GBM: Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara satu plot untuk mengekalkan kuasa

0
141 views

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) memberi peringatan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkemungkinan menjadi satu lesen kepada kerajaan untuk mengenakan pemerintahan darurat, sama ada di peringkat kebangsaan ataupun secara di peringkat setempat, pada bila-bila masa yang ia rasa sesuai.

GBM berpendapat bahawa kuasa berlebihan yang diberikan kepada MKN untuk secara efektifnya menggantung kerajaan berparlimen, pemerintahan awam dan kedaulatan undang-undang di ‘kawasan keselamatan’ melebihi apa yang diperlukan untuk menentang keganasan. Kuasa-kuasa ini boleh digunakan untuk secara mengambil alih secara efektif kuasa kerajaan negeri.

Apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai “kawasan keselamatan”, anggota-anggota pasukan keselamatan boleh membuat penangkapan terhadap individu, menggeledah premis, dan merampas “objek yang disyaki berbahaya” dengan sedikit had undang-undang, itupun jika ada, dan mempunyai imuniti terhadap sebarang kesilapan. Ini semua adalah senarai ngeri pelanggaran-pelanggaran hak asasi manusia yang bakal berlaku.

MKN – yang dipengerusikan Perdana Menteri, dianggotai oleh tiga menteri (pertahanan, dalam negeri, dan komunikasi dan multimedia) dan tiga ketua badan kerajaan (tentera, polis, dan perkhidmatan awam) – mengingatkan kita kepada Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Mageran yang ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei dan memegang kuasa mutlak berikutan penggantungan pemerintahan berparlimen, juga dianggotai pemimpin-pemimpin tertinggi dari kalangan ahli politik, birokrat, tentera, dan polis. Di samping itu, Mageran, yang telah mengubah haluan Malaysia dari segi politik, ekonomi, dan sosial, diasaskan oleh AllahyarhamTun Abdul Razak, ayah kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Walaupun secara teorinya, persetujuan parlimen diperlukan untuk memperbaharui status kawasan keselamatan, namun melihat kepada kawalan mutlak Eksekutif terhadap Parlimen, keperluan ini bukan satu jaminan.

Sebaliknya, Mageran ditubuhkan akibat dari pengistiharan darurat yang mana mengikut Perlembagaan cuma boleh dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong. Oleh itu, MKN adalah satu bentuk Mageran Versi 2.0, yang bersiap sedia dengan fleksibiti untuk beroperasi dan disaluti dengan legitimasi politik.

Bahawa institusi berbahaya ini dicipta oleh perdana menteri yang diselubungi dakwaan rasuah dan populariti rendah juga cukup untuk memberi kita amaran tentang niatnya.

GBM menyeru semua rakyat Malaysia untuk sama-sama berdiri dan secara tegasnya membantah Rang Undang-undang MKN yang autokratik ini. Kuasa zalim yang diperuntukkan kepada MKN bakal menggugat kebebasan dan hak sivil kita, serta merampas autoriti sah yang dimiliki oleh demokrasi berparlimen di negara kita.

English version


GBM: The National Security Council is an abhorrent licence to retain power

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) warns that the National Security Council (NSC) could be a licence for the government to impose martial rule, nationally or partially, when it sees fit. It is not inconceivable that in the event of its electoral defeat, the NSC could impose martial law to prevent public protests.

GBM opines that the overwhelming powers given to the NSC to effectively suspend parliamentary government, civilian rule and rule of law in a “security area” goes way beyond what is needed to fight terrorist attacks. These powers may even be used to effectively take over state governments.

Where an area is declared as a “security area”, members of the security forces can arrest individuals, search premises and seize “suspected dangerous objects” with little if any legal constraints and enjoy immunity over errors. This is but a horrifying list of unprecedented human rights violations waiting to happen.

The NSC – chaired by the prime minister, consisting of three ministers (defence, home, and communications and multimedia) and chiefs of three government services (military, police and civil service) – cannot but remind us of the Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Set up in the aftermath of May 13 and holding absolute power with the suspension of parliamentary rule, Mageran also consisted of top echelons of politicians, bureaucrats, military and police officers. Incidentally, Mageran, which radically rewrote Malaysia’s political, economic and social order, was created and designed by Tun Abdul Razak, the late father of Prime Minister Najib Razak.

Whilst in theory the renewal of a security area order requires parliamentary approval, given the absolute Executive control of the Parliament, such a requirement is no safeguard.

In contrast, Mageran was set up as a consequence of the proclamation of emergency, which constitutionally can only be made by the Yang diPertuan Agong. NSC is therefore effectively a miniature Mageran version 2.0, on standby with operational flexibility and better camouflaged with political legitimacy.

That this monstrous institution is created by a prime minister, now defiled by alleged corruption and unprecedented low popularity, is a grave warning of its intent.

GBM urges all Malaysians to stand up and protest vehemently against this autocratic NSC Bill. The draconian powers accorded to the NSC would threaten our freedom and civil rights, and usurp the legitimate authority of our parliamentary democracy.

Kenyataan ini dikeluarkan bersama oleh 21 pertubuhan berikut yang merupakan ahli Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)/ Issued by the 21 member organisations of Gabungan Bertindak Malaysia as follows:

  1. All Women’s Action Society (Awam)
  2. Anak Muda Sarawak (AMS)
  3. Engage
  4. Japan Graduates Association,Malaysia (Jagam)
  5. Islamic Renaissance Front (IRF)
  6. LLG Cultural Development Centre (LLG)
  7. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)
  8. Majlis Perundingan Malaysian Agama Buddha, Kritisian, Hindu,Sikh dan Tao (MCCBCHST)
  9. Merdeka University Bhd (MU)
  10. Muslim Professionals Forum (MPF)
  11. National Indian Rights Action Team (Niat)
  12. The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  13. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
  14. Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia (LiuHua)
  15. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas)
  16. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
  17. Pusat Komas (Komas)
  18. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  19. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
  20. Tamil Foundation Malaysia (TF)
  21. United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments