Permatang Pauh: Debat terbuka dibatalkan kerana hanya calon PKR balas kehadiran beliau

0
Wakil masyarakat madani Pulau Pinang menyerah surat jemputan kepada petugas calon BN

Dengan dukacita, kami daripada lapan organisasi masyarakat madani Pulau Pinang terpaksa membatalkan debat terbuka yang dijadualkan pada 4 Mei jam 8 malam bagi calon-calon pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Hal ini kerana hanya satu calon sahaja yang balas akan hadir ke debat terbuka iaitu calon daripada Parti Keadilan Rakyat iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kami melihat tidak berguna sekiranya hanya satu calon yang akan menjelaskan pendirian beliau dan tiada debat antara pandangan yang berbeza supaya pengundi boleh membuat penilaian dan perbandingan sebelum mengundi.

Kami berharap calon-calon yang terlibat dalam pilihan raya kecil boleh menjelaskan isu-isu yang menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia secara langsung termasuk:

  • Pandangan calon mengenai GST dan polisi ekonomi kerajaan yang sepatutnya dalam kontek yang lebih menyeluruh;
  • Penggunaan undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Pencegahan Pengganas (Pota), Akta Polis, dan undang-undang lain yang mungkin mencabuli demokrasi dan hak asasi; dan
  • Bagaimana kita menghadapi dengan ketidaktoleransi antara agama dan etnik yang sedang meningkat; perkara ini menyebabkan pepecahan masyarakat dan bukan harmoni dalam negara kita.

Bagi pihak lapan organisasi masyarakat madani Pulau Pinang, berikut adalah pandangan kami mengenai tiga isu secara ringkas:

  • GST merupakan sistem cukai yang regresif. Setiap orang tidak kira kaya atau miskin perlu membayar cukai. Dari bayi sehingga orang tua termasuk mereka yang tidak pekerjaan juga perlu membayar cukai. Oleh itu, kami tolak GST dan lebih cenderung kepada sistem cukai progresif, cukai orang kaya dan membantu yang miskin.
  • Kami membantah penggunaan akta-akta zalim seperti Akta Hasutan, Akta Pencegahan Pengganas (Pota), Akta Polis, dan undang-undang lain yang mencabuli demokrasi dan hak asasi. Akta hasutan patut dimansuhkan seperti yang telah dijanji oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak.
  • Kami juga menolak rasisme dan tindakan keras yang menyebabkan pepecahan masyarakat dan harmoni di Malaysia.
READ MORE:  Darurat untuk menangguhkan pilihan raya bukan jalan terbaik (Malay/English)

Oleh itu, kami menyeru pengundi-pengundi konstituensi Permatang Pauh mengundi dengan bijak khasnya mesti melihat pendirian mereka. Pengundi yang bekerja di luar negeri juga kami harap semua boleh balik untuk mengundi. Hal ini adalah kerana calon yang dipilih akan masuk ke parlimen untuk terlibat dalam proses membuat undang-undang dan polisi yang menjejaskan kehidupan harian kami.

Demi menganjur debat terbuka ini, kami telah mengeluarkan kenyataan pada 23 April dan telah menghantar surat rasmi pada 25 April selepas pernamaan calon khasnya calon-calon daripada Barisan National dan Parti Keadilan Rakyat.

Pihak Umno maklum bahawa ada beberapa majlis yang telah dirancang awal. Kami akan teruskan usaha dan berharap suatu hari nanti akan juga ada budaya debat terbuka dalam politik Malaysia semasa pilihan raya. Ini telah memberi pentas yang bagus untuk rakyat melihat pendirian setiap calon.

Organisasi-organisasi masyarakat madani Pulau Pinang:

  1. Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
  2. Bersih 2.0 Wilayah Utara
  3. Gerakan Mahasiswa Maju USM (SPF USM)
  4. KitaLawan (Utara)
  5. Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri P.Pinang (Ikram)
  6. Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG Perhubungan P.Pinang
  7. Serikat Mahasiswa
  8. Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Pejabat Pulau Pinang
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments