CAP: Perjanjian TPP dicapai – Hari gelap untuk Malaysia

0

Adalah penting bagi rakyat untuk menyuarakan kebimbangan mengenai TPP dan menggesa kerajaan untuk tidak menandatangani perjanjian, ujar SM Mohamed Idris. (English version below.)

Walaupun terdapat bantahan meluas di peringkat antarabangsa, pegawai perdagangan dari 12 negara yang merundingkan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Atlanta, Amerika Syarikat pada 5 Oktober 2015 mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan ke atas perjanjian perdagangan, yang akan mengancam manusia dan dunia.

Teks muktamad dijangka boleh didapati dalam beberapa minggu lagi. Siaran media menteri perdagangan negara-negara TPP menyatakan bahawa untuk memformalkan hasil perjanjian tersebut, perunding akan meneruskan kerja-kerja teknikal untuk menyediakan teks yang lengkap untuk siaran awam, termasuk kajian undang-undang, penterjemahan, penggubalan dan pengesahan teks.

Oleh itu perjuangan kita belum berakhir, TPP masih menghadapi beberapa prosedur dan cabaran sebelum disahkan di peringkat kebangsaan.

Pertama, TPP masih belum ditandatangani dan Malaysia masih perlu membuat keputusan sama ada untuk menandatanganinya. Orang awam dan Parlimen masih boleh mengemukakan pandangan mereka dan mempengaruhi kerajaan untuk tidak menandatanganinya.

Kedua, teks TPP masih rahsia dan adalah penting untuk ia dikeluarkan supaya orang awam boleh mengetahui apakah sebenarnya yang dikatakan dan implikasinya.

Bagaimanapun, cukup diketahui mengenai TPP daripada teks yang dibocorkan dan daripada laporan oleh kumpulan antarabangsa dan tempatan serta pakar, untuk membuatkan kita amat bimbang mengenai kesan negatifnya dan menggesa kerajaan agar menolak TPPA dan tidak turut serta untuk menandatanganinya.

TPP ialah bom jangka yang sedang berdetik kerana ia mengetatkan mekanisme  Penyelesaian Pertikaian antara Kerajaan dan Pelabur (Investor-State Dispute Settlement – ISDS) yang tidak adil yang membolehkan syarikat-syarikat asing untuk menyaman kerajaan kerana mengambil tindakan bagi kepentingan awam dan melindungi alam sekitar. Banyak polisi kerajaan yang diperlukan untuk menangani isu-isu kesihatan awam, alam sekitar dan pemanasan global akan berhadapan dengan dakwaan yang akan dibawa ke tribunal pelaburan antarabangsa yang berat sebelah, tidak telus dan tidak demokratik.

Antara lain, TPP juga tidak berfaedah untuk kesihatan awam. Peraturan Harta Intelek dalam TPP akan meningkat paten dan perlindungan data bagi syarikat-syarikat farmaseutikal, menyebabkan harga yang lebih tinggi untuk ubat-ubatan dan bagi tempoh yang lebih lama. Ini bermakna bahawa ubatan untuk menyelamatkan nyawa lebih sukar untuk dicapai oleh orang ramai yang memerlukannya.

TPP juga mempunyai bab mengenai syarikat milik negara dan perolehan kerajaan yang dengan secara serius akan membatasi kemampuan kerajaan untuk terus menyediakan keutamaan dan kelebihan kepada syarikat tempatan atau untuk membolehkan syarikat berkaitan kerajaan daripada memainkan peranan penting dalam ekonomi. Ini akan memberikan kesan kemusnahan kepada struktur dan fabrik sosio-ekonomi negara kita.

Malahan dari segi perdagangan pun, Malaysia mungkin tidak mendapat keuntungan bersih memandangkan tarif pada umumnya lebih tinggi berbanding negara perkongsian TPPA, terutama sekali Amerika Syarikat dan Singapura. Oleh itu, Malaysia perlu mengurangkan tarif pada kadar yang lebih tinggi berbanding negara lain, dan ini akan membawa kepada peningkatan dalam import yang akan menghalang jangkaan peningkatan dalam eksport kita hasil daripada TPPA.

Menurut satu kajian, imbangan perdagangan Malaysia akan menjadi lebih buruk sehingga RM5-6bn setahun. Dalam perkataan lain, TPP akan menjadikan Malaysia lebih teruk malahan dalam bab (perdagangan barangan) di mana Malaysia sepatutnya mendapat manfaat untuk mengatasi semua kos dalam keseluruhan TPP.

CAP dan SAM menggesa ahli Parlimen, orang awam dan semua pertubuhan masyarakat sivil untuk meneliti dan menganalisis teks perjanjian TPP.

Kerajaan Malaysia mesti menyiarkan analisis kos dan faedah daripada perjanjian perdagangan ini. Kami juga kecewa bahawa sehingga kini kerajaan masih belum mengumumkan apakah rasional untuk menyertai TPP dan justifikasi perjanjian yang bukan semuanya tentang perdagangan.

Ia juga adalah penting bagi rakyat untuk menyuarakan kebimbangan mengenai TPP dan menggesa kerajaan untuk tidak menandatangani perjanjian ini memandangkan ia akan menjejaskan kesihatan awam, alam sekitar, pekerjaan, dan kedaulatan negara.

S M Mohamed Idris ialah president CAP.


 

TPP agreement reached – Dark day for Malaysia

Despite widespread international opposition, trade officials from the 12 countries negotiating the Trans-Pacific Partnership (TPP) in Atlanta, USA announced on 5 October 2015 that they had reached an agreement on a devastating trade deal that threatens people and the planet.

The final texts are expected to be available within weeks. The TPP trade ministers’ press release states that to formalise the outcomes of the agreement, negotiators will continue technical work to prepare a complete text for public release, including the legal review, translation, and drafting and verification of the text.

Hence the fight is not over; the TPP still faces a number of procedures and challenges before being ratified at the national level.

Firstly, the TPP is not yet signed and Malaysia will still have to decide whether to sign. The public and Parliament can still make their views known and influence the government not to sign.

Secondly, the text of the TPP is still a secret, and it is imperative that it be released so that the public can know what exactly it says and its implications.

However, enough is known about the TPP from the leaked texts and from reports by local and international groups and experts, to make us very concerned about its negative effects and to call on the government to reject the TPPA and not to join in the signing.

The TPP is a ticking time-bomb because it cements the unfair Investor-State Dispute Settlement (ISDS) mechanism that enables foreign corporations to sue governments for protecting public interest and the environment.  Many government policies needed to address public health, environment and global warming issues will be subject to suits brought before biased and undemocratic international investment tribunals.

Among others, the TPP is also a bad deal for public health. The TPP Intellectual Property rules will increase patent and data protections for pharmaceutical companies, resulting in high prices for medicines and for longer periods. This means that life-saving medicines will be out of reach for many who need them.

The TPP also has chapters on state-owned enterprises and government procurement which would seriously curb the ability of government to continue to provide preferences and advantages to domestic companies or of government-linked companies to play an important role in the economy. This would have very damaging effects on the socio-economic structures and fabric of our country.

Even in terms of trade, Malaysia may not gain in net terms as its tariffs are generally higher than its TPPA partners, particularly the USA and Singapore. Thus, Malaysia has to reduce tariffs by a higher rate than others, and this will lead to an increase in imports that will offset the expected increase in our exports resulting from the TPPA.

According to one study, Malaysia’s trade balance could worsen by RM5-6bn a year. In other words, the TPP would make Malaysia worse off even in the chapter (trade in goods) where Malaysia is supposed to benefit enough to outweigh all the costs in the rest of the TPP.

CAP and SAM urge the Parliamentarians, the public and all civil society organisations to scrutinise and analyse the actual texts of the agreement.

The Malaysian government must also release the cost benefit analysis of this trade deal. To our dismay, the government has yet to announce what is the compelling reason and justification for this TPP deal which is not all about trade.

It is also crucial for citizens to raise concerns about the TPP and to call on the government not to sign the agreement, as it would devastate public health, the environment, jobs, and our sovereignty.

SM Mohamed Idris is president of CAP.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments