Keganasan polis dikecam; tubuhkan IPCMC!

0
Photograph: stoplynas.org

Kami, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menandatangan kenyataan di bawah, mengecam keganasan polis semasa menahan 16 orang aktivis yang menuntut penutupan kilang Lynas pada petang 22 Jun 2014 di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan.

Photograph: stoplynas.org
Photograph: stoplynas.org

Insiden ini sekali lagi menunjukkan kelakuan anggota-anggota polis yang tidak berdisiplin dan hak asasi manusia telah dicabulkan sebagai akibatnya. Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) mesti ditubuhkan dengan segera untuk menyiasat penyelewengan kuasa pihak polis.

Terlebih dahulu, pihak polis telah melanggar kebebasan berhimpun yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang secara terbuka dengan memohon injunksi untuk melarang rakyat daripada mendekati kawasan-kawasan dalam lingkungan 20 meter dari kilang Lynas.

Tindakan polis ini adalah amat tidak munasabah sebab rakyat berhak menunjukkan perasaan terhadap isu-isu sosial; bahkan bahan-bahan sisa radioaktif yang dihasilkan oleh kilang Lynas akan mendatangkan kesan-kesan yang memudaratkan kesihatan dan mengancam keselamatan warga-warga kota Kuantan.

Penahanan 16 orang aktivis oleh polis menunjukkan kebebasan bersuara rakyat tidak dihormati oleh kerajaan dan sebaliknya nilai keuntungan perniagaan yang didatangkan mendahului kesihatan rakyat.

Hak-hak rakyat untuk tinggal di persekitaran yang selamat dan sihat telah dikorbankan untuk memberi laluan kepada kepentingan syarikat-syarikat negara asing dan kroni-kroni tempatan yang terlibat. Tindakan pihak kerajaan yang meluluskan projek Lynas sebelum perundingan diadakan dengan warga tempatan dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak dijalankan pada awalnya telah mengancam hak demokrasi warga-warga kota.

Masalah-masalah alam sekitar dirosakkan atas nama pembangunan dapat dilihat di beberapa tempat dalam negara ini. Contohnya, kilang Lynas di Kuantan, perlombongan emas dengan bahan toksik cyanide di Bukit Koman, projek petrokimia di Pengerang, pencemaran Tasik Chini and pembinaan empangan penjanaan kuasa elektrik di Baram, Sarawak.

READ MORE:  Bersih 2.0 expresses solidarity with Thai pro-democracy movement now facing crackdown

Ketidaksempurnaan sistem demokrasi tempatan akan mendatangkan kemusnahan kepada alam persekitaran dan kebudayaan sesuatu tempat.

Semua rakyat berhak menentukan arah pembangunan di tempat sendiri. Kami menyeru bahawa kerajaan memulihkan pilihanraya tempatan secepat mungkin untuk menghentikan trend ini.

Dengan adanya pilihanraya tempatan, rakyat berhak untuk menukar kerajaan apabila projek-projek pembangunan yang mengancam kepentingan rakyat diluluskan, berhak menolak wakil rakyat yang korup apabila keuntungan lebih didahulukan daripada kepentingan rakyat.

23 Jun 2014

Yang menandatangani:

1. Malaysians for Beng Hock
2. Pahang Raub Ban Cyanide in Gold Mining Committee
3. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
4. Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor
5. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor & KL
6. Sunflower Electoral Education Movement(Seed)
7. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH) youth section
8. Young Buddhist Association of Malaysia (YBAM) N.S State Laision committee
9. Johor Yellow Flame(JYF)
10. Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU)
11. Pusat Komas
12. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas)
13. Community Development Centre(CDC)
14. Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)
15. Writers Alliance for Media Independence (Wami)
16. Mamas Bersih
17. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (Dema)
18. Gabungn NGO Pengerang
19. Malaysian youth against public hazards
20. Northern green youth (NGY)
21. Pemuda Persatuan TeoChew Negeri Sembilan
22. Hands of Malaysians Extended (Home)
23. National Indian Rights Action Team ( Niat)
24. Jihad for Justice
25. Malaysia Christian Youth Association (Persatuan Belia Kristian Malaysia)
26. All Women’s Action Society (Awam)
27. Kelab Bangsar Utama
28. Islamic Renaissance Front
29. Tamil Foundation
30. ENGAGE
31. Saya Anak Bangsa Malaysia
32. Harapan Kluang
33. Kill the Bill
34. Aliran

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments