FTA EU-M’sia menyekat kedaulatan negara

0
71

Miti sepatutnya berwaspada dengan rundingan EU-Malaysia FTA. Janganlah terburu-buru menandatangani perjanjian dengan EU kerana dalam FTA, pihak korporat boleh membawa kita ke mahkamah, ujar Jeyakumar Devaraj.

An anti-FTA protest in front of the EU Commission offices in Brussels

Saya ingin sentuh butiran 24: 030100 ia-itu “Dasar dan Rundingan Pelbagaihala dan butiran 30500 di bawah maksud Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Tuan Pengerusi, saya difahamkan bahawa Miti akan ke Eropah bulan depan (Disember 2010) untuk meneruskan perundingan dengan EU, European Union, berkaitan FTA antara Malaysia dan EU. Saya rasa negotiator kita harus berwaspada. Kita mesti memahami hasrat di belakang negotiator EU. Mereka bukan berhasrat membangunkan ekonomi Malaysia ataupun merwujudkan peluang kerja untuk rakyat kita. Tujuan utama mereka adalah untuk mendapatkan konsensi yang maxima untuk kaum korporat di Eropah. Untuk mendapatkan peluang untuk pelabur besar Eropah mengaut keuntungan yang besar sekali.

Tuan Pengerusi, perjanjian FTA mengandungi beberapa klausa yang merbahaya pada kita. Suatu antaranya adalah klausa ‘expropriation’ di mana jika kerajaan kita melaksanakan sebarang polisi atau regulasi yang mengurangkan keuntungan para pelabur, pelabur itu boleh menghadap kerajaan kita ke Mahkamah Antarabangsa untuk menuntut pampasan.

Ini telah berlaku di negara Chile. Kementerian Kesihatan di Chile telah mengumumkan polisi untuk mencetakkan gambar barah di atas kotak-kotak rokok. Syarikat antarabangsa Philip Moris telah memakai perjanjian FTA antara Chile dan Switzerland untuk menuntut pampasan kerana keuntungan Philip Moris telah dikurangkan oleh tindakan Kementerian Kesihatan yang menakutkan rakyat.

Klausa ‘expropriation’ ini menyekat kedaulatan Negara kita. ‘Policy space’ atau kelonggaran kita untuk mengenakan regulasi untuk kebaikan rakyat kita dikompromi oleh klausa seperti ini. ‘Policy space’ ataupun ruang kerajaan untuk campur tangan dalam urusan ekonomi disekat.

Suatu perkara lagi yang dibawa oleh negotiator EU adalah konsep ‘National Treatment’. Ini bererti pelabur dari Eropah mesti diberi layanan yang tidak berkurangan berbanding layanan pada syarikat-syarikat tempatan. Ini merakumi segala aspek perniagaan dari permohonan untuk tanah, persaingan untuk tender dan juga pembelian oleh kerajaan  ataupun government procurement.

Tuan Pengerusi, saya tidak setuju dengan caranya kontrak kerajaan diberi tanpa tender terbuka kepada syarikat-syarikat kroni pada masa ini. Ini merugikan negara dan rakyat. Tetapi saya percaya kerajaan kita mesti ada kelonggaran untuk memakai kaedah affirmative action untuk membantu kaum-kaum atau kumpulan-kumpulan yang ketinggalan. Umpamanya, katakan kerajaan ingin membina kapasiti Orang Asli dalam sesuatu bidang, kerajaan harus mempunyai option untuk menawarkan kontrak pada usahawan atau koperasi Orang Asli dengan terma yang lebih menguntungkan supaya membolehkan koperasi itu membina kemahiran Orang Asli dalam bidang tersebut. Dan sama juga dengan kaum Iban, Kenyah dan Kadazan.

Tetapi kaedah ini tidak dapat digunapakai jika kita menandatangani FTA dengan EU yang mengandungi klausa ‘National Treatment’. Kerana di bawah klausa seperti ini, pelabur EU boleh mendakwa kerajaan kita kerana ‘memilih kasih’ dalam memberi peluang ke kumpulan ketinggalan dengan terma yang lebih longgar.

Jadi saya ingat memperingatkan pada Miti, kita sebuah negara yang merdeka. Tidak wajar kita jual murah. Janganlah terburu-buru menandatangani perjanjian dengan EU. Kerana perjanjian ini ada legal ramification. Mereka boleh membawa kita ke mahkamah!

Tidak perlu kita menerima pendekatan negotiator EU berkaitan perdagangan antarabangsa. Negotiator EU berkiblat pada keuntungan koporat gergasi sahaja. Mereka berkiblat pada kepentingan pelabur-pelabur besar. Kita, sebagai negara yang merdeka boleh buat pilihan yang lain.

Kita boleh menegakkan pendirian bahawa perdagangan antarabangsa harus didorong oleh hasrat membina kapasiti negara kita dari segi menjana pekerjaan dan kemahiran pekerja kita. Kita boleh menegakkan pendirian bahawa perdagangan harus membawa kebaikan pada semua rakyat kita terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Jadi saya minta Miti berwaspada. Jangan setuju secara terburu-buru. Mengadakan dialog dengan NGO-NGO yang menangani isu ini dan juga masyarakat madani. Jangan membenarkan Malaysia terperangkap dalam satu perjanjian antarabangsa yang akan menyekat ruang polisi kerajaan dan menrugikan rakyat jelata kita.

25 November 2010

Jeyakumar Devaraj ialah ahli parlimen dari Sungai Siput

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments