Langkah untuk meringankan masalah B20

0
307
Photograph: Choo Choy May/Malay Mail

Jeyakumar Devaraj telah menyediakan beberapa syor ringkas untuk membantu golongan yang sedang menghadapi masalah ekonomi.

Saya telah menyediakan memorandum ini supaya dapat menyampaikan beberapa syor untuk dipertimbangkan oleh pihak Pejabat Perdana Menteri.

A. Perumahan untuk B20

Status perumahan boleh membantu kita mensasarkan bantuan kerajaan kepada keluarga-keluarga yang termiskin di masyarakat kita.

Kampung peneroka bandar

Masih ada beberapa kampung di bandar-bandar kita di mana pemilik rumah di situ tidak ada geran terhadap tanah di mana rumah mereka dibina. Mereka digelar setinggan (kami panggil mereka peneroka bandar).

Pada amnya, mereka merupakan yang termiskin di bandar-bandar kita. Mereka sedang diusir oleh proses pembangunan, dan biasanya pindah ke satu lagi kampung setinggan kerana mereka tidak berupaya membeli rumah bergeran. Ramai antara mereka tidak berupaya membeli rumah berharga RM60,000 pun.

Ada dua cara mereka boleh dibantu

  • Memberi mereka geran terhadap tanah yang mereka menduduki. Dan meningkatkan kualiti infrastruktur – jalan, longkang dsbnya – secara berperengkat.
  • Membina rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) sewa-beli (dengan sewa RM120 sebulan) untuk penduduk di kampung-kampung peneroka bandar ini (samada mereka pemilik rumah itu ataupun mereka penyewa rumah itu).

Penyelesaian masalah perumahan mereka akan menstabilkan situasi finans mereka dan meningkatkan kemampuan mereka belanja atas makanan dan pendidikan kanak-kanak.

Penghuni rumah pangsa kos rendah

Banyak daripada rumah pangsa kos rendah di bandar-bandar kita sudah merosot sehingga menjadi high-rise slums. Ramai daripada penghuni rumah-rumah pangsa ini adalah daripada golongan B20 kita.

Sistem penyelenggaraan rumah-rumah pangsa kos rendah adalah punca asas masalah ini.

Mengikut undang-undang yang sedia ada, pemilik unit dikehendaki menubuhkan satu perbadanan pengurusan (management corporation) untuk mengendalikan isu maintenance. Keluarga M40 yang duduki apartment yang lebih mahal dapat membayar RM100-RM200 sebulan, dan perbadanan pengurusan mereka mampu membeli perkhidmatan syarikat mengurus bangunan.

Tetapi rumah pangsa kos rendah tidak boleh kutip yuran yang tinggi. Yuran rendah pun sering tidak dapat dikutip kerana ramai penghuni memang berkurangan wang. Pengurusan juga dikendalikan secara sukarela oleh penghuni sendiri dan biasanya mereka mengaku kalah kerana tidak dapat kutip wang yang mencukupi untuk buat kerja maintenance yang sempurna dan tidak dapat tahan konflik yang dijana oleh usaha menyelenggarakan rumah pangsa itu.

Kerajaan harus mengambil keputusan untuk meletak tanggungjawab penyelenggaraan rumah-rumah pangsa kos rendah di bawah majlis perbandaran. Sistem township yang dipakai di Singapura harus dikaji dan beberapa unsurnya boleh diterima pakai untuk menjaga rumah-rumah pangsa kita.

Undang-undang yang sedia ada telah wujudkan jawatan controller of buildings yang ada cukup kuasa untuk memindahkan tanggungjawab penyelenggaraan kepada majlis bandaran tempatan. Dan satu dana harus disedaikan untuk membolehkan majlis perbandaran kita melaksanakan kerja pemulihan yang urgent.

Masyarakat ladang

Kerajaan harus memakai Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil 20 ekar tanah estet dan wujudkan skim PPR (sewa-beli) di ladang-ladang besar untuk pekerja yang keluarganya telah kerja lebih daripada 20 tahun di sektor ladang.

Bekas pekerja yang sudah berpindah keluar tetapi masih belum memiliki rumahnya sendiri pun boleh ditawarkan sebuah rumah dalam skim PPR ini. Skim PPR ini harus diletak sedekat mungkin dengan jalan besar dan bandar.

Ibu tunggal

Kami memakai istilah ini untuk wanita yang mengetuai sebuah keluarga dengan sekurangnya satu orang anak di bawah umur 18. Wanita dengan suami yang sakit teruk sehingga tidak dapat bekerja pun boleh disertakan dalam golongan ini.

Ikut statistic kerajaan adanya 250,000 ibu tunggal di negara kita, dan 60% daripada mereka berpendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan.

READ MORE:  Rumah mampu milik – di antara hak rakyat dan keuntungan pemaju

Beberapa rumah dalam tiap skim PPR yang dibina oleh kerajaan harus dikhaskan untuk disewa kepada ibu tunggal berpendapatan rendah. Bila beberapa keluarga ibu tunggal dapat dikumpulkan dalam satu kawasan perumahan, bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak boleh disediakan untuk mereka.

B. Kemiskinan masyarakat desa

Pengangguran tersembunyi

Under-employment ataupun pengangguran tersembunyi merupakan satu masalah besar di kawasan luar bandar. Ramai orang di situ bekerja separuh masa sahaja – pekebun getah hanya perlu mengoreh selang hari, dan mereka yang “kerja kampung” hanya dapat kerja dua atau tiga hari seminggu.

Jadi masyarakat ini memerlukan kerja, tetapi mereka tidak dapat cari kerja kerana dua sebab utama:

Kehadiran berjuta-juta pekerja asing tanpa dokumen di negara kita – yang rela kerja dengan gaji yang amat rendah. Ada lebih kurang tiga juta pekerja asing tanpa dokumen (digelar Pati oleh kerajaan) yang sah pada takat ini. Ini satu bilangan yang besar memandangkan hanya ada 6.5 juta ahli aktif KWSP pada takat ini. Kerja-kerja kontrak di kebun-kebin kecil, di reban ayam (poultry farm), kolam ikan dan sebagainya semua “disapu” oleh pekerja “Pati” yang terpaksa terima apa sahaja terma yang diberi oleh boss.

Kecenderungan majikan kilang dan syarikat besar untuk menggaji perkerja asing (yang sah di sisi undang) – berbanding pekerja tempatan kerana pekerja asing sedia kerja shif 12 jam setiap hari, tidak akan minta cuti kerana ada perkahwinan atau kematian dalam keluarga ataupun kerana anak sakit.

Pekerja asing juga lebih murah kerana majikan tidak dikenakan caruman 13% gaji kepada KWSP. Pekerja asing juga lebih senang untuk dikontrol – jika mereka membantah arahan majikan, kenalpasti sahaja dua orang antara pemimpin mereka, batalkan permit kerja mereka dan hantar mereka balik ke negara asal – selesailah masalah!

Oleh itu majikan kilang sering menipu Jabatan Imigresen bahawa tiada orang tempatan yang berminat kerja. (Walaupun beberapa orang tempatan respon pada banner mengiklankan tempat kosong di kilang, mereka dihantar balik selepas mengemukakan permohonan mereka.)

Langkah-langkah untuk mengendalikan masalah Pati

Pengambilan pekerja asing harus dilaksanakan melalui mekanisme government-to-government, tanpa sebarang kepentingan komersial. Pada takat ini agensi buruh memperolehi RM10,000 hingga RM14,000 seorang pekerja asing yang dibawa masuk.

Hak pembelaan harus diperkasakan. Jika seorang pekerja bermasalah dengan majikan dan dihentikan kerja oleh kerana itu, beliau harus diberi permit kerja untuk bekerja di syarikat yang lain sekiranya dia menfailkan kes terhadap majikan yang lama. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan harus diberi mandate dan bayaran kerajaan (daripada levy yang dikutip daripada pekerja asing) untuk mewakili pekerja asing di mahkamah buruh.

Majikan yang menggaji pekerja asing tanpa dokumen harus dikenakan hukuman penjara. Undang-undang ini memang wujud sekarang, tetapi jarang dipakai terhadap majikan. (Pada saya hukuman sebat terhadap majikan yang juga diperuntukkan dalam undang-undang yang sedia ada adalah terlalu keras dan tidak harus dipakai. Penjara sebulan atau dua cukup!)

Skim pemutihan (amnesty programme) harus dibuka. Tetapi ianya:

  • mesti dilaksanakan oleh kerajaan dan tidak disumber luarkan kerana banyak penyelewengan berlaku bila tanggungjawab ini diberi kepada agensi yang cari untung.
  • mesti realistic. Daftarkan sahaja pekerja asing dengan majikan di mana mereka berada sekarang. Jangan wujud sekatan berkaitan sektor ekonomi yang dibenarkan. Untuk proses pemutihan tujuan kita adalah untuk mendaftarkan semua pekerja asing supaya masalah Pati dikawal.
  • jangan kenakan denda ataupun bayaran levy yang terlalu tinggi.

Langkah-langkah untuk membuka peluang bekerja di kilang

Pejabat Buruh harus bersikap pro-aktif dan mendaftarkan orang kampung yang berminat dapat kerja di kilang. Mungkin unit mendaftar bergerak harus pergi ke pasar-pasar petang untuk mendaftarkan orang kampung.

READ MORE:  Bengkel: Memahami dan menangani isu-isu perumahan di Pulau Pinang

Kilang-kilang yang memerlukan pekerja asing baru sekarang pun dikenakan syarat pasang banner untuk beritahu pada rakyat tempatan bahawa ada jawatan kosong. Hanya jika tiada respons daripada rakyat tempatan bolehlah kilang itu pohon pada Jabatan Imigresen untuk izin membawa masuk pekerja asing.

Dua syarat tambahan harus dikenakan:

  • Kilang harus memberitahu Pejabat Buruh berdekatan bahawa dia sedang mencari pekerja supaya Pejabat Buruh boleh memaklum pada orang tempatan yang berminat dapat kerja kilang dan memantau samada orang kampung itu memohon dan juga respons kilang pada orang tempatan yang memohon.
  • Pengesahan Pejabat Buruh bahawa tiada orang tempatan yang berminat harus dijadikan satu keperluan sebelum Jabatan Imigresen meluluskan permohonan kilang membawa masuk pekerja asing baru.

Perkhidmatan pengangkutan awam dari kawasan perkampungan ke kawasan perindustrian harus disediakan untuk membolehkan orang kampung pergi bekerja di kilang.

Kerja lebih masa secara paksa harus dihentikan. Pekerja tempatan yang hanya mahu kerja lapan jam sehari harus dibenarkan buat begitu.

Harga komoditi yang rendah

Dua factor menyebabkan fenomena ini yang melibatkan hampir semua jenis komoditi pertanian.

  • Pembekalan yang melebihi permintaan – Adanya beratusan ribu pekebun kecil di Asia, Afrika dan Amerika Latin yang tungkus lumus mengeluarkan komoditi pertanian kerana mereka miskin dan mereka memerlukan pendapatan yang lebih besar.
  • Pembeli komoditi pertanian merupakan satu oligopoly yang cukup kaya untuk mewujudkan stok komoditi itu supaya harganya boleh dikawal dan ditekan ke paras yang lebih rendah.

Dua factor ini menimbul daripada struktur ekonomi antarabangsa dan adalah amat susah untuk sebuah negara seperti Malaysia untuk berkempen untuk meningkatkan harga getah dan kelapa sawit di pasaran antarabangsa.

Cara-cara menangani masalah ini:

  • Insentif pengeluaran padi/getah/kelapa sawit boleh dilaksanakan untuk membantu pekebun kecil. Insentif untuk padi harus dikekalkan untuk jangka masa panjang kerana padi penting untuk keselamatan makanan negara (food security). Kita harus cuba meningkatkan taraf sara diri kita dari 70% (status sekarang) ke 100% untuk padi.
  • Tetapi untuk getah dan kelapa sawit, kita harus cuba diversify (mempelbagaikan) produk sektor pertanian. Pada takat ini taraf sara diri untuk bahan-bahan makanan yang berikut adalah lebih kurang: daging lembu 20%, daging kambing 15%, susu lembu 15% and sayuran 70%. Kita juga memerlukan lebih ikan air tawar dan makanan untuk binatang ternakan. Kementerian pertanian kena cari kaedah untuk membina kapasiti petani/pekebun kita dalam mengeluarkan bahan-bahan makanan yang perlu untuk rakyat kita.
  • Masalah lambakan buah pada musim buah harus ditangani dengan berkesan. Antara langkah yang boleh diambil: a) Fama kena mencipta cara-cara untuk mengetinkan, mengkeringkan, menjuskan, menyejukkan buah-buah tempatan supaya dapat disimpan dengan selamat dan dijual pada musim lain dan mungkin juga di luar negeri. – b) Kaedah forward contract harus dipelopori oleh Fama di mana perjanjian dibuat dengan pekebun dusun untuk membeli satu amaun buah dengan harga yang ditetapkan. Ini akan memberi jaminan pada pekebun dia akan dapat pasaran untuk sebahagian pengeluarannya.

C. Ketidak kewarganegaraan (statelessness)

Wujudnya tiga kategori kanak-kanak yang hadapi masalah “statelessness”

  • Mereka dengan ibu yang bukan warganegara Malaysia dan pada takat kelahiran kanak-kanak itu, belum didaftar kahwin pada bapa kanak-kanak. Ada beberapa puluh ribu kanak-kanak seperti ini, hasil ‘perkahwinan’ antara pekerja asing wanita (Indonesia, Thailand, Myanmar, Vietnam dan India) dan lelaki warga Malaysia berbilang bangsa.
  • Kanak-kanak dengan ibu yang dilahirkan di Malaysia tetapi status kewarganegaraan mereka diragui kerana status nenek kanak itu tidak diketahui.
  • Kanak-kanak terdampar yang dibesarkan di rumah anak yatim. Adanya beberapa ratus individu yang telah ditinggalkan oleh ibu mereka bila mereka masih kecil dan mereka dibesarkan di asrama anak yatim. Biasanya pengurusan asrama mendaftarkan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara dan mereka dikeluarkan sijil kelahiran. Tetapi nama dan kewarganegaraan ibu tidak dapat dicatit, dan oleh itu mereka ditakrif sebagai “bukan warga negara”.
READ MORE:  Bengkel: Memahami dan menangani isu-isu perumahan di Pulau Pinang

Kanak-kanak di tiga kategori di atas adalah daripada golongan yang miskin. Dan kegagalan mendapatkan kerakyatan meminggirkan lagi kanak-kanak ini kerana kesusahan mendaftarkan diri dalam sekolah kerajaan dan mendapatkan rawatan percuma di hospital.

Bila mereka capai umur 21 tahun pula, mereka menghadapi masalah mencari kerja. Kerana tanpa kad pengenalan mereka tidak boleh mendaftarkan diri dengan KWSP ataupun Perkeso. Mereka hanya boleh cari kerja yang “non-formal” bercorak kontrak dengan gaji rendah. Mereka tidak boleh buka akaun bank ataupun memperolehi lesen memandu.

Bila mereka berkahwin, mereka tidak dapat mendaftarkan perkahwinan mereka, kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memerlukan kad pengenalan atau paspot asing untuk mendaftarkan perkahwinan. Oleh itu anak-anak mereka diiktirafkan sebagai dilahir di luar nikah. Transmisi kemiskinan antara generasi diteruskan!

Punca masalah: Pada takat ini, SOP JPN tidak mengikut peruntukan yang dikandungi dalam Schedule Dua, Bahagian II:

(1) (a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Every person born within the Federation after Malaysia Day is a citizen by operation of law if one of his/her parents was, at the time of his/her birth, a citizen of Malaysia untuk kategori (i) dan (ii) di atas kerana seksyen 17, Bahagian III, Schedule Dua Perlembagaan Persekutuan menyatakan –

“references to a person’s parents, or one of his parents, are in relation to a person who is illegitimate, to be construed as references to his mother”.

Oleh kerana Seksyen 17 ini, walaupun nama bapa tertera dalam sijil kelahiran dan kedua-dua ibu dan bapa menyatakan ianya memang bapa anak itu, kerakyatan anak itu didasarkan hanya pada status ibu (yang merupakan seorang warga asing).

Penyelesaian masalah kanak dalam semua tiga kategori yang dihuraikan di atas tidak memerlukan amendmen perlembagaan kita. Klausa 15(A) Perlembagaan Persekutuan – yang berbunyi “the Federal Government may, in such special circumstances as it thinks fit, cause any person under the age of 21 years to be registered as a citizen” – memberi kuasa yang mencukupi kepada menteri dalam negeri untuk menyelesaikan isu kerakyatan kanak-kanak dalam tiga katgori ini.

Klausa 15(A) harus diguna untuk gubal SOP baru untuk meluluskan kewarganegaraan untuk mana-mana kanak-kanak yang dilahir di Malaysia dan mempunyai bapa yang warga Malaysia jika bapa dapat dikenalpasti melalui rekod dalam sijil kelahiran ataupun melalui ujian DNA. Permohonan ini harus diluluskan di peringkat JPN. Tidak perlu dihantar untuk keputusan khas menteri dalam negeri kerana itu melambatkan prosesnya.

JPN harus diberi SOP baru untuk meluluskan permohonan kewarganegaraan Malaysia melalui klausa 15(A) ataupun klausa 19(2) kepada semua anak-anak yatim yang dibesarkan di rumah-rumah anak yatim sejak kecil walaupun ibu dan bapa tidak dapat dikenalpasti. Kuasa ini juga harus diturunkan kepada pegawai tinggi JPN dan dijadikan satu keputusan administrative.

D. Pensen warga mas

Kita boleh buat andaian bahawa lapisan T20 akan menyimpan dana yang mencukupi untuk menjaga diri sepanjang umur mereka. Kita pun tahu hampir 15% daripada keluarga di Malaysia dilindungi oleh pensen kerajaan ataupun pensen ilat/penakat Perkeso.

Ini bermakna 65% daripada warga Malaysia yang berumur 70 tahun ke atas tiada simpanan wang untuk membantu mereka. Situasi adalah lebih teruk pada mereka di lapisan B40 kerana anak-anak mereka juga menghadapi masalah kewangan dan menduduki rumah teres atau rumah pangsa yang sempit. Susah untuk mereka menjaga ibu-bapa yang tua.

Cadangan kami – Melaksanakan pensen warga mas untuk semua individu yang berusia 70 tahun ke atas yang tidak mempunyai sumber pensen yang lain. Jika pensen sebanyak RM300 sebulan di beri pada tiap individu dalam kategori ini, kosnya untuk kerajaan adalah: 1 juta orang x RM300 x 12bulan = RM3.6bn.

Penutup

Saya harap syor-syor ringkas di atas boleh membantu dalam usaha mencari kaedah membantu golongan yang sedang menghadapi masalah ekonomi. Jika sebarang penjelasan diperlu terhadap mana-mana syor yang dikemukakan, saya sentiasa sedia membantu.

Saya tidak sentuh isu punca dana kerajaan untuk membiayai perbelanjaan untuk program perumahan, pertanian dan pensen. Itu adalah satu tajuk yang besar dan kami ada beberapa syor berkaitannya yang kami sedia berkongsi.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of