Kerajaan Malaysia kelirukan rakyat mengenai pembangunan tenaga nuklear

0

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) membaca dengan penuh kebimbangan usaha kerajaan untuk membangunkan janakuasa nuklear sebagai sumber tenaga masa depan untuk negara. (Englishh version below)

Source: Wikipedia
Nuclear power plant in Dukovany, Czech Republic – Photograph: Wikipedia


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) membaca dengan penuh kebimbangan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Mah Siew Kiong mengenai usaha kerajaan untuk membangunkan janakuasa nuklear sebagai sumber tenaga masa depan untuk negara.

Minggu lepas, Dato’ Mah mendedahkan di forum anjuran Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) bahawa Rang Undang-undang Peraturan Tenaga Atom akan dibentangkan “pada tahun ini”, yakni membuka jalan bagi pembangunan tenaga nuklear.

Oleh yang demikian adalah kurang ikhlas​​ di pihak Dato’ Mah bagi mendakwa bahawa beliau telah menghadiri forum tersebut “untuk melihat sama ada kita benar-benar mahu ke haluan tenaga nuklear atau kita tidak mengikut haluan nuklear” dan bahawa kerajaan masih menjalankan kajian mengenai keperluan untuk tenaga nuklear dan berminat dalam perbahasan yang tulen mengenai isu ini.

Ia tidak menghairankan bahawa Dato’ Mah bercakap secara samar-samar, kerana malangnya ini menjadi pendekatan yang tipikal kerajaan untuk memperdayakan orang ramai sejak kerajaan mengumumkan rancangan untuk menjana tenaga nuklear pada tahun 2008.

Hujah-hujah bahawa rizab gas asli semakin berkurangan dan tenaga masa depan dikuasai oleh kebergantungan pada loji kuasa arang batu yang menyumbang kepada pemanasan global telah digunakan untuk mewajarkan kemunculan penjanaan kuasa nuklear.

Sementara mengakui cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bersabitan campuran tenaga semasa, kami ingin mengingatkan Dato’ Mah bahawa organisasi masyarakat sivil telah menyediakan hujah sah-balas untuk justifikasi ini. Kami telah mengemukakan memorandum pada 2011 yang memperincikan bantahan untuk penjanaan kuasa nuklear dan memberi saranan untuk pembaharuan tenaga yang akan membolehkan Malaysia untuk tidak turun laluan nuklear. Lagipun tenaga nuclear kini ditinggalkan oleh negara-negara lain yang menghadapi cabaran yang sama iaitu kekurangan bahan api fosil dan perlu menangani perubahan iklim.

Dari segi itu, kami tidak bersetuju dengan kenyataan Dato’ Mah bahawa rakyat Malaysia yang terlibat dalam perbahasan nuklear terdiri daripada hanya tiga kategori, seperti yang disenaraikan beliau – “mereka yang secara vokal menyokongnya, mereka yang benar-benar tidak tahu apa-apa mengenainya, atau mereka yang percaya kepadanya selagi ia tidak dibangunkan di belakang rumah mereka. ”

Terdapat satu kumpulan keempat iaitu mereka yang menentang tenaga nuklear dan telah menyuarakan pandangan kepada kerajaan tetapi sedihnya tidak diendahkan kerana kedudukan kumpulan itu dilihat sebagai tidak boleh dipertahankan dengan dasar nuklear kerajaan yang disenaraikan sebagai salah satu projek titik permulaan Program Transformasi Ekonomi.

Kami, bagaimanapun, bersetuju dengan Dato’ Mah bahawa keputusan untuk menerima pakai tenaga nuklear “adalah satu yang sangat penting dan kita mesti buat dengan betul-betul dari mula lagi”.

Membuat keputusan yang betul bermakna mendengar dengan fikiran terbuka dan mengadakan rundingan dengan semua pihak yang berkepentingan dengan cara yang ikhlas dan tulen.

Pada bulan Julai 2012, kami mendapat tahu bahawa kerajaan telah memajukan rancangan mereka di mana garismasa terperinci penjanaan tenaga nuklear telah dibangunkan dan ianya menunjukkan bahawa pemilihan tapak akan dimuktamadkan pada tahun 2014, menandakan ini sebagai POINT OF NO RETURN (PERINGKAT YANG TIDAK BOLEH DITARIKBALIK).

Demi ketelusan dan akauntabiliti, kami menggesa Dato’ Mah untuk mendedahkan kepada orang awam hasil kajian (dikenali sebagai Program Pembangunan Infrastruktur Tenaga Nuklear – Nuclear Power Infrastructure Development Programme) yang kerajaan dilaporkan telah jalankan sejak 2010 dan pada asalnya dijadualkan siap pada 2013.

Kami percaya bahawa pengenalan Rang Undang-Undang Peraturan Tenaga Atom menandakan satu peristiwa penting dalam rancangan kerajaan sementara ia terus mengelirukan dan menyembunyikan maklumat daripada orang ramai.

Sebagai organisasi masyarakat sivil dan demi kepentingan awam, CAP dan SAM tiada pilihan tetapi untuk melancarkan kempen membantah rancangan pembangunan tenaga nuklear yang tidak bermoral dan membinasakan ini.

S M Mohamed Idris ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)

Malaysian government hoodwinking the public on nuclear energy

The Consumers’ Association of Penang (CAP) and Sahabat Alam Malaysia (SAM) read with utmost concern the announcement by the Minister in the Prime Minister’s Department Dato’ Mah Siew Kiong on the government’s insistence to pursue nuclear power generation as a future energy source for the country.

Mah revealed at a forum organised by the Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) that the Atomic Energy Regulatory Bill would be tabled “by this year”, paving the way for the development of nuclear energy.

It is therefore disingenuous on the part of Minister Mah to claim that he was attending the forum “to look at the angle on whether we really want to go nuclear or do we not go nuclear” and that the government is still conducting a study on the need for nuclear energy and is interested in a genuine debate.

It is not surprising that Mah engaged in such doublespeak as that has regrettably been the typical approach of the government to hoodwink the public since it announced its plan to adopt nuclear energy in 2008.

The arguments of dwindling natural gas reserves and an energy future dominated by reliance on global-warming coal power plants have been used to justify the advent of nuclear power generation.

While we acknowledge the challenges faced by Malaysia posed by its current energy mix, we would like to remind Dato’ Mah that civil society organisations had provided valid counter-arguments to these justifications. We had submitted a memorandum in 2011 detailing our opposition to nuclear power generation and suggestions for energy reform that would enable Malaysia to not go down the nuclear pathway, which is being abandoned by other countries that are facing similar challenges of fossil-fuel scarcity and the need to address climate change.

In that sense, we disagree with Mah that the Malaysian public engaging in the so-called nuclear debate consists of merely the three categories that he had listed i.e. “those who are vocally for it, those who know absolutely nothing about it or those who believe in it as long as it is not in their backyards”.

There is a fourth group i.e. those who oppose nuclear energy, that had engaged the government but is sadly being dismissed because  the group’s position is perceived as untenable to the government’s nuclear policy which is listed as one of the entry-point projects of the Economic Transformation Programme.

We, however, agree with Mah that the decision to adopt nuclear energy “is a very important one and we must get it right first”.

Getting it right means listening with an open mind and consulting all interested parties in a genuine manner.

In July 2012, we learnt that the government had advanced its plan where a detailed timeline of nuclear power deployment was developed, indicating that the final site selection would be made in 2014, marking this as the POINT OF NO RETURN.

In the interests of transparency and accountability, we urge Mah to publicly disclose the study (known as the Nuclear Power Infrastructure Development Programme) that the government has been purportedly conducting since 2010 and originally scheduled for completion in 2013.

We believe that the introduction of the Atomic Energy Regulatory Bill marks a major milestone of the government’s plan while it continues to mislead and withhold information from the public.

As civil society organisations, CAP and SAM will be left with no choice but to launch a peoples’ campaign against this immoral and destructive nuclear energy development plan.

S M Mohamed Idris is president of the Consumers’ Association of Penang (CAP) and Sahabat Alam Malaysia (SAM)

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments