Pembinaan empangan: Masyarakat sivil menyokong hak asasi Orang Asal

0
297

Lapan puluh badan bukan kerajaan menyokong perlindungan hak asasi bumiputera (Orang Asal) Sarawak dari pembinaan empangan hidroelektrik di Murum dan Baram, Sarawak.

A blockade near the Murum Dam site
A blockade near the Murum Dam site

(English version below)

Masyarakat Sivil Malaysia memprotes pencabulan Hak Asasi Bumiputera Sarawak (Orang Asal) dalam pembinaan empangan janakuasa hidroelektrik di Bakun, Murum dan Baram, Sarawak

Pencabulan Hak Bumiputera (Orang Asal) Sarawak

Kerajaan Negeri Sarawak dibawah pemerintahan Ketua Menteri Taib Mahmud telah mencabuli Hak Bumiputera Sarawak secara konsisten dan berterusan melalui

  1. rampasan tanah milik bumiputera Sarawak untuk pembalakan haram
  2. pembinaan tiga empangan mega di Batang Ai, Bakun dan Murum serta pembinaan terancang sembilan lagi empangan di Baram dan daerah-daerah lain yang menyebabkan air sungai yang melimpah
  3. pemindahan monokultur minyak kelapa sawit secara berleluasa ke kawasan milik Bumiputera Orang Asal Sarawak
  4. penghasilan sisa toksik, pencemaran dan penggunaan tenaga yang banyak oleh industri-industri peleburan di kawasan industri (SCORE) disepanjang pesisir pantai Sarawak.

Pemusnahan alam sekitar secara terancang dan dahsyat ini telah membawa kesan yang tidak dapat dibaikpulih kepada komuniti bumiputera Orang Asal. Mereka telah melindungi hutan sejak zaman-berzaman sebagai sumber makanan, kawasan ladang kecil-kecilan, tempat penempatan (rumah panjang), tempat penyembahan dan tanah pengebumian mereka. Kehidupan mereka dan adat resam mereka bergantung kepada tanah-tanah mereka serta hutan-hutan yang tidak diteroka. Tanah adalah jiwa Orang Asal.

Pengusiran Orang Asal daripada tanah-tanah mereka telah terbukti sebagai satu pemusnahan budaya. Penempatan semula secara paksa Orang Asal ke Sungai Asap untuk membuka jalan kepada pembinaan Empangan Bakun telah menyebabkan kemiskinan dan kesusahan dalam komuniti Orang Asal tersebut. Penempatan baru yang disediakan kerajaan adalah sebahagian daripada kawasan ladang kelapa sawit dan tidak sesuai untuk penanaman padi bukit dan pelbagai tanaman lain. Penempatan tersebut juga terletak jauh daripada kawasan hutan yang pernah didiami mereka. Sekolah-sekolah dan klinik-klinik yang dipohon oleh komuniti Orang Asal kepada pihak kerajaan tidak mencukupi. Di samping itu, kemudahan-kemudahan yang disediakan dibina secara tidak teliti dan sambil lewa serta kebanyakannya tidak berada dalam keadaan bersih dan selamat. Penempatan semula secara paksa ini boleh disamakan dengan penempatan “Kampung Baru” ketika Perintah Darurat pada tahun 1948 hingga 1960 di Persekutuan Tanah Melayu. Tambahan pula, keadaan hidup Orang Asal ini meyerupai keadaan di kem perlindungan orang pelarian.

Perlindungan Tanah Bumiputera Orang Asal (Blockade) di Murum, Sarawak

Sejak 23 September 2013, komuniti-komuniti Penan di Murum telah memulakan perlindungan/kepungan (Blockade) yang ketiga kali sebagai tindakbalas terhadap kegagalan Kerajaan Negeri Sarawak dan badan-badan berkaitan dengannya memberikan pampasan dan gantirugi yang adil. Seluruh komuniti Penan termasuk wanita dan kanak-kanak telah berkumpul dan bertahan di bawah terik matahari dan hujan lebat semenjak enam minggu lepas bagi menyuarakan protes mereka.

Perlindungan Tanah Bumiputera Orang Asal (Blockade) di Baram, Sarawak

Komuniti Orang Ulu di Baram juga telah memulakan perlindungan/kepungan (Blockade) mereka semenjak 23 Oktober 2013 bagi menghalang kerja-kerja pembinaan Empangan Baram daripada terus dijalankan. Mereka, secara aman, telah meminta para pekerja di Empangan Baram untuk meninggalkan kawasan tersebut. Para pekerja empangan telah memenuhi permintaan mereka dan meninggalkan lokasi pembinaan secara aman. Kerja-kerja pembinaan Empangan Baram yang dilakukan telah dihentikan.

Desakan Masyarakat Sivil Malaysia

Gerakan hak asasi Orang Asal di Malaysia secara umumnya, dan gerakan hak asasi Orang Asal di Murum dan Baram secara spesifiknya, adalah tidak terpisah dengan gerakan Masyarakat Sivil Malaysia dalam menentang sebarang ketidakadilan dan penindasan yang melibatkan masyarakat Malaysia secara seluruhnya. Kami memprotes dengan keras penindasan yang dilakukan ke atas kami seperti ini. Desakan-desakan Orang Asal di Murum dan Baram juga adalah desakan-desakan kami.

READ MORE:  Band-aid and Orang Asli’s trampled rights

Masyarakat Sivil Malaysia mendesak Kerajaan Negeri Sarawak, badan-badan, kontraktor-kontraktor dan agen-agen berkaitan dengannya:

1. Serta-merta menghentikan proses penakungan air di Empangan Murum dan menghentikan pembakaran rumah-rumah panjang milik komuniti Penan di Murum. Seterusnya, mereka perlu mengadakan rundingan secara adil dan terbuka dengan komuniti Penan tanpa ada unsur-unsur ugutan, paksaan, korupsi dan salahguna kuasa atau percubaan untuk membahagi dan memisahkan komuniti tersebut kepada kelompok-kelompok kecil.

2. Serta merta menghentikan segala kerja berkenaan kaji selidik dan pembinaan Empangan Baram. Seterusnya, mereka perlu mengadakan rundingan secara adil dan terbuka dengan komuniti Penan tanpa ada unsur-unsur ugutan, paksaan, korupsi dan salahguna kuasa atau percubaan untuk membahagi dan memisahkan komuniti tersebut kepada kelompok-kelompok kecil.

Masyarakat Sivil Malaysia juga mendesak Polis Diraja Malaysia:

3. Perlu segera menghentikan sekatan-sekatan jalan raya yang dijalankan oleh anggota Polis bagi membolehkan bekalan makanan dan minuman, bantuan perubatan, sukarelawan, para wartawan dan pekerja-pekerja media alternatif dapat keluar masuk ke Murum tanpa sebarang gangguan. Polis Diraja Malaysia juga perlu memberikan khidmat yang paling profesional dalam melindungi Orang Asal di Murum dan Baram yang cuma mempertahankan Hak Asasi mereka yang dikurniakan dan dilindungi dibawah Perlembagaan Malaysia, untuk hidup dengan aman di Malaysia.

Bersama bersolidariti,
Damn the Dams Action Group

Malaysian civil society supports the protection of Orang Asal’s Native Customary Rights against the construction of dams in Murum and Baram, Sarawak.

The Malaysian Civil Society regards with great indignation the violation of Native Customary Rights of the Orang Asal (the Indigenous People) of Sarawak in the construction of hydroelectric power dams in Bakun, Murum and Baram, Sarawak.

Violation of native rights

The Sarawak state government under the administration of the Chief Minister Taib Mahmud has consistently and relentlessly violated the Rights of the Orang Asal in Sarawak by unlawful seizure of their Native Customary Lands; systemic deforestation through illegal logging; flooding of river valleys as a result of the construction of three mega dams at Batang Ai, Bakun and Murum and the planned construction of another nine dams at Baram and other districts; illegal transplantation of the monoculture of oil palms onto vast areas of Native Customary Lands; the establishment of toxic, polluting and massive energy-consuming smelting industries in the industrial zones (Score) along the coast of Sarawak.

This systematic and disastrous environmental destruction has brought irreversible harm to the Orang Asal communities who have protected the pristine forests for their food, small farms, long houses, places of worship, churches and burial grounds. Their very existence and culture is dependent on their lands and the forest. Their land is their life.

The eviction of the Orang Asal from their lands has proven to be a cultural genocide. The forced relocation of the Orang Asal to Sungai Asap to make way for the construction of Bakun Dam had left the community destitute. The new settlement area is a part of oil palm plantations and is unsuitable for cultivation of hill rice and other crops. It is located far away from the forests. The schools and clinics demanded by the Orang Asal are lacking. The amenities are badly constructed and unhygienic. While the forced relocation is not unlike the setting up of “New Villages” during the Emergency Orders from 1948 to 1960 in Malaya, the living condition has been comparable to that of the refugee camps.

READ MORE:  Release three detained Orang Asli, stop encroachments into their ancestral lands

The protection of Native Customary Lands (blockade) at Murum, Sarawak

The Penan communities at Murum have started their third Protection/Blockade since 23 September 2013 as their demands for fair compensations have not been met by the Sarawak Government and its linked corporations. The entire communities including women and children have been camping under the warm sun and have suffered the monsoon rain for the past six weeks to voice their protest.

The protection of Native Customary Lands (blockade) at Baram, Sarawak

The Orang Ulu communities of Baram had similarly started their protection/blockade on 23 October 2013 to stop further prospective and construction work on the planned Baram Dam. They had peacefully asked the workers at the Baram Dam project to leave. The dam workers had complied and construction had come to a standstill. The eviction of the dam workers had been conducted peacefully.

Demands of Malaysian civil society

The civil rights movement of the Orang Asal in Malaysia in general and that of the Orang Asal at Murum and Baram in particular is an inseparable part of the larger Malaysia Civil Society movement against injustices and oppression inflicted upon the Malaysian public as a whole. We hold in great indignation such injustices committed against us. The demands of the Orang Asal at Murum and Baram are therefore our own demands.

The Malaysian Civil Society demands that the Sarawak state government and its linked corporations, contactors and agents:

1. immediately stop the impoundment of the Murum Dam and stop further arson against the longhouses of the Penan community in Murum. That they enter into open and fair consultation with the Penan community without intimidation, force, corruption and manipulation to divide and split the community.

2. immediately stop all work related to the survey and construction of the planned Baram Dam. That they enter into open and fair consultation with the community of Baram without intimidation, force, corruption and manipulation to divide and split the community.

The Malaysian Civil Society also demands:

3. that the Royal Malaysian Malaysia immediately end the police road block to allow food, water, medical assistance, social workers and media reporters to freely enter Murum. That the Royal Malaysian Police render its utmost professional service to protect the Orang Asal in Murum and Baram who are exercising their civil rights granted and guaranteed under the Constitution of Malaysia to a peaceful life in Malaysia.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Badan ‘Damn the Dams Action Group’ (Kumpulan Bertindak Menentang Pembinaan Empangan) dan dipersetujui oleh organisasi-organisasi Masyarakat Sivil Malaysia berikut:

List of individuals and organisations endorsing the Statement

READ MORE:  Federal, state governments must act to protect Orang Asli land rights

Masyarakat Sivil Malaysia Menyokong Perlindungan Hak Asasi Bumiputera (Orang Asal) Sarawak daripada Pembinaan Empangan Hidroelektrik di Murum dan Baram, Sarawak.

Dikeluarkan pada 6 November 2013 di Kuala Lumpur, Malaysia.

1. Aliran
2. All Women’s Action Society (AWAM)
3. ANGKATAN WARGA AMAN MALAYSIA (WargaAMAN)
4. Association of Women Lawyers
5. Ban Cyanide Action Committee, Raub, Pahang
6. Baramkini
7. Baram Protection Action Committee (BPAC)
8. Bersih Sibu, Sarawak
9. Borneo Resources Institute, Malaysia (BRIMAS)
10. Borneo Rights International, United Kingdom (BRI)
11. Biro Alam Sekitar Parti Keadilan Rakyat
12. Center for Orang Asli Concerns
13. Centre for Policy Initiatives (CPI)
14. Civil Rights Committee of Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall
15. Community Action Network (CAN)
16. Communities Information and Communication Centre (CICOM)
17. Dapur Jalanan Kuala Lumpur
18. ENGAGE
19. Friends in Conversation (FIC)
20. Gerakan Bunga Raya
21. Gindol Initiative for Civil Society, Borneo
22. Gabungan NGO Pengerang Johore
23. Helen Ting
24. Himpunan Hijau
25. Ho Yock Lin, President, AWAM
26. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) which comprises 89 CBOs.
27. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
28. Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)
29. JOHOR YELLOW FLAME (JYF)
30. Kelab Bangsar Utama
31. Lee Hwok Aun Dr., Universiti Malaya
32. LLG Cultural Development Centre
33. Malaysia Youth and Student Democratic Movement
34. MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)
35. MALAYSIAN INDIANS PROGRESSIVE ASSOCIATION (MIPAS)
36. Malaysians for Beng Hock
37. Mama Bersih
38. New Era College Student Progressive Front
39. Northern Green Youth
40. Parti Sosialis Malaysia
41. People’s Green Coalition
42. Persatuan Alumni PBTUSM Kuala Lumpur & Selangor (雪隆理华同学会)
43. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
44. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor & Kuala Lumpur (PRIHATIN)
45. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)
46. Persatuan Murid Murid Tua SJK (C) Pei Hwa
47. Persatuan Penduduk Taman Muhibbah
48. Persatuan Sahabat Wanita, Selangor (PSWS)
49. Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan ( PSHK)
50. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
51. Tan Sri Ramon Navaratnam
52. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
53. Sahabat Rakyat Working Committee
54. Save Vui Kong Campaign
55. Serdang Bharu School Alumni Youth Section
56. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
57. SOS-Selangor
58. Save Malaysia Stop Lynas (SMSL)
59. Suaram
60. Suaram Penang
61. Sunflower Election Education (SEED)
62. Tamil Foundation
63. Tan Siang Yong 陈湘荣, Chairman Kedah/Perlis Liaison Committee, LLG Cultural Development Centre
64. Tenaganita
65. Tindakmalaysia
66. Toh Kin Woon Dr.
67. Universiti Utara Malaysia Student Progressive Front
68. Universiti Sains Malaysia Student Progressive Front
69. Universiti Putra Malaysia Student Progressive Front
70. Women’s Centre for Change, Penang
71. Women Development of Malaysia PJ Branch.
72. Women’s Aid Organisation (WAO)
73. Women Section of Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall
74. Wong Fort Pin Dr., Klinik Wong, Melaka
75. Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
76. Yoong Suan Dr., 楊泉, PhD, research fellow, Cameron Highlands 金马轮高原
77. Youth Section of Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall
78. Peoples Documentary
79. 528 Media Action Group
80. Life for Democracy

(Visited 702 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of