Mahkamah Persekutuan benarkan permohonan “leave” Dr Jeyakumar

0

Sudah tiba masanya rakyat menjadi pengadil untuk menentukan bagaimana wang rakyat harus digunakan dan penyertaan rakyat dalam penentuan polisi dan proses pengurusan harus dipraktikkan. Lapuran oleh Kartimn.

Dr Jeyakumar Devaraj, MP for Sungai Siput

Biasanya permohonan “leave” (kebenaran) diberikan dalam masa lima minit tetapi dalam kes yang difail oleh Dr Jeyakumar Devaraj yang meminta mahkamah meneliti peruntukan pembangunan yang diberikan kepada ahli parlimen, ia telah melalui satu proses yang begitu lama dan setiap ketika, pihak Peguam Negara mewakili Kerajaan Malaysia cuba menghalang.

Selepas lebih 16 bulan memfailkan kes di Mahkamah Tinggi menuntut semakan kehakiman untuk peruntukan khas parlimen, akhirnya Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput, berjaya mendapat kebenaran untuk melanjutkan kes. Semakan kehakiman dituntut terhadap keputusan Pengarah Pejabat Kemajuan Upen Perak menolak permohonan Jeyakumar mendapatkan dana khas parlimen Sungai Siput.

Lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria membuat keputusan ini sebulat suara. Jeyakumar diwakili oleh barisan peguam yang diketuai oleh Datuk S Ambiga manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili Peguam Negara.

Kes yang bermula semalam ini dimulakan oleh Ambiga yang mencabar Peguam Negara yang meminta membatalkan semakan kehakiman yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi. Permintaan pembatalan Peguam Negara ini telah dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 10 Oktober tahun lalu. Ambiga mencabar permintaan Peguam Negara yang teruja-uja untuk membatalkan ‘leave’ yang diperolehi tanpa membenarkan kes ini didengar.

Sepatutnya isu ‘leave’ ini diselesaikan dalam masa lima minit sahaja seperti kebiasaan tetapi diheret sehingga hampir satu tahun setengah dan ini menimbulkan keraguan munasabah bahawa wujud isu pengurusan yang perlu diberitahu kepada pihak plaintif.

Wakil Peguam Negara memberitahu bahawa permohonan Jeyakumar adalah akademik kerana wang peruntukan untuk tahun yang 2010 yang diminta sudah digunakan untuk pembagunan kawasan tersebut dan juga isu yang dibangkitkan sudahpun dijawab di Parlimen. Selain itu diberitahu bahawa pemberian dana ini adalah kuasa keistimewaan (privilege) pihak kerajaan.

READ MORE:  Syabas! Pulau Pinang teladan dalam peruntukan dana Covid-19 yang tidak diskriminatif (Malay/English)

Ambiga pula membalas menyatakan kes ini masih hidup dan relewan. Ia melibatkan jutaan wang rakyat dan satu isu kepentingan awam yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Selama ini, peruntukan untuk kawasan Parlimen hanya diberikan kepada wakil rakyat BN sahaja dan MP pembangkang tidak pernah diberikan dana ini walaupun peruntukan perundangan menyatakan sebaliknya.

Jeyakumar percaya rakyat harus diberitahu bagaimana peruntukan yang dikhaskan untuk mereka, dibelanjakan. Selama ini, transparensi ini tidak pernah wujud dalam pentadbiran Kerajaan BN dan beliau tidak mahu situasi ini berlanjutan. Persoalan beliau ialah, sekiranya permohonan beliau untuk bantuan ke rumah anak yatim, rumah orang tua, sekolah dan persatuan orang kurang upaya ditolak, maka ke manakah perginya wang peruntukan jutaan ringgit ini? Atau dalam kata lain, siapa yang makan wang ini? Mengapa Jabatan Perdana Menteri tidak mahu memberi butir-butir bagaimana wang ini dihabiskan?

Sudah tiba masanya rakyat menjadi pengadil untuk menentukan bagaimana wang rakyat harus digunakan dan penyertaan rakyat dalam penentuan polisi dan proses pengurusan harus dipraktikkan selaras dengan slogan Ketuanan Rakyat.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini memang disambut dengan rasa gembira oleh rakyat Sungai Siput dan pencinta demokrasi. Namun ia hanyalah proses prosedul yang dimenangi hari ini dan isu pokok masih belum dibincangkan. Mungkin ini adalah apa yang cuba dibuat oleh Peguam Negara iaitu cuba memastikan kes ini tidak didengar langgung melalui hujah-hujah teknikal mereka.

Diharap dengan laluan hari ini, kebenaran dapat dihebohkan kepada rakyat kerana isu yang dibincangkan adalah wang rakyat. Semoga rakyat menjadi Tuan bagaimana wang mereka dibelanjakan.

Sumber: Kartimin, PSM

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments