Kecualikan sektor-sektor perkhidmatan kita dari TPPA

0
40

Perunding TPPA dari Miti harus belajarlah dari pendekatan yang diambil oleh Jabatan Perdana Menteri dalam mengendalikan isu meliberalsasikan sektor guaman, ujar Jeyakumar Devaraj.

tppa

Pada pagi 23 September, suatu pemindaan pada Akta Profession Undang-Undang dibentang untuk membolehkan peguam asing mewakili klien dalam prosiding timbang tara ataupun “arbitration”. Ucapan saya adalah seperti berikut:

Terima kasih Tuan Speaker. Saya terima baik Pindaan yang dibentang pagi in untuk meliberalsasikan sektor guaman secara berperengkat. Saya difahamkan bahawa pihak Kerajaan telahpun mengadakan perbincangan dengan Bar Council sebelum menggubal Pindaan ini.

Kaedah yang dipakai oleh kerajaan dalam meliberalsasikan sektor guaman jauh berbedza daripada kaedah yang akan dihalalkan oleh TPPA jika kita menandatanganinya. Mengikut TPPA kita kena buka semua sektor perkhidmatan kita secara 100 peratus dan membenarkan firma Amerika Syarikat dan Australia melakukan apa sahaja yang sekarang dilakukan oleh firma-firma tempatan.

Tetapi pendekatan kerajaan dalam sektor guman lebih bijak. Pertamanya kerajaan telah menerima pemohonan Bar Council untuk mengecualikan sektor guaman daripada TPPA. Istillah mereka pakai adalah “carve out”. Untuk sektor guaman kita buka juga kepada peguam asing tetapi secara berperengkat – pindaan ini mengizinkan peguam asing ambil kes-kes arbitration.

Tetapi saya tidak nampak pendekatan yang sama dipakai untuk sektor perkhidmatan yang lain – perakaunan, secretarial services, architecture, perkhidmatan kesihatan, pembekalan air. Di semua sektor perkhidmatan ini, posisi Amerika Syarikat adalah sektor itu dibuka 100 peratus kepada firma asing. Sekatan terhadap mereka akan dijadikan haram dan kerajaan kita akan didakwa di Mahakamah Antarabangsa jika cuba menyekat penglibatan firma Amerika Syarikat dalam sektor ini selepas kita menandatangani TPPA.

Pendekatan kita dalam kendalikan meliberalsasikan sektor guaman jauh lebih baik. Kita buat sendiri mengikut rentak kita, keperluan kita. Kita buat melalui pindaan akta kita sendiri. Oleh kerana ini Akta kita, kita boleh pindah balik jika perlu – jika kelonggaran yang telah diwujudkan adalah terlalu besar, kita boleh bawa balik ke sini dan memperketatkannya. Tapi dengan TPPA tidak boleh. Selepas disetujui susah nak ubahsuai.

Adakah sesiapa daripada Miti dalam Dewan hari ini? Belajarlah daripada pendekatan yang diambil oleh Jabatan Perdana Menteri dalam mengendalikan isu meliberalsasikan sektor guaman. Kecualikan sektor-sektor perkhidmatan kita daripada TPPA, mengadakan rundingan dengan para profesyional di sektor-sektor itu, meliberalsasikan secara berperengkat mengikut keperluan negara kita dan melalui pemindahan Akta-Akta kita sendiri.

Sekali lagi, syabas pada Jabatan Perdana Menteri. Saya pohon menyokong.

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments