Projek Dialog membantah retorik hasutan ‘Tsunami Cina’

1
39

“Tsunami Cina” dan “Apa lagi Cina mahu?” – kenyataan sebegini seolah-olah ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Projek Dialog.

The infamous statement made by Utusan
The infamous statement made by Utusan

Projek Dialog membantah dengan sekeras-kerasnya semua hasutan berkaitan dengan “Tsunami Cina” yang menyalahkan masyarakat Cina Malaysia sebagai faktor utama kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Ini termasuk kenyataan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang dibuat pada 6 May 2013. Kenyataannya berbaur hasutan dan berisiko melaga-lagakan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Semenjak itu, akhbar-akhbar arus perdana juga memainkan isu “Tsunami Cina” tanpa henti. Utusan Malaysia pada 7 Mei 2013 secara tidak bertanggungjawab telah meletakkan tajuk utama mereka – ‘Apa lagi Cina mahu?’

Sementara itu, akhbar Kosmo pula (juga pada 7 Mei) dengan sengaja meletakkan tajuk muka hadapan mereka – “Pengundi Cina bersikap talam dua muka”. Begitu juga dengan kenyataan tokoh besar BN seperti bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam kenyataannya seperti dipetik akhbar Sinar Harian (6 Mei 2013): “Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak fikir apa yang telah kita buat selama ini.”

Punca sebenar kekalahan

Alasan “tsunami Cina” juga tidak berasas dan tidak mencerminkan punca sebenarnya prestasi yang lemah bagi Barisan Nasional.

BN bukan sahaja kalah teruk di negeri-negeri seperti Selangor, Penang, Kuala Lumpur dan Kelantan, malah ia hanya mampu menang tipis sahaja di Perak, Johor, Negeri Sembilan, dan Terengganu.

Kami percaya semua ini dilakukan untuk membina persepsi awam seolah-olah kaum Cina bersikap terlalu mendesak dan tidak menghargai jasa kerajaan. Walhal, punca utama kemerosotan BN adalah kebangkitan rakyat Malaysia menentang ketidakadilan, kronisme dan rasuah yang berleluasa kesan daripada pemerintahan kerajaan BN sejak 56 tahun yang lalu.

READ MORE:  Ban m-word and c-word from electoral campaigns

“Tsunami Rakyat” lebih tepat

Rakyat Malaysia sudah muak dengan politik perkauman yang dibawa Umno. Mereka inginkan perubahan. Kesempitan hidup, gaji rendah, isu pendidikan dan kos hidup yang tinggi antara tunas-tunas api kebangkitan rakyat Malaysia pada pilihan raya kali ini.

Sebilangan besar rakyat miskin di Malaysia adalah masyarakat Melayu walaupun berada 56 tahun dibawah pemerintahan BN. Sebaliknya, segelintir yang meraih kekayaan negara ini adalah kroni-kroni BN sendiri.

Pilihanraya kali ini adalah yang paling sengit dan juga mencatatkan jumlah pengundi yang paling ramai keluar mengundi dalam sejarah Malaysia iaitu sebanyak 80 peratus. Analisa pilihanraya menunjukkan undian popular dimiliki oleh Pakatan Rakyat iaitu lebih daripada 50 peratus jumlah pengundi memangkah PR dalam kertas undian.

Walaubagaimanapun, Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan dengan kemenangan majoriti mudah dengan menawan 133 daripada 222 kerusi parlimen. Kebanyakkan kawasan dimana BN kalah adalah kawasan bandar yang berpendudukan padat.

Antara majoriti parlimen dan undi popular

Hal ini mejelaskan kenapa PR memiliki jumlah undian popular manakala BN memiliki jumlah kerusi yang tinggi. BN dapat kekal di Putrajaya disebabkan oleh amalan persempadanan semula kawasan pilihanraya, ataupun gerrymandering.

Manipulasi politik ini menyebabkan BN dapat menang mudah di kawasan-kawasan luar bandar yang tidak mempunyai populasi yang padat seperti kawasan bandar, bahkan penembusan internet juga adalah amat rendah dan mereka tidak mendapat liputan informasi yang meluas daripada media bebas alternatif berbanding media arus perdana yang dikawal oleh kerajaan BN .

Tiba masanya untuk politik baru

Realitinya, pilihan raya ini sebenarnya menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mengundi tanpa mengira kaum ataupun agama.

Terdapat banyak kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti Melayu, sebaliknya mengundi calon yang berbangsa lain. Sebagai contoh, Lim Kit Siang yang merupakan calon DAP yang berbangsa Cina memenangi kerusi Gelang Patah di Johor mengatasi calon Melayu BN dan bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman. Lim Kit Siang tidak mungkin menang dengan hanya undian kaum Cina.

READ MORE:  Siti Kasim deserves our support

Ke arah 1 Malaysia?

Namun begitu, di alam siber, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sedang mencetuskan propaganda “Tsunami Cina” perkauman dan perbalahan antara kaum Melayu dan Cina.

Kononnya orang Cina ingin menguasai negara Malaysia dan memperhambakan kaum Melayu. Hal ini amat mengecewakan kami kerana Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan budaya, dan bukannya negara fasis bagi sesebuah kaum sahaja. Kami menentang sama sekali budaya perkauman yang tidak matang seperti ini.

Kami menyeru Datuk Seri Najib Razak supaya membantah sentimen rasis yang semakin menjadi-jadi di kalangan penyokong-penyokong Umno yang masih berdegil menerima kelemahan parti mereka. Fokuskan usaha untuk berkhidmat kepada rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan agama dengan mengambil semangat 1Malaysia seperti yang BN kempen kepada rakyat.

Elakkan daripada permainan politik perkauman dan agama yang merugikan Malaysia.

Projek Dialog adalah suatu projek kemajuan sosial yang ingin memajukan debat dan persefahaman antara pelbagai suku kaum dan agama di Malaysia.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
bangsa melayu yang ada harga diri Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
bangsa melayu yang ada harga diri
bangsa melayu yang ada harga diri

sememangnya orang melayu takan sedar sampai bila-bila apatah lagi yang buta sejarah. selagi negara ini tak jadi seperti singapura. masa itu baru orang melayu terhegeh-hegeh menagih simpati .ingat lim guan eng akan berlari membantu… tanya orang cina sendiri mereka sendiri pun tahu ….ketika itu baru tahu tinggi rendahnya langit. … orang cina … berjaya pecah belahkan kita,umno,pkr dan pas dan mereka bersatu di bawah Dap. aneh sikap orang melayu saudara seislam…