Hari Ibu yang menyedih bagi mangsa kes kematian dalam tahanan

0
no views
Aliran members were among those who protested outside the central lock-up in Bayan Baru on Mother's Day 2014

Hari Ibu tahun ini merupakan Hari Ibu yang amat menyedih bagi mereka yang mengalami anak-anak mereka mati dalam tahanan, ujar Ong Jing Cheng.

Aliran members were among those who protested outside the central lock-up in Bayan Baru on Mother's Day 2014
Aliran members were among those who protested outside the central lock-up in Bayan Baru on Mother’s Day 2014

Sembilan kes telah didedah dalam empat bulan pada tahun 2014; stastitik ini masih tidak termasuk kes-kes yang belum didedahkan oleh media ataupun keluarga mangsa.

NGO-NGO, ahli perlimen, Adun-Adun dan parti-parti politik menghantar memorandum dan berjumpa dengan Ketua Polis pada 22 April 2014 untuk membincangkan kes-kes kematian dalam tahanan yang semakin meningkat, khususnya di Pulau Pinang. Namun, kes kematian dalam tahanan masih berlaku selepas lima hari kemudian iaitu pada 27 April 2014 di lokap berpusat Bayan Baru.

Lokap berpusat yang kos RM25 juta adalah bertujuan untuk mencegah kes-kes kematian berlaku. Tetapi lokap berpusat Bayan Baru telah menpunyai dua kes pada tahun 2014 iaitu N Ramasamy yang didapati meningal pada 1 Mac, dan kes terbaru, Rahmat Md Noor didapati meninggal pada 27 April.

Daripada sembilan kes kematian dalam tahanan, enam kes adalah berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan lokap-lokap dan penjara di negeri Pulau Pinang. Sebanyak enam mangsa mati dalam tahanan di lokap-lokap polis iaitu Lokap Nibong Tebal, Lokap Bayan Baru (sudah dua kes pada tahun ini), Lokap Bandar Perda serta penjara Pulau Pinang. Untuk seorang mangsa yang mati dalam penjara Tapah pula, mangsa tersebut pernah ditahan di lokap Bandar Perda sebelum dihantar ke penjara Tapah.

Kami berpendapat menubuh Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang bebas, mempunyai kuasa dan bertaring adalah satu penyelesaian untuk menangani kes-kes salahguna kuasa yang menglibatkan polis. Penubuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP) dan lokap berpusat tidak mampu menyelesaikan masalah sekarang. Penubuhan IPCMC juga selaras dengan cadangan Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Tun Dzaiddin 2005 dan juga Perlembagaan Persekutuan.

READ MORE:  Movement control order: Four reasons not to send offenders to cells

Senarai nama suspek yang mati dalam tahanan pada tahun 2014:

 

Tarikh

Nama

Umur

Lokasi

10 Feb 2014

A Punniyanathan

40

Lokap Nibong Tebal

18 Feb 2014

J Kulanthangam

34

Lokap Dang Wangi

1 Mac 2014

Ramasamy Nagu

50

Lokap Bayan Baru

8 Mac 2014

Kamarulnizam

39

Penjara Tapah

6 April 2014

Koay Soon Guan

41

Penjara Pulau Pinang

10 April 2014

N Harirajan

34

Penjara Kajang

13 April 2014

Murugan Muniandy

37

Lokap Bandar Perda

16 April 2014

A. Morgan

48

Lokap Jinjang

27 April 2014

Rahmat Bin Md Noor

56

Lokap Bayan Baru

 

Rakyat dialu-alukan untuk menghubungi pejabat Suaram 03-7784 3525 untuk mendapatkan bantuan dalam memperjuangkan keadilan bagi pihak mangsa.

Ong Jing Cheng ialah wakil Suaram Pulau Pinang.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments