Comango akan memfailkan tindakan semakan di mahkamah

0
363
human rights coalition in Malaysia
The Comango team - Photograph: Malaysiakini

Pertubuhan-pertubuhan di dalam Comango termasuk pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, Akta Syarikat 1965, persatuan-persatuan yang tidak diperbadankan serta gabungan masyarakat sivil (English version below).

human rights coalition in Malaysia
The Comango team – Photograph: Malaysiakini

Gabungan NGO-NGO Malaysia ke Proses UPR (COMANGO) amat terkejut dan terganggu atas dakwaan yang dibuat Ketua Setiausaha (KS) Kementerian Dalam Negeri menerusi kenyataan media di mana COMANGO dilabel sebagai sebuah “pertubuhan haram”.

Di bawah S5, Akta pertubuhan 1966, hanya Menteri Dalam Negeri sahaja yang boleh membuat pengisytiharan bahawa sesebuah pertubuhan itu tidak sah sekiranya pertubuhan tersebut bertujuan untuk menjejaskan atau menentang kepentingan keselamatan Malaysia, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Antara sebab Comango dilabel haram oleh KS adalah andaian bahawa kami memperjuangkan hak-hak yang bercanggah dengan ajaran Islam. Ini adalah tidak benar.

Antara sebab-sebab KS menyatakan bahawa pengisytiharan COMANGO tidak sah adalah: banyak pertubuhan yang mengesahkan laporan Comango untuk Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review, UPR) Malaysia oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB (United Nations, UN) bukan organisasi berasaskan Islam, tidak berdaftar dan malah Comango sendiri juga tidak berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (RoS). Sebab-sebab yang dikemukakan ini adalah tidak berpandukan S5, Akta Pertubuhan 1966.

Comango juga berasa hairan dengan kesanggupan kerajaan menggunakan Islam sebagai alat politik hanya untuk mendiamkan kritikan terhadap pencabulan hak asasi manusia sambil memburuk-burukkan pejuang hak asasi manusia. Kerajaan seolah-olah menggunakan taktik mengancam sambil bersekongkol menggalakkan penyebaran sentimen melampau dan memecah belah.

Proses UPR oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB ini melibatkan penyertaan 193 negara ahli PBB, termasuk negara bermajoriti Muslim. Banyak negara bermajoriti Muslim telah menerima perjanjian Hak Asasi Manusia yang didakwa oleh kumpulan-kumpulan pelampau anti-Comango sebagai tidak selari dengan nilai-nilai Islam.

Kami risau bukan sahaja kerana Kerajaan sedang berpendirian sama seperti kumpulan-kumpulan pelampau ini, tetapi juga kerana ia turut menggalakkan sentimen hasutan dengan mendanai kumpulan-kumpulan seperti Perkasa. Kenyataan media oleh Kementerian Dalam Negeri, mengesahkan pandangan kami bahawa kerajaan seolah-oleh terikat oleh agenda kumpulan-kumpulan pelampau ini.

Senarai yang dilampirkan bersama kenyataan media tersebut tidak tepat dan mengelirukan. Pertubuhan-pertubuhan di dalam Comango termasuk pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, Akta Syarikat 1965, persatuan-persatuan yang tidak diperbadankan serta gabungan masyarakat sivil.

Comango menyangkal kenyataan KS yang mendakwa hanya organisasi yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan sahaja menjalankan aktiviti secara sah.

Kami menegaskan bahawa tindakan Comango tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, prinsip-prinsip Hak Asasi Manusia atau komitmen Hak Asasi Manusia Malaysia sendiri sebagai Negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Penyertaan masyarakat sivil termasuk penyerahan laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, badan-badan perjanjian, dan prosedur-prosedur khusus diiktiraf dan merupakan sumbangan penting kepada proses UPR.

READ MORE:  Sokongan NGO kepada komuniti rentan seharusnya dibenarkan beroperasi (Malay/English)

Proses UPR memerlukan kerajaan untuk berkerjasama dengan semua pihak yang ingin memperbaiki keadaan Hak Asasi Manusia dalam sesebuah Negara. Tindakan Comango adalah bertepatan dengan proses yang dimandatkan dalam resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Hak Asasi Manusia, PBB.

Malah, kerajaan Malaysia telah banyak kali berurusan dengan Comango sejak kami menyerahkan laporan pertama kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 2008. Comango telah bertemu dengan ahli perwakilan kerajaan Malaysia semasa proses penilaian terhadap Malaysia di Geneva pada Oktober 2013, juga sebelum penilaian dibuat pada bulan September. Comango juga telah menerima jemputan dalam berberapa sesi rundingan yang lain.

Malaysia kini sedang aktif untuk menjadi sebahagian daripada Majlis Keselamatan PBB. Atas sebab itu, Kerajaan tidak boleh hanya menyertai beberapa proses PBB, tetapi pada masa yang sama mengasingkan dirinya daripada proses-proses yang lain, terutamanya kerana Majlis Hak Asasi Manusia merupakan komponen penting dalam rangkuman sistem hak asasi manusia PBB yang lebih luas.

Proses UPR ini dirangka untuk menyegerakan, menyokong, dan mengembangkan promosi dan perlindungan Hak Asasi Manusia supaya ia dapat dinikmati bersama oleh semua manusia, melalui matlamat meningkatkan tahap Hak Asasi Manusia di semua Negara. Tindakan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri bertentangan dengan matlamat ini dan merupakan suatu pencabulan terhadap hak kebebasan kami untuk bersuara dan berpersatuan.

Mengisytiharkan Comango sebagai tidak sah hanyalah satu taktik politik untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu perpaduan negara, rasuah yang berleluasa, agihan kekayaan negara yang tidak sama rata, serta lain-lain keputusan kerajaan yang tidak diterima oleh rakyat seperti pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), peningkatan kos sara hidup termasuk minyak, tol dan tenaga elektrik.

Comango akan mengarahkan peguamcara bagi memfailkan semakan undang-undang di mahkamah tinggi untuk membatalkan pengisytiharan yang dibuat oleh KS.

Honey Tan Lay Ean
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)

Yap Swee Seng
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)

Untuk dan bagi pihak Gabungan NGO-NGO Malaysia ke Proses UPR (Comango)

English version

The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (Comango) is shocked and perturbed that the Secretary General of the Home Ministry of Malaysia (the SG) has declared Comango, through a media statement, an “unlawful organization” (“pertubuhan haram”).

READ MORE:  #MakanKongsi mencapai sasaran kutipan RM300,000, namun golongan yang memerlukan masih ramai (Malay/English)

Under S5 of the Societies Act 1966, only the Home Minister may by order declare a society to be unlawful if a society is being used for purposes prejudicial to or incompatible with the interest of the security of Malaysia, public order or morality.

Among the reasons given by the SG to declare Comango unlawful is that we are championing rights that deviate from Islam. This is untrue.

The SG also states that many of the endorsees of the report prepared by Comango for the universal periodic review (UPR) of Malaysia by the UN Human Rights Council are not Islam-based organisations, that some of the endorsees of the Comango report are not registered and that Comango itself is not registered with the Registrar of Societies as reasons for his declaration that COMANGO is ‘unlawful’. These reasons are not in accordance with S5 of the Societies Act 1966.

Comango is appalled that the government is using Islam as a political tool to silence criticism of human rights violations, and to demonise human rights defenders. It is bowing to alarmist tactics and is complicit in fanning rising and extremely divisive intolerance in this country.

The UPR process of the United Nations Human Rights Council involves all 193 UN member states, including Muslim-majority countries. Many Muslim-majority countries have acceded to the human rights treaties branded as unIslamic by extremist groups, which have been making inaccurate and unsubstantiated accusations against Comango. We are concerned that the government has not only adopted the language and positions of these extremist groups, but also facilitated hate speech by funding groups such as Perkasa. The media statement by the Home Ministry affirms our view that the government appears to be beholden to these extremist groups.

The list attached with the media statement is inaccurate and misleading. Organisations in Comango include organisations registered under the Societies Act 1966, the Companies Act 1965, unincorporated associations, and civil society coalitions.

Comango refutes the SG’s statement that only organisations registered with the Registrar of Societies are carrying out activities legally (“menjalankan aktiviti secara sah”).

We stress that none of Comango’s work has been contrary to the Federal Constitution, human rights principles or Malaysia’s own human rights commitment as a member state of the United Nations. Civil society’s participation including submissions of reports to the UN Human Rights Council and the treaty bodies, and the special procedures are recognised and well-established contributions to the UPR process.

READ MORE:  Weed out corruption among dubious NGOs

The UPR process requires governments to work in consultation with all stakeholders to improve the human rights situation in their respective country. Comango’s work falls squarely within these mandated processes in resolutions passed by the General Assembly and the Human Rights Council of the United Nations.

The government of Malaysia has engaged with Comango many times since we submitted our first report to the UN Human Rights Council in 2008. Comango met with members of the Malaysian government delegation during Malaysia’s review in Geneva in October 2013, as well as before the review, in September. Comango has also been invited to participate in several consultations.

Malaysia is actively vying to be part of the UN Security Council. As such, the government cannot be part of some UN processes and disavow others, particularly when the Human Rights Council is very much a key component of the larger UN human rights system.

The UPR process is designed to prompt, support, and expand the promotion and protection of human rights to be equally enjoyed by every human being, with the goal of improving the human rights situation in every country. The government’s action through the Home Ministry is in opposition to this goal and violates our rights to freedom of expression and association.

Declaring Comnango as unlawful is a political ploy to distract the rakyat from national disunity, endemic corruption, unequal distribution of wealth, and unpopular decisions of the government such as the implementation of a Goods and Services Tax (GST), as well as rising living costs in terms of petrol, toll fees, and electricity.

Comango will be instructing solicitors to file a judicial review in the High Court to quash the decision made by the SG.

Honey Tan Lay Ean
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)

Yap Swee Seng
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)

for and on behalf of the Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (Comango)

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments