Rohingya refugees face grim future in Malaysia

1

Zafar Ahmad Mohd Abdul Ghani writes an open letter to the prime minister to highlight the Rohingya refugees’ bleak future and uncertainty in Malaysia.

A group of Rohingya migrants sit on a beach while being processed by Thai authorities - Source: dailymail.co.uk images released by CNN
A group of Rohingya migrants sit on a beach while being processed by Thai authorities – Source: dailymail.co.uk images released by CNN

The situation of the Rohingya refugees in this country has remained the same since 2006, when the Malaysian government took the initiative to register them for a IMM 13 visa, which would allow them access to employment and education. The registration exercise was terminated after two weeks on grounds of corruption and has never resumed since.

They are still a stateless people as the situation in Arakan State, Myanmar has not improved despite the overt gestures of the Myanmar government to stop the ‘ethnic-cleansing’ there. People are still fleeing and many are arriving in Malaysia as asylum seekers and refugees, but are seen as “illegal immigrants” in this country as refugees are still not recognised by Malaysia.

Malaysia has sent humanitarian aid to Rakhine State (Arakan State) but has taken no steps to recognise refugees in this country or allow any refugee the basic rights for survival i.e. right to employment, education and proper access to medical treatment and health care. The UNHCR cannot provide everything and many civil society groups are trying to help by providing basic facilities that the government can easily provide if it wants to. Refugees within our borders are the government’s responsibility and they should be afforded the same basic non-derogable rights as everyone else.

The following appeal letter is from Zafar Ahmad, head of the Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organisation, Malaysia (Merhrom) to the PM.

20 Januari 2013

Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

READ MORE:  Youth power – leading protests but excluded from decision-making

Dato’ Sri,

Memohon satu temujanji bagi membincangkan nasib pelarian etnik Rohingya di Malaysia.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Pertama sekali saya bagi pihak pelarian etnik Rohingya yang mencari perlindungan di Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Sri yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam dan semua ahli kabinet yang baru.

Seperti makluman Dato’ Sri, pelarian Rohingya telah berada di Malaysia sejak hampir tiga dekad yang lalu disebabkan penganiayaan dan pendakwaan yang dilakukan oleh pemerintah tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya yang beragama Islam. Ini telah memaksa etnik Rohingya keluar secara besar-besaran bagi mencari pelindungan di negera-negara jiran seperti Bangladesh, Malaysia, Thailand, Indonesia, Pakistan dan Arab Saudi.

Pada bulan Disember 2012, dunia telah digemparkan dengan tragedi yang dialami oleh pelarian Rohingya yang mencari pelindungan di negara jiran sehingga menyebabkan (ratusan) orang mati lemas di lautan. Tragedi ini telah mendapat liputan meluas media antarabangsa sehingga masyarakat dunia memberi perhatian serius bagi menangani isu pelarian Rohingya.

Pelbagai inisiatif telah di ambil oleh masyarakat dunia termasuk Asean bagi membincangkan isu ini untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu Rohingya. Inisiatif yang terbaru adalah perbincangan mengenai pelarian Rohingya melalui proses. Walaupun tidak diketahui secara terperinci apakah hasil perbincangan tersebut, kami pelarian Rohingya di Malaysia amat berharap agar isu pelarian Rohingya akan terus dibincangkan oleh pemimpin Asean bagi menangani krisis kemanusiaan yang dihadapi oleh etnik Rohingya di tanah air sendiri.

Seperti makluman Dato’ Sri, etnik Rohingya tidak diiktiraf oleh pemerintah tentera Myanmar sebagai warganegara. Ini menyebabkan hak-hak kami telah dicerobohi dan tanah serta harta benda kami telah dirampas. Kami telah dijadikan buruh paksa, dinafikan hak untuk mendapat pendidikan dan tidak boleh bergerak bebas di negara sendiri. Banyak masjid, surau, sekolah agama dan kawasan perkuburan telah dimusnahkan. Kami telah mengalami terlalu banyak penderitaan sewaktu berada di negara asal dan nasib kami masih tidak berubah apabila menjadi orang pelarian di negara-negara jiran.

READ MORE:  Halt the involuntary repatriation of Myanmar detainees immediately

Walaupun pelarian etnik Rohingya berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Orang Pelarian (UNHCR) namun jumlah pelarian Rohingya yang mendapat penempatan semula di negara ketiga adalah terlalu kecil berbanding dengan etnik-etnik lain. Menurut UNHCR, kebanyakan pelarian Rohingya tidak ditempatkan semula di negara ketiga kerana kami beragama Islam. Walaupun UNHCR dan negara penerima orang pelarian tidak sepatutnya mengamalkan diskriminasi atas faktor agama dan etnik tetapi itu yang berlaku terhadap pelarian Rohingya. Menurut Dato’ Seri Dr Rais Yatim sewaktu beliau menjadi Menteri Luar Malaysia, antara tahun 2003-2008 hanya 144 pelarian Rohingya di Malaysia di tempatkan semula di negara ketiga.

Disebabkan oleh kekurangan sokongan masyarakat antarabangsa bagi membantu pelarian Rohingya, kami amat berharap agar Dato’ Sri dan Kerajaan Malaysia dapat memberi perlindungan terhadap pelarian Rohingya tanpa negara ini. Kami merayu kepada Dato’ Sri dan rakyat Malaysia agar bersimpati dengan nasib kami dan penderitaan yang kami lalui sejak hampir 30 tahun yang lalu. Kami telah menganggap Malaysia seperti negara sendiri kerana tiada tempat lain untuk kami mencari perlindungan.

Seperti makluman Dato’ Sri, pada tahun 2004 kerajaan Malaysia telah mengumumkan untuk memberi dokumen IMM 13 untuk pelarian Rohingya. Pengumuman tersebut telah disambut dengan gembira oleh semua pelarian Rohingya. Dengan adanya dokumen IMM 13 pelarian Rohingya akan dibenarkan mencari pekerjaan dengan cara yang sah, kanak-kanak pelarian Rohingya akan diterima masuk ke sekolah dan kami akan mendapat akses kepada kemudahan kesihatan. Terdapat kira-kira lebih 3000 kanak-kanak pelarian Rohingya di Malaysia yang tidak mendapat pendidikan formal. Ini menyebabkan beberapa generasi pelarian Rohingya menjadi buta huruf dan ini mendatangkan kesan yang buruk terhadap pelarian Rohingya.

READ MORE:  Myanmar: How support for the military’s divide-and-rule game backfired

Pada tahun 2006 kerajaan Malaysia telah mendaftarkan kira-kira 5000 pelarian Rohingya untuk IMM 13 dan setiap pelarian Rohingya dikehendaki membayar yuran sebanyak RM90. Walau bagaimanapun Kerajaan Malaysia telah menghentikan pendaftaran untuk IMM 13 kerana ia melibatkan rasuah daripada beberapa ketua komuniti Rohingya yang mementingkan diri sendiri. Saya memohon kepada Dato’ Sri untuk menyambung pendaftaran pelarian Rohingya untuk IMM 13 bagi membela nasib kami yang telah dipinggirkan sejak sekian lama oleh pihak yang berkenaan.

Disebabkan keadaan yang semakin kritikal di Arakan state, Myanmar kami memohon kerajaan Malaysia memainkan peranan yang lebih aktif bersama-sama dengan pemimpin Asean yang lain bagi mengembalikan demokrasi di Myanmar. Pemulihan demokrasi di Myanmar amat penting bagi menamatkan pencabulan hak asasi ke atas rakyat Myanmar oleh pemerintah tentera. Ini akan mengelakkan penghijrahan secara paksa rakyat Myanmar secara berterusan ke negara-negara jiran.

Dengan itu saya amat berharap untuk bertemu dengan Dato’ Sri atau wakil Dato’ Sri bagi membincangkan nasib pelarian etnik Rohingya di Malaysia. Saya bagi pihak seluruh pelarian Rohingya di Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih di atas perhatian dan belas kasihan dari Dato’ Sri dan masyarakat Malaysia terhadap krisis yang kami hadapi.

Bersama-sama surat ini saya sertakan sekali kajian yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan regional, Altsean Burma tentang situasi sebenar etnik Rohingya di Arakan state, Myanmar. Kajian tersebut memberi gambaran menyeluruh tentang nasib yang dialami oleh etnik Rohingya di negara sendiri.

Segala perhatian dan pertimbangan daripada Dato’ Sri di dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah yang maha Esa sentiasa merahmati pemerintahan Dato’ Sri.

Sekian.

Yang benar,

Zafar Ahmad bin Haji Mohd Abdul Ghani
Presiden
Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM)
Tel no: 016-6827287
Email: rights4rohingya@yahoo.co.uk
Blog: www.merhrom.wordpress.com

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
najib manaukau
5 Feb 2013 1.26pm

Don’t these people look muslims enough for help from the shenanigan Mahathir ? … Or is it because in this case these muslim refugees don’t generate enough publicity for you ? You are nothing but a hypocrite,… and most of all a devil in the disguise …! Just remember for ever action there is an equal opposite reaction and you have implemented million of actions and the reactions are now coming back to haunt you. Now we know why you are still alive, to be here for the million of reactions coming for you !