GBM: Ketua Polis KL bertanggungjawab ke atas kegagalan mencegah rusuhan Low Yat

0

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) menuntut Ketua Polis Kuala Lumpur menjelaskan kegagalan polis menghalang rusuhan dari berlaku di Plaza Low Yat, yang cuma 1.2km atau tujuh minit perjalanan kereta dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Kekacauan ini didahului dengan kecurian dan tindakan samseng dalam pusat membeli-belah yang sama sehari sebelumnya. Kegagalan polis mengenalpasti dan bertindak pantas ke atas tanda-tanda ini dan pendekatan polis yang sambil-lewa adalah amat membimbangkan. Ini telah menyebabkan pertikaian ini menjurus ke arah isu perkauman.

Lebih mengecewakan lagi, peristiwa ini berlaku di bulan Ramadhan yang mulia ini.

GBM juga khuatir dengan kegagalan polis dalam berhadapan dengan beberapa kejadian rusuhan beberapa tahun kebelakangan ini di Pulau Pinang, Ipoh, dan Kuala Lumpur, di mana bangunan kerajaan negeri dan premis parti politik diserang.

Sehingga hari ini tidak ada sesiapa yang ditangkap atau didakwa. Ini membawa kepada tanggapan bahawa sesetengah pihak mempunyai kuasa istimewa untuk menggunakan keganasan tanpa menghadapi sebarang hukuman.

Sepatutnya keganasan tidak harus dibenarkan langsung dan untuk ini kita bergantung harap kepada penguatkuasa undang-undang. Jika mereka tidak mampu melahirkan keyakinan, siapa lagi yang boleh?

GBM menyeru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan kepada umum mengenai tatacara pengendalian piawai (SOP) polis ketika berhadapan dengan rusuhan dan kekacauan di kawasan awam.

GBM juga menyeru Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa DCP untuk mendedahkan perancangan pihak polis ketika berhadapan kes rusuhan di Plaza Low Yat, bermula pada 7 malam ketika kumpulan perusuh mula berkumpul, sehingga 12 tengah malam di mana rusuhan berlaku.

Di negara-negara yang normal, kegagalan sebegini akan menyebabkan ketua polis meletak jawatan sebagai langkah untuk memikul tanggungjawab.

READ MORE:  Respon Edict terhadap ketua polis berkenaan tindakan merakam anggota polis

GBM menyoal, siapa yang akan bertanggungjawab di sini?

Disokong oleh:

  1. All Women’s Action Society (AWAM) 妇女行动协会
  2. Anak Muda Sarawak (AMS) 砂拉越青年之子
  3. Islamic Renaissance Front (IRF) 回教复兴前线组织
  4. Japan Graduates Association,Malaysia (JAGAM) 马来西亚留日同学会
  5. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) 独立学生份子组织
  6. Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG) 林连玉基金
  7. Majlis Perundingan Malaysian Agama Buddha, Kritisian, Hindu, Sikh dan Tao (MCC BCHST) 马来西亚五大宗教理事会
  8. Muslim Professionals Forum (MPF) 穆斯林专业论坛
  9. National Indian Rights Action Team (NIAT) 全国印裔权益行动组织
  10. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH) 森美兰中华大会堂
  11. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN) 国民醒觉运动
  12. Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia (LiuHua)马来西亚留华同学
  13. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS) 雪隆社区协会
  14. Pusat Komunikasi Masyarakt (KOMAS) 社区传播中心
  15. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) 马来西亚之子
  16. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 人民之声
  17. Tamil Foundation Malaysia (TF) 淡米尔基金会
  18. The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) 隆雪华堂
  19. United Chinese School alumni Associations of Malaysia (UCSAAM) 马来西亚华校校友会联合会总会
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments