Usul Dr Jeyakumar ditolak oleh Speaker

0
no views

Speaker Dewan Rakyat pada 18 April 2012 menolak usul Ahli Parlimen Dr Jeyakumar Devaraj untuk menyiasat campurtangan korporat dalam isu pengendalian kursus kejururawatan di kolej swasta.

Alasan speaker adalah perkara ini sudahpun diungkitkan oleh YB Jeyakumar sebelum ini dan menteri berkenaan sudah menjawabnya.

Usul yang ditolak:

Usul menubuhkan suruhanjaya diRaja untuk menyiasat punca-punca kelemahan dalam pengendalian permohonan institut pengajian tinggi swasta unutk menjalankan kursus kursus di bidang kesihatan.

Institut-Institut Pengajian Tinggi (IPTS) dikehendaki memohon kepada beberapa pihak di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mewujudkan kursus-kursus kejururawatan dan perubatan. Untuk kursus perubatan, izin Jemaah Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council) juga harus diperolehi.

Tetapi malangnya pihak-pihak berkenaan di kedua-dua kementerian tersebut tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna seperti yang boleh diperhatikan oleh dua contoh yang dihuraikan seperti di bawah –

Kes kuota keterlaluan untuk kursus kejururawatan

Walaupun keperluan jururawat di sector swasta adalah hanya lebih kurang 2000 orang setahun, 61 buah IPTS telah diizinkan mengambil lebih daripada 12000 pelajar jururawat pada tahun 2010 dan lebih daripada 8000 pelajar pada tahun 2011. Kerelaan pihak-pihak berkenaan meluluskan kuota yang sebegini besar telah menyebabkan lambakan jururawat dan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan mereka.

Hampir kesemua pelajar kejururawatan mendapatkan pinjaman PTPTN sebanyak lebih kurang RM55000 seorang. Daripada jumlah ini lebih daripada RM25000 merupakan untung bersih IPTS. Ini merupakan untung bersih sebanyak RM200 juta untuk kemasukan 8000 pelajar!

Kebenaran pada Lincoln University College (LUC) untuk mewujudkan kursus perubatan “off-shore” di Ukraine

LUC baru diberi izin mendaftarkan 300 pelajar perubatan ke universiti di Ukraine setiap tahun. Antara perkara yang pelik dalam kes ini adalah:

READ MORE:  Coronavirus: Will higher education adapt?

Ketiga-tiga universiti Ukraine yang berkaitan tidak diiktirafkan oleh MMC

Masih ada beberapa orang graduan daripada universiti-universiti ini yang masih tidak dapat meluluskan peperiksaan Medical Qualifying Examination yang dikehendaki untuk graduan perubatan daripada kolej yang tidak diiktirafkan.

Walaupun pelajar kedoktoran yang dihantar oleh LUC ke Ukraine akan dididik mengikut suku pengajian (syllabus) yang dipakai di university di Ukraine, mereka akan diberi ijazah LUC yang diiktirafkan oleh kerajaan Malaysia.

Yuran pada pelajar yang terus berdaftar di university di Ukraine adalah RM 120000 untuk kursus selama enam tahun. Tetapi jika pelajar didaftarkan melalui LUC, yuran meningkat ke RM190000.

LUC akan mendapat untung RM21 juta setiap tahun daripada program ini.

Kes-kes seperti ini telah menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terhadap keberkesanan Kementerian Kesihatan, Jemaah Perubatan Malaysia (MMC) dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengawal dan mengendalikan IPTS-IPTS berkaitan yang merupakan syarikat-syarikat gergasi dengan untung sebesar beberapa juta setahun.

Wujudlah prasangka di kalangan sebahagian orang umum bahawa pegawai-pegawai kerajaan yang dipertanggungjawab dengan mengawal IPTS-IPTS telahpun dipengaruhi oleh IPTS-IPTS yang kaya ini.

Kemungkinan penawanan pihak yang harus mengawal ataupun “regulatory capture” telah dan sedang berlangsung di arena pendidikan swasta harus diteliti dan cara-cara untuk mengurangkannya dikenalpasti.

Oleh itu, saya ingin mengusulkan bahawa satu Suruhanjaya Di Raja Khas ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.

Dr Jeyakumar Devaraj ialah ahli parlimen Sungai Siput

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments