TPPA: Proses perakuan AS mencabuli kedaulatan negara amat mengejutkan

0
no views

Malaysia mesti mendesak agar tiada sebarang ‘perakuan’ dalam TPPA; ini haruslah menjadi garis merah yang tidak harus dikompromi, tegas Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) (English version below).

tppa

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat bimbang dengan proses yang mengejutkan yang mana Amerika Syarikat (AS) mengasak lebih banyak konsesi dari negara lain yang sedang berunding Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengannya, malah selepas teks perjanjian ditandatangani.

Perkara ini didedahkan dalam penyelidikan baharu yang dikeluarkan semalam di http://tppnocertification.org/. Proses pengekstrakan konsesi sebelah pihak ini dipanggil ‘perakuan’ (certification) dan AS menuntut agar ianya menjadi sebahagian daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang pada masa ini sedang dirundingkan oleh kerajaan Malaysia dan 11 negara lain termasuk AS.

Menurut undang-undang AS, selepas TPPA ditandatangani, bagi perjanjian itu mula beroperasi ianya mesti diluluskan oleh Kongres. Undang-undang AS juga telah menetapkan satu lagi langkah dalam FTA sebelum ianya boleh dikuatkuasakan: AS mesti mengesahkan bahawa ia berpuas hati dengan pelaksanaan FTA di negara lain tersebut.

Pada hakikatnya ini bermakna negara terbabit perlu rundingkan peraturan dan undang-undang domestik negara yang melaksanakan FTA dengan kerajaan AS. Emel kerajaan AS yang diperolehi melalui prosedur Kebebasan Maklumat (FoI)  menunjukkan bahawa peguam kerajaan AS telah menggubal undang-undang negara lain dan tidak menerima sebarang perubahan terhadap undang-undang tersebut .

Presiden CAP, S M Mohamed Idris berkata “Jika perkara ini dipersetujui dalam TPPA, proses perakuan ini merupakan satu pencabulan terhadap kedaulatan negara. Persetujuan kepada perkara ini akan menjadikan Parlimen kita hanya sebagai Pak Turut bagi kerajaan AS dan menjadikan kita kembali dijajah – melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh penjajah.”

Kerajaan AS telah menggunakan proses perakuan ini untuk menuntut negara-negara membangun meluluskan undang-undang yang memberikan AS lebih banyak kuasa berbanding dengan apa yang ASFTA perlukan. Sebagai contoh, Guatemala telah diminta untuk memberikan tambahan tiga tahun monopoli ke atas ubat-ubatan, menjadikan  ubat-ubatan ini tidak mampu untuk dibeli kerana harga yang tinggi bagi tempoh yang lebih lama, walaupun ini jelas tidak diperlukan oleh ASFTA.

“Ini merupakan satu lagi contoh tuntutan yang amat mengejutkan berhubung isi teks dan proses dalam TPPA. Usaha AS untuk memaksa perkara ini kerana mereka tidak dapat apa yang dikehendaki dari rundingan teks TPPA ini adalah amat memalukan. Jika Malaysia bersetuju untuk membenarkan AS melaksanakan proses perakuan ini dalam TPPA, ianya seolah-olah akan mengukuhkan kuasa tawar menawar yang tidak adil  dalam TPPA,” kata En. S. M. Mohamed Idris.

Penyelidikan  ini juga menunjukkan bahawa bukan hanya perunding perdagangan AS dan Kongres sahaja yang boleh  membuat tuntutan tambahan ketika proses perakuan, malah syarikat yang beroperasi di AS juga boleh berbuat demikian. Salah sebuah syarikat minyak AS telah berjaya untuk mendapatkan aduannya ditukar kepada keperluan perakuan rasmi untuk Republik Dominica dalam FTA dengan AS.

Laporan kerajaan AS dalam laman web tersebut di atas menunjukkan bidang yang menjadi kecenderungan yang mana AS akan mensasarkan Malaysia dalam rundingan TPPA dan/atau proses perakuan ini termasuk aduan AS mengenai keperluan sijil halal Malaysia, tahap perlindungan harta intelek, kawal selia kewangan, keperluan bagi kandungan television dan radio Malaysia, sekatan pemilikan asing bagi tanah dan dalam sektor minyak dan gas, keperluan untuk pelabelan makanan ubah suai genetik dan sekatan ke atas produk yang telah diubah suai genetik.

Analisis ini menyatakan bahawa disebabkan perakuan akan dilaksanakan antara AS dan negara TPPA lain, AS boleh mencegah TPPA daripada dikuatkuasakan antara AS dan negara tersebut. Negara TPPA, contohnya Malaysia akan dicegah daripada menikmati manfaat utama TPPA – tarif yang rendah sedikit untuk eksport Malaysia ke AS, sehingga AS memaksa Malaysia bersetuju dengan semua konsesi tambahan yang dikehendaki AS. Sementara itu, Malaysia perlu melaksanakan semua peraturan-peraturan umum yang bermasalah dalam TPPA termasuklah perlindungan harta intelek yang lebih kukuh yang mana kebanyakkan daripadanya akan memanfaatkan AS, sebaik sahaja TPPA dikuatkuasakan oleh Malaysia dengan negara TPPA lain contohnya Asean.

Menurut S M Mohamed Idris, “Menyetujui proses perakuan ini akan bermakna bahawa Malaysia akan dibebani dengan kos TPPA, sementara menantikan (mungkin untuk selama-lamanya) bagi mendapat sedikit manfaat. Perkara ini perlu diambilkira dalam sebarang analisis kos-faedah yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia”.

Malaysia mesti mendesak agar tiada sebarang ‘perakuan’ dalam TPPA. Ini haruslah menjadi garis merah yang tidak harus dikompromi oleh kerajaan Malaysia. CAP menggesa untuk garis merah ini kerana kerajaan Malaysia masih dalam  rundingan TPPA dan rundingan seterusnya dijadualkan pada 1-10 September 2014 di Vietnam.

Kajian ini mengukuhkan pendirian kami bahawa Malaysia perlu menarik diri daripada perjanjian TPPA dan tidak menandatanganinya.

S M Mohamed Idris ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

TPPA: Shocking US certification process that violates country’s sovereignty

The Consumers Association of Penang (CAP) is deeply concerned by the shocking process by which the United States of America (USA) squeezes more concessions from other countries it negotiates free trade agreements (FTAs) with, even after the treaty’s text is signed.

This was outlined in new research released yesterday at http://tppnocertification.org/. This process of one-sided extraction of concessions is called ‘certification’ and the USA is demanding it be part of the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) currently being negotiated by Malaysia and 11 other countries including the USA.

Under US law, after the TPPA is signed, to start operating, it must pass the US Congress and then US law has required one more step in recent FTAs before it can come into force: the USA must certify that it is satisfied with the implementation of the FTA in the other country.

In practice, this has meant that the other partnering country has had to negotiate its domestic laws and regulations that implement their USFTA with the US government. US government emails obtained via Freedom of Information requests show that US government lawyers have drafted the laws of the other country and have not accepted any changes to them.

CAP President S M Mohamed Idris said that “If this is agreed to in the TPPA, this certification process would be a gross violation of our national sovereignty. Agreeing to this would turn our Parliament into a mere rubber stamp for the US government and send us back to being a colony – doing whatever our colonial masters order.”

The USA has used this certification process to demand that developing countries pass laws giving the USA even more than the USFTA requires. For example Guatemala was asked to give an extra three-year monopoly on medicines, keeping them unaffordable for longer, even though this was clearly not required by the USFTA.

“This is another example of the USA’s outrageous demands both on substance and process in the TPPA. It is a shameless US attempt to force through what they couldn’t get in negotiations of the TPPA text. If Malaysia agrees to allow the USA to apply this certification process to the TPPA, it would formalise and entrench the unequal bargaining power in the TPPA’, said S M Mohamed Idris.

The new research also points out that it is not only the US trade negotiators and Congress who make these extra demands during certification, but even US companies. One US oil company was able to get its complaint turned into an official certification requirement for the Dominican Republic for its USFTA.

US government reports on the website indicate the likely areas where the US will target Malaysia in the TPPA negotiations and/or certification process include US complaints about Malaysia’s halal requirements, level of intellectual property protection, financial regulation, requirements for Malaysian content on television and radio, restrictions on foreign ownership of land and in the oil and gas sectors, requirements for labelling of genetically modified food and restrictions on genetically engineered products.

The analysis notes that because certification would apply between the USA and other TPPA countries, the USA could prevent the TPPA from entering into force between the USA and that specific country. And so that TPPA country, for example Malaysia, would be prevented from enjoying the main touted benefit of the TPPA – slightly lower tariffs for its exports into the USA, until it has forced Malaysia to agree to all the extra concessions the USA wants.

But in the meantime, Malaysia would have to implement all the very problematic general rules of the TPPA including stronger intellectual property protection, many of which benefit the USA, as soon as Malaysia brings the TPPA into force with any other TPPA country, e.g. from Asean.

According to S M Mohamed Idris, “Agreeing to this certification process would mean that Malaysia suffers the heavy costs of the TPPA, while waiting (perhaps forever) for the minor benefits. This must be factored into any cost-benefit analysis done by the Malaysian Government”.

Hence, Malaysia must insist that there is no certification requirement in the TPPA. This should be a red line which cannot be compromised. CAP is calling for this to be a red line because the Malaysian government is still negotiating the TPPA and the next round of negotiations is reported to be from 1-10 September 2014 in Vietnam.

This new research strengthens our conviction that Malaysia should withdraw from the TPPA negotiations and not sign it.

S M Mohamed Idris is President of the Consumers Association of Penang (CAP)

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments