Kes-kes kematian tahanan dalam lokap-lokap dan penjara di Pulau Pinang

0
Another death in custody: Murugan Muniandy

Memorandum mengenai kes-kes kematian telah diserahkan kepada Ketua Polis Negeri Pulau Pinang oleh tiga badan bukan kerajaan.

Another death in custody: Murugan Muniandy
Another death in custody: Murugan Muniandy

Kami, daripada pihak badan bukan kerajaan, berasa amat kecewa dengan kes-kes kematian dalam tahanan yang semakin meningkat, khususnya di Pulau Pinang. Lapan kes telah didedah dalam media pada tahun 2014 dan antaranya lima kes adalah berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan lokap-lokap di negeri Pulau Pinang.

Sebanyak empat mangsa mati dalam tahanan di lokap-lokap polis iaitu Lokap Nibong Tebal, Lokap Bayan Baru, Lokap Bandar Perda serta penjara Penang. Untuk seorang mangsa yang mati dalam penjara Tapah pula, mangsa tersebut pernah ditahan di lokap Bandar Perda sebelum dihantar ke penjara Tapah.

Berikut merupakan senarai nama suspek yang mati dalam tahanan.

Senarai nama suspek yang mati dalam tahanan pada tahun 2014:

Tarikh
Nama
Umur
Lokasi
10 Feb 2014
A. Punniyanathan
40
Lokap Nibong Tebal
18 Feb 2014
J. Kulanthangam
34
Lokap Dang Wangi
1 Mac 2014
Ramasamy Nagu
50
Lokap Bayan Baru
8 Mac 2014
Kamarulnizam
39
Penjara Tapah
6 April 2014
Koay Soon Guan
41
Penjara Pulau Pinang
10 April 2014
N. Harirajan
34
Penjara Kajang
13 April 2014
Murugan Muniandy
37
Lokap Bandar Perda
16 April 2014
A Morgan
48
Lokap Jinjang

Oleh yang demikian, kami berharap Ketua Polis Negeri Pulau Pinang memandang serius tentang kes-kes kematian dalam tahanan yang berlaku di negeri Pulau Pinang, dan mengambil langkah-langkah yang konkrit untuk memastikan perkara yang sama tidak akan berlaku lagi.

Usaha perlu diambil oleh PDRM untuk hentikan segala bentuk penyeksaan dalam tahanan untuk mengelakkan orang yang ditahan mati dalam tahanan.

READ MORE:  Police top brass must respond to outrage over miscreant officers

Tuntutan kami

Berikutan ialah tuntutan kami:

  • Pastikan pegawai lokap yang bertugas ketika kematian disiasat dengan segera. Ini berlandaskan kepada Peraturan Lokap 1958 yang menyatakan pegawai bertugas mesti bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan suspek dan kondisi lokap dalam keadaan yang teratur.
  • Siasatan harus dilakukan oleh pegawai penyiasat dari pejabat polis daerah yang lain supaya penyiasatan adalah transperan serta tidak wujud sebarang pilih kasih dalam penyiasatan tersebut.
  • Tubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (Independent Police Complaints and Misconduct Commission, IPCMC). Kita tidak mahu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (Siap) yang tiada kuasa sebenar untuk menyiasat, mendakwa polis yang salahlaku. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (Siap) pada mulanya juga dikenali sebagai Suruhanjya Aduan Khas.
  • Hentikan segala penyeksaan dalam tahanan untuk menggelakkan orang yang ditahan mati dalam tahanan.
  • Semua kes kematian dalam tahanan didengar dalam Makhamah Khas Koroner

NGO-NGO yang menyokong memorandum ini:

  • Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
  • Amnesty International Malaysia (AI-M)
  • Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments