Kecewa dengan siasatan mengenai kes kematian dalam tahanan

0
Aliran members were among those who protested outside the central lock-up in Bayan Baru on Mother's Day 2014

Sekumpulan NGO, parti politik dan wakil rakyat ingin tahun perkembangan dan hasil siasatan polis mengenai kes-kes kematian dalam tahanan.

Aliran members were among those who protested outside the central lock-up in Bayan Baru on Mother's Day 2014
Aliran members were among those who protested outside the central lock-up in Bayan Baru on Mother’s Day 2014

Memorandum kepada Ketua Polis Negeri Pulau Pinang
mengenai perkembangan siasatan dan tindakan-tindakan untuk mengelakkan berlakunya kes-kes kematian dalam tahanan dalam lokap-lokap di negeri Pulau Pinang.

Kami amat kecewa dengan kegagalan PDRM yang tidak memaklum kepada ahli-ahli keluarga mangsa mengenai perkembangan siasatan kematian dalam tahanan selepas laporan polis telah dibuat. Keluarga-keluarga mangsa telah menunggu jawapan daripada pihak polis selama empat bulan atau sekurang-kurang satu bulan.

Selain itu, pihak kami juga tidak nampak tindakan-tindakan dan usaha-usaha yang jelas dilakukan oleh pihak polis untuk menggelakan kes-kes kematian dalam tahanan berlaku.

Berikut adalah senarai nama suspek yang mati dalam tahanan pada tahun 2014:

  1. A Punniyanathan, 40, mati dalam Lokap Balai Polis Nibong, 10 Februari 2014
  2. J Kulanthangam, 34, mati dalam Lokap Dang Wangi, 18 Februari 2014
  3. Ramasamy Nagu, 50 mati dalam Lokap Bayan Baru, 1 Mac 2014
  4. Kamarulnizam, 39, mati dalam Penjara Tapah, Lokap Balai Polis Bandar Perda, 8 Mac 2014
  5. Koay Soon Guan, 41, mati dalam Penjara Pulau Pinang, 6 April 2014
  6. N Harirajan, 34, mati dalam Penjara Kajang, 10 April 2014
  7. Murugan Muniandy, 37, mati dalam Lokap Balai Polis Bandar Perda, 13 April 2014
  8. A Morgan, 48, mati dalam lokap Jinjang, 16 April 2014
  9. Rahmat Bin Md Noor, 56, mati dalam Lokap Bayan Baru, 27 April 2014
  10. Naidu Agin Raj, 29, Hospital Bukit Mertajam (Lokap Balai Polis Bandar Perda), 7 Jun 2014
  11. Kor Kheng Soon, 43, mati dalam lokap Balai Polis Kuantan, 7 Jun 2014

Sebelas kes kematian dalam tahanan telah berlaku pada tahun 2014. Antara 11 kes kematian dalam tahanan ini, enam kes adalah berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan lokap-lokap di Negeri Pulau Pinang.

READ MORE:  Kematian dalam tahanan yang kedua di Kuala Lumpur dalam bulan Jun (Malay/English)

Menurut statistik dan maklumat yang kami kumpul, tiga lokap Negeri Pulau Pinang merupakan lokap “risiko tinggi” berlakunya kematian dan tahanan iaitu Lokap Berpusat Bayan Baru, Lokap Balai Polis Bandar Perda dan Lokap Balai Polis Nibong Tebal.

Dalam tahun 2014 sahaja, dua kes kematian telah berlaku di dalam Lokap Berpusat Bayan Baru dan tiga kes kematian berlaku di Lokap Balai Polis Bandar Perda.

Walaupun hanya satu kes kematian berlaku di lokap Balai Polis Nibong Tebal pada tahun ini, tetapi terdapat dua lagi kes kematian yang berlaku sebelum ini, iaitu kematian dalam tahanan seperti Ooh Joo Kia, berumur 44 pada Januari 2011 dan orang tidak diketahui, berumur 46 pada 18 Oktober 2012.

Selain daripada kes-kes kematian dalam tahanan, kami juga terima satu kes dimana anak pengadu iaitu Mohd Hafidan bin Mokhtarludin (No Kad Pengenalan 851026085483) yang ditahan di dalam lokap IPD Bukit Mertajam Pulau Pinang, mendakwa bahawa beliau dipukul oleh polis. Ibunya mendakwa terdapat beberapa kesan cedera Mohd Hafidan iaitu kedua-dua belah mata lebam dan bengkak, kesan jahitan cedera di belakang kepala dan belakang badan beliau juga ada kesan lebam yang disyaki akibat dipukul oleh anggota polis semasa di Balai Polis Simpang Ampat. Tindakan polis yang memukul suspek seperti ini berkemungkinan menyebabkan kematian suspek.

Oleh itu, kami menuntut Ketua Polis Negeri Pulau Pinang menjawap beberapa persoalan dalam masa seminggu kepada orang ramai:

  • Adakah polis lokap yang bertugas ketika kejadian disiasat dengan segera? Persoalan ini berlandaskan kepada Peraturan Lokap 1958 yang menyatakan pegawai bertugas mesti bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan suspek dan kondisi lokap dalam keadaan yang teratur.
  • Adakah siasatan polis dilakukan oleh pegawai penyiasat dari pejabat polis daerah yang lain? Hal ini adalah untuk memastikan penyiasatan ini adalah telus serta tidak wujud sebarang cubaan untuk menutup salahguna kuasa dalam penyiasatan tersebut.
  • Apa perkembangan dan hasil siasatan mengenai kes-kes kematian dalam tahanan yang disenaraikan seperti di atas?
  • Apa tindakan-tindakan atau usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak polis untuk menggelakkan berlakunya kematian ataupun penyeksaan dalam tahanan?
READ MORE:  Polis tidak mengetahui siapa yang mati, namun yakin tiada berlaku kesalahan (Malay/English)

6 Julai 2014

Memorandum disokong oleh NGO-NGO, parti-parti politik, dan wakil-wakil rakyat seperti berikut:

NGO-NGO:

  1. Amnesty International Malaysia (AIM)
  2. Malaysians For Beng Hock
  3. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
  4. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
  5. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  6. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)

Parti-parti politik:

  1. Angkatan Muda Keadilan Negeri P.Pinang (AMK PP)
  2. Parti Sosialis Malaysia cawangan Bayan Baru
  3. Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik Negeri P Pinang (Penang Dapsy)

Wakil rakyat:

  1. P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Negeri P Pinang
  2. Afif Bahardin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri P Pinang
  3. Ng Wei Aik, Ahli Parlimen Tanjung
  4. Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru
  5. P Kasthuri, Ahli Parlimen Batu Kawan
  6. Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Bukit Mertajam
  7. Ong Chin Wen, Adun Bukit Tengah
  8. Lee Khai Loon, Adun Machang Bubok
  9. Soon Lip Chee, Adun Jawi
  10. T Jayabalan, Adun Batu Uban
  11. Teh Lai Heng, Adun Komtar
  12. Yap Soo Huey, Adun Pulau Tiku
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments