GHAH: Hentikan kegilaan ini

0

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengutuk sekeras-kerasnya pendakwaan yang dibuat keatas mantan setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan di bawah Akta Hasutan.

GHAH turut melahirkan kekecewaan diatas wang ikat jamin yang tinggi (RM5,000) yang dikenakan keatas S Arutchelvan. Wang ikat jamin yang tinggi ini dilihat seolah-olah menjadi satu trend untuk membebankan rakyat dan aktivis yang mempraktikkan hak kebebasan bersuara.

Pendakwaan yang dibuat keatas S Arutchelvan berdasarkan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Parti Sosialis Malaysia pada 10 Februari 2015 berkaitan pemenjaraan Anwar Ibrahim adalah tidak masuk akal.

Selepas Sivarasa Rasiah, Ng Wei Aik, Lawrence Jeyaraj, peguam Hassan Karim, Khalid Ismath, kini S Arutchelvan pula di dakwa di bawah akta yang menindas ini. Pendakwaan yang dibuat terhadap individu-individu ini jelas bermotifkan politik dan kegilaan ini mesti dihentikan.

Pindaan yang dibuat keatas Akta Hasutan 1948 pada 10 April 2015 juga sudah menetapkan definisi ‘kecenderungan menghasut’ telahpun tidak merangkumi pihak ‘kerajaan’ dan ‘pentadbiran keadilan’ dan oleh itu bukan lagi merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Kerajaan seharusnya berhenti berselindung di sebalik akta zalim ini bagi mendiamkan kritikan seterusnya menghormati hak kebebasan untuk bersuara dan memberikan pendapat seperti yang terkandung didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

GHAH sekali lagi secara tegas mengulangi tuntutan yang dibuat sejak sekian lama.

  • Mansuhkan Akta Hasutan 1948
  • Gugurkan semua pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 dan bebaskan semua tahanan
  • Tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim

Hentikan kegilaan ini! Mansuh Akta Hasutan!

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments