara kerana tempoh penjara diambil sejak beliau ditahan.

Kes inkues ini diminta sendiri oleh pihak keluarga untuk dilakukan untuk mengetahui apakah sebab sebenar kematian mangsa kerana keluarga menjumpai beberapa kesan lebam dan kecederaan di tubuh mangsa sejurus selepas kematian.

En. Visvanathan yang mewakili keluarga sejak daripada permohonan inkues di Mahkamat Tinggi Ipoh akan terus memperjuangkan keadilan bagi keluarga mangsa.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan terus mengikuti perkembangan kes ini beserta memberikan sokongan penuh kepada keluarga dan peguam bagi memastikan punca kematian mangsa diketahui.

Suaram juga dibantu oleh Teoh Beng Hock Demi Demokrasi melalui dana bagi menguruskan hal ehwal keluarga dan peguam untuk menguruskan inkues di mahkamah.

Sehingga tempoh ini, Suaram merekodkan kematian dalam tahanan bagi tahun 2015 adalah sebanyak 10 orang iaitu empat orang Melayu, tiga orang India, seorang Cina, seorang warganegara Afrika dan seorang lagi warganegara Nigeria.

READ MORE:  Satu lagi kematian dalam tahanan berlaku ketika ahli politik melaungkan ‘setiap nyawa berharga’ (Malay/English)

Kematian dalam tahanan adalah sesuatu perkara yang serius dan membimbangkan. Berdasarkan rekod yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri sepanjang tempoh 2000 sehingga 2014, hanya dua kes (0.008%) yang disabitkan kesalahan kepada pihak polis.

Bagaimanapun jika melihat kepada beberapa kes yang spesifik ahli keluarga mendakwa terdapat tanda-tanda berlakunya salah guna kuasa oleh pihak polis seperti kes Syed Mohd Azlan, Murugan Muniandy, dan S Agin Raj Naidu tetapi sehingga hari ini dalam kes terbabit masih tiada sebarang dakwaan atau tindakan dilakukan ke atas pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.

Suaram terus menggesa agar satu badan bebas yang spesifik ditubuhkan untuk memantau salah laku dan kuasa polis seperti mana yang telah disarankan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja pada tahun 2005.

Sumber: Suaram

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments