Hukuman penjara untuk penunjuk perasaan adalah zalim

0
139

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perak menyifatkan hukuman denda RM5000 dan penjara 10 bulan yang dijatuhkan terhadap 13 penunjuk perasaan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini adalah satu kezaliman.

Seramai 13 orang telah ditahan dalam satu tunjuk perasaan membantah pelantikan Menteri Besar Perak Zambry Abdul Kadir selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dijatuhkan pada 2009, adalah menifestasi rakyat dari satu rampasan kuasa yang jelas oleh regim pemerintah.

SAMM Perak menggesa keputusan ini disemak dan kes ini dimajukan ke Mahkamah Persekutuan, mengambil kira hak rakyat berhimpun adalah terpelihara dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

SAMM Perak juga meminta semua pihak khususnya parti dalam Pakatan Rakyat memberi perhatian yang besar terhadap kes ini, dan menjaga kebajikan mereka-mereka yang telah berjuang mempertahankan demokrasi tulin ketika krisis kuasa di Perak pada Februari 2009.

Zulfadhli A’dil ialah Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia, Perak

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments