Bantah cukai GST!

0
295
Cartoon courtesy of cartoonkafe.com and Merdeka Review

Kerajaan yang pro-korporat mampu mengurangkan cukai korporat dari 40 peratus ke 26 peratus sekarang dan sanggup menggadaikan rakyat dengan bebanan cukai GST.

Cartoon courtesy of cartoonkafe.com and Merdeka Review
Cartoon courtesy of cartoonkafe.com and Merdeka Review

Deklarasi 1 Mei 2014

Tahun 2014: Tahun Bantah Cukai GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Kerajaan BN telah meluluskan Akta Cukai GST walaupun rakyat telah berulang kali membantah perlaksanaan cukai GST ini.

Di Malaysia hanya 15 peratus rakyat sahaja yang membayar cukai pendapataan, dan 38 peratus rakyat masih menerima gaji di bawah paras kemiskinan iaitu RM860, serta pelaksanaan Gaji Minima RM900 masih menjadi dilemma. Malah, menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hutang seisi rumah di Malaysia adalah 83 peratus daripada KDNK dan yang tertinggi di Asia berbanding dengan Singapura 67 peratus dan Hong Kong 58 peratus. Dalam keadaan ini, apakah nasib rakyat jika cukai GST dilaksanakan?

Cukai GST akan menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik, walaupun Kerajaan menjustifikasikan ada 40 jenis barangan asas tidak akan naik harga. Ini kerana, sebelum sesuatu barang sampai kepada pengguna, ia melalui banyak proses penyediaan, semua proses penghasilan melibatkan pembayaran cukai GST. Ini secara tidak langsung akan menaikkan harga pada barangan pengguna pada akhirnya.

Rakyat Malaysia khususnya pekerja yang merupakan 99 peratus akan tetap merana akibat Cukai GST ini walaupun Kerajaan memberi alasan yang tidak munasabah dalam melaksanakan cukai GST ini. Kerajaan yang pro-korporat mampu mengurangkan cukai korporat dari 40 peratus pada tahun 1980-an kepada 26 peratus sekarang dan sanggup menggadaikan rakyat dengan bebanan cukai GST.

Tuntutan kami

  • Tolak dan batalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang memiskinkan lagi rakyat.
  • Hentikan rundingan Trans Pasifik Partnership Agreement (TPPA). Dedahkan kandungan TPPA di Parlimen dan dapatkan pandangan rakyat terhadap perjanjanjian TPPA ini.
  • Menguatkuasakan pelaksanaan 100 peratus polisi gaji minima RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak dan mengkaji semula jumlah gaji minima ini selaras dengan kenaikan kos hidup; maka kami sarankan RM1500 Gaji Minima dilaksanakan.
  • Hak kesatuan sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di negara ini.
  • Hak pekerja wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, kerajaan dan mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (Cedaw). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, termasuk dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.
  • Hak pekerja migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.
  • Hak pembelaan pekerja migran – Pekerja migran yang dibuang kerja harus dibenarkan berada di Malaysia dengan permit kerja sehingga kesnya didengar penuh untuk mempertahankan hak dia. Hapuskan kontradiksi undang-undang antara Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigeresan.
  • Hentikan penswastaan perkhidmatan asas – Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh kerajaaan.
  • Kebebasan media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan.
  • Kawal harga barang – Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.
  • Hak pelajar – Mansuhkan AUKU dan PTPTN. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar.
  • Hak Orang Asal – Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal.
  • Alam sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Lynas, insinerator dan lain-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.
  • Perumahan selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap peneroka bandar. Skim perumahan rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan.
  • Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasirakyat, antaranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Prevention of Crime Act (PCA), Akta Perhimpunan Aman (APA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan 1948 (Sedition Act), Akta Dadah Berbahaya.
READ MORE:  SST vs GST: A false debate

Organisasi yang menyokong Deklarasi Satu Mei 2014

  1. Academy Of Tamil Studies
  2. Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
  3. Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN)
  4. Asalkan Bukan Umno
  5. Bantah Lynas
  6. Baramkini
  7. Bela Tani
  8. Community Action Network (CAN)
  9. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
  10. Centre Of Education. Research And Development (Cedar)
  11. Child Development Initiative
  12. Community Development Centre (CDC)
  13. Council Of Temples Malaysia
  14. Damn the Dams
  15. Malaysian Youth and Students Democratic Movement (Dema)
  16. Dignity International
  17. Empower
  18. FanTIZhi1748
  19. Federation of Malaysian Indian Organisation (Prima)
  20. Findars
  21. Food Not Bombs – Kuala Lumpur
  22. Gabungan NGO Pengerang
  23. Gabungan Pekerja Sungai Petani (Gabung)
  24. Gerakan Mahasiswa Maju New Era
  25. Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur)
  26. Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
  27. Group Of Concerned Citizens
  28. Himpunan Hijau
  29. Indian Malaysian Active Generation (Image)
  30. Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)
  31. Jaringan Orang Asli Semenanjung Malaysia
  32. Jawatankuasa Bertindak Flat Taman Permata Dengkil
  33. Jawatankuasa Kuala Lumpur Tak Nak Incinerator
  34. Jawatankuasa Pekerja Sanon Kogyo Malaysia Sdn Bhd
  35. Jawatankuasa Penduduk Jalan Reko Kajang
  36. Jawatankuasa Penduduk Kg Hakka
  37. Jawatankuasa Rakan Segari
  38. Jawatankuasa Tindakan Tanah Kampung Ampar Tenang
  39. Johor Yellow Flame (JYF)
  40. Kelab Bell Belia Selangor
  41. KL & Selangor Chinese Assembly Hall Social-Economic Committee
  42. Klang Consumer Association
  43. KLCAH Youth
  44. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
  45. Kuala Lumpur Hindu Youth Organisation
  46. Kumpulan Aktivis Sahabat Alam
  47. LLG Cultural Development Centre
  48. Lostgens
  49. Malaysia Against Death Penalty and Torture (Madpet)
  50. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
  51. Malaysia Tamil Artiste Association
  52. Malaysian Dravidian Association
  53. Malaysian Election Observers Network
  54. Malaysian Indian Historical Association
  55. Malaysian Indian Youth Development Foundation
  56. Malaysian Indians Progressive Association (Mipas)
  57. Malaysian Youth Care Association (Prihatin)
  58. Malaysians for Beng Hock
  59. Mamas Bersih
  60. Nationwide Human Development And Research Centre
  61. Northern Green Youth (NGY)
  62. Parti Islam Se-Malaysia (Pas)
  63. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
  64. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  65. Pax Romana ICMICA
  66. Pemuda Sosialis
  67. People’s Green Coalition
  68. Permas
  69. Persahabatan Semparuthi
  70. Persahabatan Semparuthi Johor
  71. Persatuan Alumni PBTUSM Selangor dan KL
  72. Persatuan Alumni PBTUSM Utara
  73. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  74. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor and KL (Prihatin)
  75. Persatuan Prihatin Belia Malaysia
  76. Pusat Komas
  77. Rakan Mantin
  78. Rudra Devi Samaj Malaysia
  79. Sahabat Rakyat Working Committee
  80. Sahabat Wanita
  81. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  82. School of Acting Justly, Loving Tenderly, Treading Humbly (Salt), Malaysia
  83. Selangor Hokkien Association Youth Section
  84. Sembang-sembang Forum
  85. Serdang Bharu School Alumni Youth Section
  86. Sisters in Islam
  87. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
  88. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
  89. Taskforce Against Kaiduan Dam (Takad)
  90. Tenaganita
  91. Transformasi Mahasiswa, UUM
  92. University Malaya Association of New Youth (UMANY)
  93. Women’s Aid Organisation (WAO)
  94. Women’s Centre for Change Penang (WCC)
  95. World Tamil Federation – Malaysian Chapter
Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments