SPRM Pulau Pinang digesa buka semula kes beli undi PRU13

1

Sim Tze Tzin berasa kesal atas keputusan pengarah SPRM Samarajoo Manikam untuk menutup siasatan terhadap laporan beli undi melalui “lucky bonus” semasa PRU13.

sg-dua-2

Pakatan Rakyat berasa kesal atas keputusan pengarah SPRM Samarajoo Manikam untuk menutup siasatan terhadap laporan beli undi melalui “lucky bonus” semasa PRU13.

Kami berpendapat SPRM telah gagal atau tidak competent dalam kerja-kerja siasatan. Alasan Samarajoo bahawa kes ini tiada unsur-unsur jenayah, sama sekali tidak boleh diterima.

Dalam PRU13, isu utama yang dikempen oleh Pakatan Rakyat adalah Rasuah dan Korupsi. 51 peratus pengundi di Malaysia menyokong Pakatan Rakyat malah saya yakin lebih ramai lagi menyokong usaha membanteras rasuah. Malah, SPRM telah mendapat RM276 juta dalam bajet 2013. Rakyat mempunyai harapan yang tinggi terhadap SPRM. Tetapi, sejurus selepas PRU13, kes rasuah pilihanraya yang begitu ketara ditutup. Ini telah menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap SPRM sama sekali.

Semasa PRU13, ribuan pengundi-pengundi di Pulau Pinang telah menyertai jamuan makan Kelab 1Malaysia. Mereka terima duit dan terima voucher “lucky bonus”. Mereka mempunyai first-hand experience dalam kaedah membeli undi. Ribuan pengundi Pulau Pinang boleh jadi saksi dan kami dari Pakatan Rakyat telah memberi kerjasama kepada SPRM. Jika SPRM memberi alasan tidak mempunyai bukti kukuh, ini seolah-olah beliau menutup kedua-dua mata sama sekali terhadap sesuatu jenayah. Perdana Menteri sekarang mesti menjawab adakah usaha beliau membanteras rasuah melalui SPRM telah gagal.

Kesemua ini membuktikan bahawa kajian Transparency International-Malaysia’s (TI-M) Global Corruption Barometer (GCB) adalah betul. TI-M semalam (9 Julai) melaporkan bahawa hanya 31 peratus yakin terhadap usaha kerajaan persekutuan membanteras rasuah. Ini adalah historic low dalam SPRM.

READ MORE:  Greed undermining our socio-political landscape

Tujuh laporan SPRM telah dibuat oleh calon-calon Pakatan Rakyat iaitu Abdul Halim Hussain (Teluk Bahang, PKR), Mohd Tuah Ismail (Pulau Betong, PKR), Norhayati Jaafar (Teluk Air Tawar, PKR), Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman (Pinang Tunggal, PKR), Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau parliamentary seat, PKR) dan Cikgu Asnah (Bayan Lepas, Pas).

Pakatan Rakyat telah melapor SPRM mengikut akta Kesalahan Pilihanraya seksyen 1954:

Penyogokan

10. Orang yang berikut hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan menyogok:

(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya;

Beliau juga berkata apabila SPRM menyiasat di kawasan-kawasan tersebut, pemberian duit tidak lagi dijalankan dan duit diberi oleh warga asing. Kami tidak boleh terima alasan-alasan tersebut kerana SPRM dikatakan adalah badan professional yang bertaraf antarabangsa setanding ICAC Hong Kong.

Kami menyeru SPRM membuka file semula dan mencari bukti dengan lebih bersungguh-sungguh. Pemimpin Pakatan Rakyat akan membuat laporan semula berkenaan kes ini pada masa yang terdekat.

Sim Tze Tzin ialah Ahli Parlimen Bayan Baru
10 Julai 2013

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
leekh
17 Jul 2013 11.57pm

(It appears) SPRM has a special definition for Corruption. Any payments made to voters for voting BN is not corruption!
Any promise of payment made by BN is not corruption.
Any gifts, dinner or handouts provided by BN is also not corruption.