Kitaran mudarat jurang kaya dan miskin serta cadangan penyelesaiannya (English version below)

2
325

Kerajaan, sektor swasta dan rakyat perlu bersatu padu menggembeling usaha untuk menangani kesenjangan pendapatan dan kekayaan, ujar Blindspot.

Income inequality: Te necessities of life are getting more and more out of reach of normal citizens
Income inequality: Te necessities of life are getting more and more out of reach of normal citizens

Pertumbuhan ekonomi adalah baik. Walau bagaimanapun, sesuatu yang baik, jika berlebih-lebihan dan dilaksanakan dengan kejahilan boleh mengakibatkan kemudaratan. Negara yang berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama memiliki kesenjangan ekonomi yang tinggi, adalah pembunuh senyap yang tersembunyi seperti kolesterol yang membahayakan dan juga boleh memberi tekanan darah tinggi.

Kita jangan sesekali mengabaikan kesan buruk kesenjangan dalam usaha untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini mengiktiraf kesenjangan sebagai masalah global nombor satu dalam Agenda Global 2015.

Status negara berpendapatan tinggi tiada maknanya bagi lebih 80 peratus rakyat Malaysia yang bekerja makan gaji ataupun yang bekerja sendiri, yang berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah. Pendapatan mereka yang rendah menyumbang kepada kesenjangan pendapatan yang besar, iaitu pengagihan pendapatan yang sangat pencong. Hanya sebilangan kecil sahaja rakyat Malaysia yang berpendapatan lebih dari RM10,000 sebulan.

Indeks pekali Gini Malaysia adalah antara yang tertinggi di rantau ini dan telah secara relatifnya kekal ditakuk melebihi 0.4 sejak tahun 1980-an, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah dalam mesyuarat Kumpulan Fokus Belanjawan 2014 bagi menangani kesenjangan pendapatan pada 3 Ogos, 2013.

Sebagai rakyat yang cakna dan prihatin, kami mendesak agar kerajaan untuk mengambil tindakan segera dan afirmatif bagi mengurangkan kesenjangan; iaitu jurang kaya dan miskin yang lebar di Malaysia.

Sebagai langkah permulaan, kami mencadangkan tindakan-tindakan berpaksikan polisi kepada sembilan bidang utama untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Kerajaan juga perlu mengambil kira penumpuan hasil dan pendapatan yang diterima daripada Petronas dalam usaha untuk mengurangkan kesenjangan.

1. Menetapkan indeks Gini atau ukuran kesenjangan lain yang bersesuaian sebagai matlamat sasaran negara.

Berbeza dengan pertumbuhan KDNK, tindakan dan kemajuan yang telah dicapai dalam mengurangkan jurang kaya miskin tidak mampu diringkaskan dan dinyatakan dalam satu nombor. KDNK, PNK, ETP, GTP, EPP, NKEA, NKRA dan sebagainya tidak dapat menangani permasalahan kesenjangan kepada negara. Permasalahan kesenjangan termasuk pengangguran, jenayah, kemiskinan, masyarakat yang tidak toleran dan kurang peduli, ketegangan antara kaum, masalah kesihatan dan sosial serta pengurangan berterusan serta barang sosial.

Indeks kesenjangan patut dijadikan matlamat sasaran negara dan perkembangan indeks ini harus dijelaskan kepada rakyat seperti juga pertumbuhan KDNK dan pendapatan per kapita. Sesuatu yang dapat diukur akan mampu dicapai. Kami mencadangkan agar Indeks Gini Malaysia dikurangkan kepada 0.35 pada tahun 2020 sebagai matlamat sasaran negara.

2. Gunakan pengukuran progresif untuk ukuran kemiskinan.

Mensepadukan pelbagai takrifan kemiskinan dan nilai ambang (threshold) agar ianya memenuhi standard dan amalan global yang tekini. Berbanding menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) berdasarkan kemiskinan mutlak, kami mencadangkan kerajaan menggunakan ukuran kemiskinan relatif dengan nilai ambang 60 peratus daripada median pendapatan isi rumah dengan penyelarasan yang sesuai berkadaran dengan saiz keluarga. Pada masa ini ianya bersamaan dengan RM1,200 untuk individu, RM2,000 untuk isi rumah (sudah berkahwin tidak mempunyai anak), tambahan RM300 untuk dua anak pertama setiap satu, RM200 lagi untuk anak ketiga dan ke-empat dan RM100 untuk anak yang seterusnya.

3. Memberikan peluang pendidikan yang saksama dan memperbaiki hubungkait antara tenaga kerja tempatan dan piawaian/standard sumber manusia.

Sekolah rendah berasrama penuh untuk kanak-kanak dari golongan miskin: hari ini, pelajar sekolah menengah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM adalah anak-anak daripada ibu bapa golongan pertengahan dan kelas atasan yang mendapat pendidikan daripada sekolah rendah yang baik. Kita memerlukan SBP untuk sekolah rendah bagi membantu kanak-kanak daripada keluarga miskin bandar dan luar bandar untuk mempertingkatkan peluang mereka untuk memasuki pendidikan peringkat menengah dan pengajian tinggi. Kerajaan boleh menggunakan sistem penyampaian alternatif untuk tujuan ini, sebagai contohnya memperkasakan ‘usahawan sosial’ untuk menyampaikan perkhidmatan pendidikan melalui perusahaan sosial.

Pendidikan dan latihan vokasional serta politeknik: kerajaan perlu menyasarkan pengambilan sekurang-kurangnya 100,000 pelajar pada tahun 2020. Ini adalah penting untuk mempelbagaikan dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja yang mana pada ketika ini, 75 peratus daripadanya adalah pemegang sijil SPM dan ke bawah.

Universiti awam: Kerajaan perlu meningkatkan pengambilan tahunan daripada 200,000 pada masa ini kepada sekurang-kurangnya 400,000 pelajar pada tahun 2020. Pelbagai kajian dan penyelidikan telah membuktikan bahawa pendidikan tinggi boleh membantu mengurangkan kesenjangan.

4. Memastikan pekerjaan yang wajar dan gaji yang adil untuk rakyat. Secara prinsip, tiada seorang pun yang bekerja sepenuh masa harus berada di dalam kemiskinan.

Menetapkan gaji minimum RM1,350 bagi tahun 2015 dan mensasarkan RM1,850 pada tahun 2020 untuk mencapai nisbah 40 peratus CE/GDP yang dicadangkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancangan Ekonomi, Abdul Wahid Omar. Dengan sasaran PNK sebanyak RM1.7 trilion pada tahun 2020, jumlah yang dicadangkan ini perlu ditetapkan oleh kerajaan sebagai gaji minimum. Jumlah ini adalah 10 peratus lebih tinggi daripada nilai ambang kemiskinan relatif yang kami cadangkan (RM1,200). Peningkatan tahunan sebanyak 6.5 peratus dari gaji minimum 2015 akan dapat membolehkan gaji minimum RM1,850 dicapai pada tahun 2020.

Menetapkan gaji siling eksekutif tertinggi: Amalan syarikat yang membayar eksekutif peringkat tertinggi lebih daripada 50 kali ganda gaji purata atau median seharusnya tidak digalakkan. Ianya boleh dicapai melalui kadar percukaian tinggi.

Mengiktiraf hak kolektif pekerja: fasal-fasal dalam Akta Kesatuan Sekerja perlu dikaji semula untuk memperkasa kesatuan sekerja dan Malaysia perlu meratifikasi konvensyen ILO.

Hadkan penggunaan pekerja asing dalam industri tertentu: Kerajaan perlu meningkatkan levi pekerja asing kepada RM5,000 dan menetapkan had ke atas guna tenaga pekerja asing oleh industri. Kerajaan boleh membenarkan pekerja asing 100 peratus untuk pembantu rumah yang tulen. Walau bagaimanapun, bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan seharusnya tiada pekerja asing yang digunapakai, untuk sektor pembinaan peratusan maksimumnya 30 peratus dan bagi industri berasaskan agro/perladangan, peratusan maksimumnya pula 50 persatus.

5. Perumahan mampu milik. Secara prinsipnya, setiap rakyat perlu diberi peluang untuk memiliki sebuah rumah yang sesuai untuk kehidupan mereka.

Kerajaan telah melabur jumlah wang yang besar untuk memupuk dan menyokong budaya inovasi termasuk inovasi sosial. Adalah baiknya untuk kerajaan, mendapatkan pulangan pelaburan daripada usaha-usaha inovasi dengan cara memberikan rumah mampu milik untuk rakyat.

Sebagai langkah pertama, kerajaan perlu menyatukan semua agensi perumahan semasa dan SPV kepada satu badan perumahan negara yang berautoriti. Ini akan membolehkan pengurusan yang lebih baik dan ‘ekonomi skala’ yang lebih besar.

Kerajaan perlu memperketatkan RPGT dan pembiayaan rumah kedua dan pembelian rumah seterusnya dan pembelian asing untuk membendung spekulasi dan menstabilkan pasaran. Kerajaan juga perlu menyediakan bantuan bagi membolehkan pembeli kali pertama untuk membeli rumah mampu milik.

Sebagai alternatif, kerajaan boleh memberi kuasa kepada persatuan perumahan untuk membina rumah mampu milik dan memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri tempatan untuk mencari penyelesaian bersama-sama dengan persatuan perumahan dan ‘usahawan sosial’ untuk menyediakan perumahan mampu milik di kawasan masing-masing.

6. Membangunkan sektor rakyat atau sektor sosial untuk membantu menangani kemiskinan dan masalah sosial, menyediakan barangan dan perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mencipta inovasi sosial untuk membantu mengurangkan kesenjangan.

Sektor swasta Malaysia telah menikmati pelbagai sokongan, insentif, keistimewaan, akses kepada kewangan, program pembangunan, skim Kerjasama Awam Swasta (KAS), dan lain-lain – dengan cara disediakan atau dibantu oleh kerajaan. Seharusnya juga, kerajaan perlu membantu membangun, menyokong dan memberi insentif kepada sektor sosial.

Sebagai langkah pertama, kerajaan perlu mengiktiraf hak tersendiri sektor sosial yang mana ianya bukan hanya satu unsur pengimbang sahaja ataupun satu sektor yang tidak formal dan tidak dikitiraf. Selaras dengan usaha global untuk membangunkan sektor sosial, kerajaan perlu memperkenalkan pelbagai langkah, skim dan insentif untuk membangunkan sektor ini termasuk dana untuk inovasi sosial dan akses kepada kewangan sosial. Ini termasuk pembangunan yang sepatutnya untuk sektor pembiayaan mikro.

7. Pemindahan sosial

Pemberian wang tunai untuk membantu membasmi kemiskinan melalui pemberian terus hendaklah berasaskan kepada keperluan yang jelas, garis panduan dan matlamat yang disasarkan. Tahap pendapatan yang layak untuk pemberian terus tunai perlu terikat kepada nilai ambang kemiskinan. Penghasilan matlamat yang wajar, garis panduan, langkah-langkah dan kaedah-kaedah peniliaian perlu diwujudkan sebelum ianya dilaksanakan.

Sebagai alternatif, bantuan kepada golongan miskin boleh dilaksanakan melalui sistem penyampaian alternatif, seperti pemerkasaan usahawan sosial untuk membantu pembasmian kemiskinan melalui perusahaan sosial.

8. Tadbir urus yang baik dan memerangi rasuah

Rasuah dan tadbir urus yang lemah adalah antara punca utama kesenjangan yang besar. Kerajaan perlu meningkatkan usaha untuk memerangi rasuah termasuk melaksanakan peruntukan belanjawan yang lebih tinggi dan mengambil langkah-langkah radikal untuk mendedahkan dan menghukum perasuah.

Kerajaan, sektor awam dan sektor swasta perlu mematuhi dan dipandu seluruh dayanya dengan tadbir urus, integriti dan ketelusan prinsip dan garis panduan yang dianjurkan oleh Global Compact PBB, Transparency International dan Global Financial Integrity.

9. Langkah-langkah fiskal dan insentif

Cukai Keuntungan Modal dan Cukai Warisan telah terbukti memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang pendapatan antara yang kaya dan miskin di samping membawa hasil cukai tambahan kepada kerajaan.

Selain itu kerajaan boleh memperkenalkan pelbagai insentif fiskal untuk menggalakkan golongan berada di negara ini untuk menyumbang ke arah peningkatan kesejahteraan golongan miskin.

Mengurangkan kesenjangan ekonomi adalah lebih sukar berbanding penambahan pertumbuhan ekonomi. Blindspot mencadangkan satu unit khas yang diketuai oleh seorang menteri yang berkebolehan yang bertanggungjawab bertugas dengan Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung dengan Kesenjangan diwujudkan untuk memperjuangkan matlamat ini. Unit ini harus diberikan kuasa yang secukupnya dan boleh membuat perlaksanaan merentasi kementerian lain bagi memastikan kesenjangan dapat dikurangkan. Kami menjangkakan bajet tahunan sebanyak 8 peratus daripada KDNK diperlukan; penambahan 5 peratus daripada peruntukan semasa.

Kerajaan, sektor swasta dan rakyat perlu bersatu padu menggembeling usaha untuk menangani kesenjangan pendapatan dan kekayaan. Seruan ini menyeru kepada usaha-usaha merangsang dan memperhebatkan wacana ekonomi dan sosial, dan juga kerjasama merentasi partisan untuk mencapai persetujuan mengenai matlamat-matlamat dan falsafah ekonomi baru.

Blindspot menggesa semua kumpulan pemikir, penggubal dasar, ahli akademik dan aktivis di Malaysia untuk menilai cadangan-cadangan ini dan menyumbang ke arah matlamat ini semaksima mungkin, bagi mewujudkan Malaysia yang lebih baik bukan sahaja untuk generasi kita, tetapi untuk generasi akan datang. Kami berharap cadangan-cadangan ini akan membantu memecahkan kitaran mudarat kesenjangan dan membawa Malaysia kepada kitaran ekonomi yang adil dan harmoni.

Blindspot

Malaysia’s vicious inequality and proposed actions to remedy it

Economic growth is good. But like anything good, overindulgence and foolishness can land us in trouble. A high-income nation with high inequality is a silent and unseen troublemaker like high cholesterol and high blood pressure. We must not ignore the adverse effects of high inequality in our eager pursuit of becoming a high-income nation. The World Economic Forum has recently recognised inequality as the number 1 global concern in its Global Agenda 2015.

High-income nation status is pointless to the 80 per cent employed and self-employed Malaysians who earn below RM3,000 a month. Their low earnings contribute to the high level of income inequality, i.e. the highly skewed distribution of income.

A small number of Malaysians earn tens or hundreds of thousands or even millions of ringgit a month. Malaysia’s Gini coefficient index is among the highest in the region and has remained relatively stagnant at above 0.4 since the late 1980s, as pointed out by the honourable Second Finance Minister Ahmad Husni Hanadzlah during a Budget 2014 Focus Group meeting to address income inequality on 3 August 2013.

As concerned and conscientious citizens, we call on the government to take urgent and affirmative actions to reduce the high level of inequality in Malaysia. To get the ball rolling, we propose policy actions in nine key areas for the government to consider. The government should also consider dedicating the revenue it receives from Petronas towards the effort to reduce inequality.

1. Set the Gini index or other appropriate measure of inequality as a national target.

Unlike GDP growth components, actions and progress made in reducing inequality are not summarised and presented as a single number. GDP, GNI, ETP, GTP, EPP, NKEA, NKRA, etc. do not address the costs of inequality to the country. The costs of inequality include unemployment, crime, poverty, a distrustful and uncaring society, racial disharmony, health and social problems as well as depleting social goods.

A measure of inequality should be made a national target and the progress communicated to the rakyat just like GDP growth and income per capita. What gets measured gets done. We propose that the Gini index for Malaysia be reduced to below 0.35 by 2020 as the national target.

2. Use a progressive measure of poverty

Consolidate the various poverty definitions and thresholds in use into one that meets leading global standards and practices. Instead of using the Poverty Line Income (PLI) based on absolute poverty, we propose that the government use a relative poverty measure with a threshold of 60 per cent of median household income with appropriate adjustments for family size. Currently that translates to RM1,200 for a single person, RM2,000 for a married household with no children, an additional RM300 for the first two children each and another RM200 each for the next two children and RM100 for each subsequent child.

3. Provide equal access to education opportunities and improve the connectivity between the local labour force and human resource requirements.

Full-board primary school for children of the poor: Students in secondary Sekolah Berasrama Penuh (SBP) such as MRSM today are mainly children of middle- and upper-class parents with good primary education. We need primary school SBPs to help children of rural and urban poor families to improve their chances of entering secondary and tertiary education. The government can use alternative delivery systems for this such as empowering social entrepreneurs to deliver the service through social enterprises.

Vocational and polytechnic education and training: The government should target an intake of at least 100,000 students by 2020. This is important to diversify and upgrade the skills of our labour force, of which 75 per cent of them are currently holding SPM certificates and below.

Public universities: The government should increase the annual intake from 200,000 currently to a minimum of 400,000 students by 2020. Various studies and research have proven that tertiary education can help reduce inequality.

4. Ensure decent jobs and fair wages for citizens. As a principle, no person in full-time employment should be in poverty.

Set a minimum wage of RM1,350 for 2015 and target RM1,850 by 2020 in order to achieve the 40 per cent CE/GDP ratio as proposed by the honourable Minister in charge of Economic Planning Abdul Wahid Omar. With a GNI target of RM1.7tn by 2020 this proposed amount should be the minimum wage set by the government. This amount is 10 per cent higher than our proposed relative poverty threshold (RM1,200). An annual increase of 6.5 per cent from the 2015 minimum wage will reach the minimum wage of RM1,850 by 2020.

Capping top executives’ pay: Companies should be discouraged from the practices of paying top level executives more than 50 times the median or average wage. This can be achieved through tax disincentives.

Recognise the collective rights of workers: Clauses in the Trade Unions Act should be revised to empower trade unions, and Malaysia should ratify the ILO convention.

Limit the use of foreign workers in certain industries: The government should increase the foreign workers’ levy to RM5,000 and set limits for foreign workers employment by industry. The government may allow 100 per cent foreign workers for genuine domestic maids. But there should be zero foreign workers in services and manufacturing, a maximum 30 per cemt for construction, and 50 per cent for the agro-based/plantation industry.

5. Affordable housing. As a principle, every citizen should be given the opportunity to own a house fit for living.

The government has invested large sums of money to foster and support a culture of innovation including social innovation. What better way of getting a return on investment than by finding innovative ways to deliver affordable homes to the rakyat.

As a first step, the government should consolidate all current housing agencies and SPVs into one national housing authority. This will enable better management and greater economies of scale.

The government should tighten RPGT and financing for second and subsequent home purchases and foreign purchases to curb speculation and stabilise the market. The government should also provide assistance to enable first-ime buyers to purchase affordable houses.

Alternatively, the government could empower housing associations to build affordable houses and empower local state governments to find solutions together with housing associations and social entrepreneurs to provide affordable housing in their respective areas.

6. Develop the People or Social Sector to help tackle poverty and social problems, provide goods and services at affordable prices, and create social innovation to help reduce inequality.

The Malaysian private sector has been enjoying a wide range of support, incentives, privileges, access to finance, development programmes, Public-Private Partnership (PPP) schemes, etc. provided or assisted by the government. Similarly, the government should help develop, support and incentivise the social sector.

As a first step, the government should recognise the social sector in its own right rather than just a balancing item as the informal sector. In line with global efforts to develop the social sector, the government should introduce various measures, schemes and incentives to develop the sector including funds for social innovation and access to social finance. This includes a proper development of the microfinance sector.

7. Social transfers

Cash transfers to help alleviate poverty through hand-outs should be based on clear needs, guidelines and targeted outcomes. The income level that qualifies for cash hand-outs should be tied to the poverty threshold. Proper targeted outcomes, guidelines, measures and means testing should be established prior to execution.

Alternatively, assistance to the poor can be achieved through alternative delivery systems such as by empowering social entrepreneurs to help alleviate poverty via social enterprises.

8. Good governance and the fight against corruption

Corruption and weak governance are among the main root causes of high inequality. The government should step up efforts to fight corruption including providing a higher budget allocation and taking radical steps to expose and punish corruptors.

The government, public sector and private sector should observe and be guided as far as possible by the governance, integrity and transparency principles and guidelines advocated by the UN Global Compact, Transparency International and Global Financial Integrity.

9. Fiscal measures and incentives

Capital gains tax and inheritance tax have been proven to play a significant role in closing income disparities between the rich and poor in addition to bringing additional tax revenue to the government.

Additionally, the government can introduce various fiscal incentives to encourage the haves of the country to contribute towards the improvement of the well-being of the have-nots.

Reducing inequality will be more difficult compared to creating growth. Blindspot proposes that a special unit led by a competent minister reporting to a Parliamentary Select Committee for Inequality be created to champion the cause. The unit should have sufficient clout and be given the power to execute across various ministries to ensure that inequality is reduced. We envisage an annual budget of 8 per cent of GDP is required; an incremental of 5 per cent of GDP from the current allocations.

The government, the private sector and the rakyat should make a concerted effort to tackle income and wealth inequality. Among others, this calls for stimulating and constructive economic and social discourses and non-partisan or bi-partisan collaboration to reach consensus on potentially new economic goals and philosophy.

Blindpot urges all Malaysian think tanks, policy makers, academicians and activists to evaluate these proposals and contribute towards the cause as much as possible, in order to create a better Malaysia not only for us, but for generations to come.

We hope these proposals will help break the vicious cycle of inequality and shift Malaysia into a virtuous cycle of equitable and harmonious economy.

Blindspot is a group of concerned citizens giving voice to the voiceless and presenting critical, informative data and facts often missed.

(Visited 127 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! You are one of an increasing number of readers looking up Aliran for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

2 COMMENTS

  1. All good ideas and well done…however I would like to point out that there is an anomaly.

    While reliance on ‘foreign’ workers is to be severely restricted…..

    “The government may allow 100 per cent foreign workers for genuine domestic maids”.

    To me this conveys that the restriction on ‘foreign’ workers is purely based on selfish economic advancement and not basic human rights.

    So Malaysia gets its act together and advances into Vision 2020 as a nation with developed status and can now afford 100% foreign domestic maids (even the language is wrong- no women should accept the derogatory label maid). and the implication being that somehow they are less human and can be paid much less than a Malaysian for work that is demeaning.

    Being a developed nation implies much much more than being economically advanced…it must also have a high degree of understanding and acceptance of human rights for all, including people who come from overseas to work.

    Malaysia is not some isolated island in the middle of the ocean…it belongs to the global village where peoples needs should be at the forefront of those who think about economic imperatives….not just the people who are called Malaysians.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here