CAP: TPP – Perjanjian yang akan merompak masa depan kita

0
no views

SM Mohamed Idris menggesa kerajaan agar tidak menandatangani TPPA.

Teks Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akhirnya dikeluarkan pada 5 November 2015.

Ianya selepas hampir lima tahun Malaysia menyertai rundingan tersebut, di mana Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah secara konsisten menggesa pendedahan teks. Ia adalah tidak patut untuk kerajaan merunding suatu perjanjian yang akan memberi kesan ketara kepada kehidupan semua rakyat Malaysia, secara rahsia untuk sekian lama.

Namun, kedua-dua analisis kos-faedah dan analisis kepentingan negara yang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah janjikan untuk jalankan dan dedahkan, hanya akan dikeluarkan dalam masa dua minggu lagi. Ikrar untuk berbuat demikian sebenarnya dibuat lebih dua tahun lalu.

Kami tidak faham kenapa kerajaan gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen ini – sekurang-kurangnya dalam bentuk awal – dan ini sepatutnya telah dilaksanakan dan diumumkan sebelum memasuki rundingan.

Terdapat lebih daripada 6,100 muka surat yang membentuk teks TPPA. Analisis terperinci teks akan mengambil sedikit masa, tetapi kami sudah boleh menunjukkan beberapa kesan buruk kepada Malaysia.

  • Bab Harta Intelek TPPA akan membolehkan syarikat-syarikat farmaseutikal untuk mengekalkan harga yang lebih tinggi untuk ubat-ubatan mereka untuk tempoh yang lebih lama dan mengekang bekalan murah, setara generik. Kebimbangan utama adalah obligasi baru bagi Malaysia memberikan pasaran eksklusif untuk lima tahun bagi ubat-ubatan biologik (berasal dari protein yang diasingkan daripada tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma), walaupun tidak ada paten, dengan itu menghalang ‘bioserupa’ (biosimilars) yang lebih murah daripada memasuki pasaran. Banyak ubat-ubatan kanser adalah merupakan biologik, termasuk ubat kanser payudara Herceptin. Ubat berjenama ini kosnya sejumlah RM136,000 bagi keseluruhan rawatan, meletakkan ia di luar capaian kebanyakan rakyat Malaysia. Biosimilars yang lebih murah sangat-sangat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa, dan TPPA akan menghalang ubat itu daripada memasuki pasaran lebih awal.
  • Bab Pelaburan direka untuk melindungi dan menggalakkan pelabur dan pelaburan mereka. Regim penyelesaian pertikaian pelabur-negeri (investor-state dispute settlement, ISDS) ini makin berat-sebelah memihak kepada kepentingan korporat multinasional yang besar, memberi mereka hak-hak yang banyak untuk mencabar langkah-langkah kerajaan. Sebaliknya, tidak ada mekanisme yang setara bagi pelabur yang sama untuk dipertanggungjawabkan sekiranya tindakan mereka menjejaskan alam sekitar atau jika mereka melakukan pencabulan hak asasi manusia. Beban tindakan undang-undang seperti itu terhadap kerajaan boleh menjadi amat berat, memandangkan sebelumnya pelabur telah mendapati keputusan yang memberi tuntutan berjuta-juta dollar. Yang lebih membimbangkan ialah potensi bahawa ancaman seperti tuntutan mahkamah boleh menghalang kerajaan daripada mengawal selia untuk kepentingan kesihatan awam dan alam sekitar kita. Walaupun TPPA mengikut nilai muka mengandungi peruntukan yang membolehkan negara untuk mengekalkan hak-hak mereka untuk mengawal selia kesihatan dan kepentingan awam, hak-hak ini perlu dilaksanakan konsisten dengan obligasi pelaburan lain kerajaan terhadap pelabur. Keputusan akhirnya adalah satu kerugian bagi rakyat Malaysia amnya.
  • Bab Harta Intelek juga mengandungi kewajipan bagi Malaysia untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 1991 (International Convention for the Protection of New Varieties of Plants 1991 – UPOV 91). UPOV 1991 sebenarnya bukan untuk kepentingan petani kecil dan menghendaki Malaysia untuk mengubah undang-undang dan dasar kita agar mematuhi peruntukan UPOV 1991 yang tidak baik. Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 yang sedia ada membolehkan petani kecil untuk bertukar-tukar benih dalam kalangan mereka sendiri dan untuk menjual benih itu di bawah syarat-syarat tertentu. UPOV 91 tidak akan membenarkan ini. Menukar undang-undang Malaysia untuk mematuhi UPOV 91 akan memberi syarikat-syarikat benih monopoli yang lebih lama; melarang petani bertukar-tukar dan menjual benih yang mereka telah simpan, dan singkirkan perlindungan biokeselamatan dan peruntukan anti-biopiracy.
  • Bab perusahaan milik kerajaan (state-owned enterprises) mewujudkan satu rangka kerja yang akan mempunyai kesan jangka panjang bagi operasi syarikat/perusahaan berkaitan kerajaan pada masa hadapan. Rangka kerja ini akan menimbulkan banyak kekangan terhadap bagaimana syarikat kerajaan dibenarkan beroperasi pada masa akan datang, dan ini akan memberi impak besar ke atas ekonomi politik dan pembangunan sosial Malaysia.
  • Penyokong TPPA telah mendakwa bahawa ia akan melindungi pekerja di Malaysia dan menggalakkan kebajikan dan kepentingan mereka. Ini termasuk keperluan gaji minimum, waktu kerja, dan perdagangan barangan yang dibuat oleh buruh paksa. Namun, TPPA gagal untuk menampung isu yang paling besar: selain hak untuk mewujudkan kesatuan bebas, semua peruntukan lain untuk melindungi atau menggalakkan hak-hak pekerja tidak mempunyai ‘gigi’ dalam erti penguatkuasaan yang tegas dan berkesan. Jadi apa yang ramai fikirkan akan berperanan sebagai pelindung dan pendorong pekerja di negara TPPA pada akhirnya hanya mempunyai satu gigi. Untuk memburukkan lagi keadaan, Bab Pelaburan boleh digunakan untuk mencabar hak-hak pekerja; sebagai contoh, Mesir telah didakwa di bawah ISDS kerana menaikkan gaji minimum.
READ MORE:  Hong Kong security laws: MCA man’s criticism of Santiago unwarranted

Terdapat banyak kebimbangan lain berkaitan TPPA. Sebagai contoh, peruntukan hak cipta WTO-plus bermakna kos bahan-bahan pendidikan mahal untuk lebih lama. Terdapat juga kesan kepada peraturan biokeselamatan Malaysia yang telah digubal untuk melindungi kita daripada potensi kesan buruk daripada organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO), dan keupayaan kita untuk mencegah biopiracy sumber biologi kita yang kaya.

Oleh itu, sekali lagi, CAP mengulangi panggilan kami kepada kerajaan Malaysia untuk tidak menandatangani TPPA.

SM Mohamed Idris ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).


 

English version

CAP urges the Malaysian government not to sign the TPPA – The trade deal that will rob our future

The Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) text was finally released on 5 November 2015.

This comes almost five years after Malaysia joined the negotiations, during which the Consumers’ Association of Penang (CAP) had consistently called for disclosure of the text. It is unconscionable that the government has negotiated an agreement that will greatly impact the lives of all Malaysians in secret, for so long.

Yet, the two cost-benefit analysis and national interest analysis that the Ministry of International Trade and Industry had promised to carry out and disclose are only going to be made available in about two weeks time. The pledge to do so was actually made more than two years ago.

It belies all understanding that the government should fail to release these documents, when – at least even in preliminary form – these should have been carried out and made public before entering into the negotiations.

There are more than 6,100 pages making up the TPPA text. Detailed analysis of the text will take some time, but already we can point to several adverse impacts for Malaysia.

  • The TPPA’s Intellectual Property Chapter would enable pharmaceutical companies to maintain higher prices for their medicines for longer periods and constrict the supply of cheaper, generic equivalents. Of particular concern is the new obligation for Malaysia to provide five years of market exclusivity for biologics medicines (derived from proteins isolated from plants, animals and micro-organisms), even if there is no patent, thus preventing cheaper ‘biosimilars’ from entering the market. Many cancer medications are biologics, including the breast cancer medicine Herceptin. This branded medicine costs a total of RM136,000 for the entire treatment, putting it out of reach of the average Malaysian. Cheaper biosimilars are desperately needed to save lives, and the TPPA will prevent such medicines from entering the market earlier.
  • The Investment Chapter is designed to protect and promote investors and their investments. The investor-state dispute settlement (ISDS) regime is alarmingly lop-sided in favour of large multinational corporate interests, giving them extensive rights to challenge government measures. On the flip side, there is no equivalent mechanism for the same investors to be held accountable should their acts harm the environment or if they commit human rights abuses. The burden of such lawsuits against the government could be astronomical, given that previous awards to investors have been to the tune of millions. Even more worrying is the potential that the mere threat of such a lawsuit could deter government from regulating in the interest of our health and environment. Although the TPPA at face value contains provisions that allow states to retain their rights to regulate for public health and interest, these rights have to be exercised in a matter that is consistent with the government’s other investment obligations towards the investor. The net result is a loss for Malaysians at large.
  • The Intellectual Property Chapter also contains an obligation for Malaysia to ratify the International Convention for the Protection of New Varieties of Plants 1991 (UPOV 91). UPOV 1991 is against the interests of our small farmers and requires Malaysia to change its laws and policies to comply with the bad provisions of UPOV 1991. Our existing Protection of New Plant Varieties Act 2004 allows small farmers to exchange farm-saved seeds amongst themselves and to sell such seeds under certain conditions. UPOV 91 would not allow this. Changing Malaysia’s law to conform to UPOV 91 would give seed companies longer monopolies; prohibit farmers from exchanging and selling seed that they have saved, and remove its biosafety protections and anti-biopiracy provisions.
  • The chapter on state-owned enterprises establishes a framework that will have far reaching consequences for the future operations of government-linked enterprises in the future. This framework is going to raise many constraints on how state enterprises are allowed to operate in the future and this will have a major impact on Malaysia’s political economy and social development.
  • Proponents of the TPPA have claimed that it will protect workers in Malaysia and promote their welfare and interests. These include requirements on minimum wages, hours of work, and trade in goods made by forced labour. Yet, the TPPA fails to patch up the biggest hole of all: apart from the right to create independent unions, all other provisions to protect or promote worker rights lack ‘teeth’ in the sense of decisive and effective enforcement. So the fierce dragon that many had thought would serve as protector and promoter of workers in TPPA countries in the end has only one tooth. To add insult to injury, the Investment Chapter can be used to challenge labour rights; for example, Egypt has been sued under ISDS for raising its minimum wage.
READ MORE:  Hong Kong security laws: MCA man’s criticism of Santiago unwarranted

There are many other concerns with the TPPA. For example, the WTO-plus copyright provisions will keep educational materials unaffordable for longer. There are also implications on our biosafety regulations that have been set up to protect us from the potential adverse impacts of genetically modified organisms (GMOs), and our ability to prevent the biopiracy of our rich biological resources.

Therefore, once again, CAP repeats our call to the Malaysian government not to sign the TPPA.

SM Mohamed Idris is president of the Consumers Association of Penang.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments