MyCAN: Hentikan kuasa nuklear sekarang!

0
113 views

Kami, rakyat dan pertubuhan masyarakat sivil dalam Gabungan Menentang Nuklear Malaysia (Malaysian Coalition Against Nuclear – MyCAN) yang bertandatangan di bawah, menolak kuasa nuklear sebagai pilihan untuk keperluan tenaga Malaysia.

Kami menentang kuasa nuklear sebab:

  • Kuasa nuklear adalah pada hakikatnya tidak selamat. Kajian menunjukkan bahawa penduduk yang tinggal sekitar 100km dari loji kuasa nuklear (nuclear power plants – NPPs) ada peluang yang lebih tinggi untuk menghidapi kanser, leukemia dan kecacatan DNA. Sisa nuklear kekal radioaktif untuk beribu-ribu tahun dan tidak boleh dilupus dengan selamat. NPPs adalah terdedah kepada bencana alam dan kemalangan, kesilapan manusia serta sabotaj atau serangan pengganas.
  • Kuasa nuklear adalah sangat mahal dari kos mendapatkan uranium, pembinaan dan kos operasi NPPs, pengurusan sisa nuklear dan penyahtauliahan Ioji.
  • Kuasa nuklear tidak bersih atau hijau. Setiap langkah – dari perlombongan bijih uranium, pengilangan, pemprosesan, fabrikasi bahan api, pembinaan reaktor, pemprosesan semula bahan api, penyahtauliahan dan penyimpanan sisa – melepaskan gas rumah hijau, zarah radioaktif dan bahan-bahan toksik yang meracuni udara, air dan tanah.
  • Kuasa nuklear akan menjadikan Malaysia tidak terjamin dari segi tenaga kerana pergantungan kepada teknologi asing dan pengimportan bekalan bahan nuklear.

Atas alasan-alasan tertera di atas, kami menolak Rang Undang-undang Kawalseliaan Tenaga Atom yang mungkin akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang dari 19 Oktober ke 3 Disember 2015. Rang undang-undang ini akan membuka pintu untuk penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan elektrik.

Kami juga membantah keras forum awam yang dijalankan oleh Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (Malaysia Nuclear Power Corporation – MNPC), yang mempunyai agenda dalam mempromosikan tenaga nuklear. Kami berpandangan bahawa ianya suatu bentuk propaganda untuk tujuan mempromosikan kuasa nuklear dan memperdaya orang ramai untuk menerima kuasa nuklear.

Kerajaan menyembunyikan kemajuan sebenar hala tuju kuasa nuklear. Dari satu segi, kerajaan menegaskan bahawa ia masih belum membuat keputusan mengenai penjanaan kuasa nuklear, manakala di segi yang lain, kerajaan bersedia untuk membentangkan rang undang-undang yang akan membuka jalan kepada penjanaan kuasa nuklear di Malaysia.

la telah lama menjadi cita-cita pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak untuk menggunakan kuasa nuklear di Malaysia. Pada tahun 2010, kerajaan telah menerima Dasar Nuklear Negara. Kuasa nuklear juga termasuk dalam Dasar Tenaga Baru (2010), dan loji kuasa nuklear unit berkembar dalam anggaran kos RM23bn dirancang di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Pada tahun 2011, MNPC yang melapor terus ke pejabat Perdana Menteri, telah ditubuhkan untuk menerajui, merancang dan menyelaras pelaksanaan program kuasa nuklear yang dijangka menyiapkan loji kuasa nuklear pertama di Malaysia menjelang 2021.

Dalam Rancangan Malaysia ke-11, rujukan berikut untuk kuasa nuklear menyimpulkan bahawa penerima-gunaan kuasa nuklear bukan lagi persoalan jika tetapi persoalan bila:

…program komunikasi dan kesedaran awam untuk meyakinkan penerimaan masyarakat terhadap pembinaan Ioji janakuasa arang batu dan nuklear untuk jaminan bekalan dan Penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif akan terus diterokai. Dalam hal ini, sebuah suruhanjaya kawal selia tenaga atom yang bebas akan ditubuhkan berdasarkan undang-undang nuklear yang komprehensif bagi penjanaan elektrik.

Cita-cita kerajaan benar-benar bertentangan dengan kebimbangan dan pandangan rakyat. Survei Kejaminan Tenaga Kebangsaan baru-baru ini yang dijalankan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Association of Water and Energy Research Malaysia – AWER) menunjukkan 63.41 peratus daripada rakyat Malaysia prihatin terhadap isu-isu keselamatan loji kuasa nuklear dan 66.61 peratus rakyat Malaysia mahu kerajaan mengkaji secara terperinci keperluan tenaga negara terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan kuasa nuklear.

Dengan demikian kami:

  • menyeru kepada rakyat Malaysia termasuk wakil-wakil rakyat di Dewan Rakyat untuk menolak Rang Undang-undang Kawalseliaan Tenaga Atom. Kami menggesa semua Ahli Parlimen untuk mempertimbangkan kebimbangan masyarakat sivil dan permintaan mereka agar projek kuasa nuklear ini dihentikan atas alasan kesihatan dan keselamatan awam, ekonomi, kejaminan tenaga, perlindungan alam sekitar dan pembangunan lestari.
  • Membantah apa-apa kemajuan lanjut dan mempromosi kuasa nuklear kepada orang awam di Malaysia tanpa proses perundingan awam yang benar-benar adil dan demokratik dan perdebatan mengenai sama ada Malaysia perlu menerokai kuasa nuklear. Proses rundingan awam hendaklah dijalankan oleh badan neutral tanpa sebarang konflik kepentingan.
  • Menyokong dan mengukuhkan panggilan rakyat agar kajian terperinci tentang keperluan tenaga negara dijalankan terlebih dahulu. Kami menuntut supaya reformasi tulen sektor tenaga dilaksanakan untuk mengelakkan dari hala tuju kuasa nuklear. Kami yakin bahawa keperluan tenaga sebenar Malaysia, kini dan di masa depan, dapat dipenuhi melalui pengurusan permintaan dan langkah-langkah pemuliharaan tenaga serta kecekapan tenaga dan sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui contohnya tenaga solar. Kami menuntut kesaksamaan untuk semua langkah-langkah ini.

S M Mohamed Idris
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang & Sahabat Alam Malaysia

Bagi pihak Gabungan Menentang Nuklear Malaysia/Malaysian Coalition Against Nuclear (MyCAN)

Kenyataan ini disokong oleh:

Consumers’ Association of Penang
Institut Rakyat
Malaysian Physicians for Social Responsibility
Nuke Off! (Belia Tanpa Nuklear)
Persatuan Belia Perubahan Iklim
Sahabat Alam Malaysia
Third World Network
Treat Every Environment Special Sdn Bhd


Stop nuclear power now!

We, the undersigned citizens and civil society organisations, under the banner of the Malaysian Coalition Against Nuclear (MyCAN), unequivocally reject nuclear power as an option for Malaysia’s energy needs.

We are against nuclear power for the following reasons:

  • Nuclear power is inherently unsafe. Studies have also shown that residents within a 100km radius of nuclear power plants (NPPs) have higher chances of contracting cancer, leukemia and generational DNA defects. Nuclear waste remains radioactive for thousands of years and cannot be disposed of safely. NPPs are vulnerable to natural disasters and accidents, human error as well as sabotage or terrorist attacks.
  • Nuclear power is enormously expensive, from the costs of procuring uranium, construction and operating costs of NPPs, to the management of nuclear waste and eventual decommissioning of the plants.
  • Nuclear power has never been clean or green. Each step – from uranium ore mining, milling, processing, fuel fabrication, reactor construction, spent fuel reprocessing to eventual decommissioning and waste storage – releases greenhouse gases, radioactive particles and toxic materials that poison the air, water and land.
  • Nuclear power will make Malaysia energy insecure due to dependence on foreign technology and supply of nuclear materials.

To this end, we reject the Atomic Energy Regulatory Bill, which is likely to be tabled at the next parliamentary sitting from 19 October to 3 December 2015. This Bill will open the door for the adoption of nuclear power as a source of electricity generation.

We also strongly object to the public fora conducted by the Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC), which has a strong vested interest in promoting nuclear power. We view this as no more than a disguised form of propaganda and misinformation for the purpose of promoting nuclear power and building ‘buy-in’ among the uninformed public.

The government has been keeping the public in the dark by withholding information on the true extent of the progress of its nuclear ambitions. On one hand, it maintains it has yet to make a decision on adopting nuclear power, while on the other, it is preparing to table a bill that will pave the way for the dawn of a nuclear Malaysia.

It has long been the ambition of Prime Minister Najib Razak’s administration to adopt nuclear power in Malaysia. In 2010, the government adopted the National Nuclear Policy. Nuclear power is also included in the New Energy Policy (2010), and a twin unit nuclear power plant estimated to cost RM23bn is planned under the Economic Transformation Programme.

In 2011, the MNPC, which reports directly to the Prime Minister’s office, was established to spearhead, plan and coordinate the implementation of a nuclear power programme that was expected to deliver Malaysia’s first nuclear power plant by 2021.

In the recent 11th Malaysia Plan, the following references to nuclear power betray the conclusion that the adoption of nuclear power is not a question of if but a question of when:

… communications and public awareness programmes to build buy-in for the development of coal and nuclear power plants required for security of supply …

and

The usage of nuclear power as an alternative energy resource will be explored further. In this regard, an independent atomic energy regulatory commission will be established based on a new comprehensive nuclear law for electricity generation.

The government’s ambitions are completely at odds with the concerns and views of its citizens. A recent National Energy Security Survey conducted by the Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER) showed that 63.41 per cent of Malaysians are concerned about safety issues of nuclear power plants and 66.61 per cent of Malaysians want the government to first study in detail the nation’s energy needs before considering nuclear power.

We therefore:

  • call upon fellow Malaysian citizens including elected representatives of the people in the Dewan Rakyat to reject the Bill. We urge all Members of Parliament, on both sides of the political divide, to heed the concerns of civil society and their demands that the nuclear power project be terminated on grounds of public health and safety, economics, energy security, environmental protection and sustainable development.
  • strongly object to any further advancement and public promotion of nuclear power in Malaysia without a genuinely fair and democratic process of public consultation and debate on whether Malaysia should go down the nuclear route. This process of public consultation must be conducted by a neutral body without any conflict of interests.
  • Echo and reinforce the rakyat’s call for a detailed study of the nation’s energy needs first. We further call for genuine reform of the energy sector to avoid going down the nuclear power pathway. We are convinced that Malaysia’s real energy needs, now and in the future, can be met through demand management, energy conservation and efficiency measures, and the nation’s abundant sources of renewable energy, e.g. solar energy. We demand a level playing field for all these measures.

Statement issued on behalf of Malaysian Coalition Against Nuclear (MyCAN).

S M Mohamed Idris
President
Consumers’ Association of Penang and Sahabat Alam Malaysia

This statement is endorsed by:

  • Consumers’ Association of Penang
  • Institut Rakyat
  • Malaysian Physicians for Social Responsibility
  • Nuke Off! (Belia Tanpa Nuklear)
  • Persatuan Belia Perubahan Iklim
  • Sahabat Alam Malaysia
  • Third World Network
  • Treat Every Environment Special Sdn Bhd

 

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments