Artikel 11 tidak pernah membangkitkan isu IFC

0
37 views

Forum Artikel 11 membincangkan isu kehakiman di Malaysia serta menegakkan keagungan Perlembagaan Persekutuan, mengulas Vizla Kumaresan dari WAO. 

 

Merujuk kepada laporan terbitan Berita Harian bertajuk “Demonstrasi Cara Bodoh” (16 Mei 2006), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), sebagai urus setia bersama gabungan Artikel 11, ingin menyatakan bahawa laporan pihak tuan mengandungi kesalahan fakta.

Laporan yang dirujuki itu mengatakan bahawa forum yang dianjurkan oleh Artikel 11, dengan Aliran, “membincangkan isu berkaitan Suruhanjaya Antara Kepercayaan Agama (IFC) termasuk sistem kehakiman dan penolakan sebarang usaha menjadikan Malaysia negara teokratik.”

Di sini kami ingin menyatakan bahawa Artikel 11 tidak pernah membangkitkan isu IFC, seperti terkandung dalam laporan tersebut. Sebaliknya, forum yang dianjurkan di Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur membincangkan isu kehakiman di Malaysia, serta menegakkan keagungan Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, ketiga-tiga forum ini juga membincangkan hak kesemua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama.

Kes Nyonya Tahir, Moorthy dan Shamala digunakan sebagai contoh di mana bidang kuasa Mahkamah Tinggi semakin tergugat. Selain itu, kes-kes tersebut juga menunjukkan bahawa perlu wujud satu sistem kehakiman di mana semua golongan masyarakat Malaysia dapat dilindungi.

Matlamat Artikel 11 adalah untuk:

•    menyeru kerajaan dan badan kehakiman untuk mendukung keagungan Perlembagaan Persekutuan.
•    menyeru kerajaan untuk memastikan pemerintahan sejajar dengan peruntukkan-peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan berlandaskan nilai-nilai sejagat kesemua rakyat Malaysia.
•    menyeru kerajaan untuk mengesahkan bahawa Malaysia tidak akan menjadi satu negara teokratik.
•    menyeru kerajaan supaya merestui kedudukan sewajarnya badan kehakiman dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sebagai sebuah anggota Kerajaan Persekutuan yang bebas dan setanding.

Gabungan Artikel 11 berasaskan beberapa prinsip yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan Konvensyen-konvensyen Hak Asasi Manusia, iaitu:

READ MORE:  Forum Peduli Rakyat – an open platform to highlight citizens’ concerns

•    Tiada diskriminasi berasaskan agama, bangsa, keturunan, asal usul kelahiran atau jantina.
•    Kedua-dua ibu-bapa, mempunyai hak samarata sebagai penjaga dalam segala aspek penjagaan anak-anak
•    Kanak-kanak dilindungi daripada sebarang diskriminasi di atas dasar agama dan dalam apa jua situasi, hak kanak-kanak merupakan yang terpenting
•    Kebebasan berfikir, perasaan hati dan kepercayaan bagi setiap orang perlu dihormati, dijamin serta dilindungi
•    Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab untuk menolak diskriminasi dan ketidaktoleransi berasaskan agama dan kepercayaan
•    Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab untuk mem-praktikkan agama atau kepercayaan bagi menyokong dan mempertahankan ke-amanan  dan kemartabatan sejagat

Dalam pada itu, WAO bagi pihak Artikel 11 menyeru pihak tuan, Berita Harian Publishing, untuk memperbetulkan laporan yang tidak menepati fakta seperti yang diatas, dan mencetak maklumat yang betul dan jitu.

The above was a letter sent to Berita Harian

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments