Penghijrahan doktor kerajaan ke swasta menjejaskan kualiti rawatan

Kewujudan lebih banyak hospital swasta menjadikan masalah ini lebih rungsing kerana menarik keluar lebih ramai pakar kerajaan, ujar Dr Jeyakumar Devaraj.

penang hospital

Butiran 010400 Perancangan Tenaga Manusia. Saya telah membangkitkan masalah kekurangan pakar di hospital kerajaan dalam soalan saya pada 7 November 2013. Jawapan kementerian adalah kecewakan. Jawapan adalah “walaupun berlaku penghijrahan doktor kerajaan ke sektor swasta, situasi ini tidak menjejaskan kualiti rawatan untuk pesakit.”

Ini bukan realitinya, Timbalan Menteri. Di Ipoh sekarang, katakan seorang pesakit ada masalah batu karang beliau kena tunggu satu bulan untuk lawatan pakar urologi dari KL. Lepas itu beliau kena tunggu lagi untuk appoinmen pergi ke KL untuk rawatan lithotripsy. Tetapi jika pesakit itu ada duit, beliau boleh dapat rawatan lithotripsy di hospital swasta di Ipoh minggu itu juga. Ta perlu tunggu.

Jadi kita ada dua perengkat rawatan, Timbalan Menteri. Kerana tiada cukup doktor pakar di hopsital kerajaan. Di hospital kerajaan di Ipoh, tiada pakar bedah kardiothorasic, tetapi di hospital swasta di Ipoh ada dua orang pakar ini. Pakar urologi tiada di kerajaan tetapi di swasta ada lima orang pakar bedah urologi. Pakar oncologi langsung tiada di Hospital Besar Ipoh tetapi di hospital swasta di Ipoh ada dua orang.

Saya mahu kerajaan menerima hakikat ini. Kekurangan pakar di sektor kerajaan memang menjejaskan kualiti rawatan pesakit di hospital kerajaan. Dan kewujudan lebih banyak hospital swasta menjadikan masalah ini lebih rungsing kerana menarik keluar lebih ramai pakar kerajaan.

Pekerja migran dan sakit berjangkit

Sekarang saya ingin mengalih ke butiran 020300. Kawalan Penyakit. Kita dengar insidens tibi telah meningkat 7 peratus setiap tahun sejak tiga tahun yang lalu.

Satu daripada sebab untuk kejadian ini adalah cara kita kendalikan pekerja migran. Pada masa ini kita mengenakan bayaran dua kali kadar ‘first kelas’ pada pekerja migran. Hanya pekerja migran dengan sakit berjangkit tertentu seperti typhoid, cholera atau tibi dapat rawatan percuma.

Tetapi Timbalan Menteri, bagaimana seorang pekerja migran boleh tahu batuknya adalah kerana tibi dan bukan seselma biasa, ataupun asthma, ataupun bronchitis yang semua akan dicaj. Oleh itu pesakit itu akan melambat-lambatkan lawatan ke hospital dan kuman yang dia batuk keluar boleh merebak ke orang lain termasuk rakyat tempatan. Dan kadar tibi di Indonesia dan di Bangladesh adalah lima sampai 10 kali lebih tinggi daripada kadar di Malaysia.

Pendekatan kita ini tidak selaras dengan prinsip-prinsip public health. Kenapa kita tidak boleh memakai sebahagian daripada levy yang dibayar oleh pekerja migran untuk memberi rawatan yang disubsidikan seperti dinikmati oleh rakyat tempatan. Lebih kurang RM2.5bn dikutip daripada pekerja migran sebagai levy. Saya harap kerajaan akan mengambil tindakan yang bijak terhadap masalah ini.

Kualiti plate dan skrew otopedik

Perkara terakhir yang saya ingin bawa adalah di bawah butiran 030900. Otopedik.

Di bawah 20 000, RM45 juta diperuntukkan untuk bekalan orthopedik. Saya diberitahu oleh kawan-kawan saya pakar orthopedik di hospital kerajaan bahawa peruntukan ini habis sebelum sampai bulan ke enam.

Dan satu antara sebabnya adalah pakar orthopedik dikehendaki membeli plate dan skrew dari Syarikat OSA dengan kos yang tiga kali kos dari syarikat yang lain. Dan kualiti plate dan skrew daripada OSA ini pun tidak baik. Ada skrew yang longgar. Kadang kala kepala skrew boleh patah.

Baru ini, kementerian menubuhkan panel pakar orthopedik untuk mengkaji masalah ini. Mereka telah membuat recomendasi untuk gugurkan Syarikat OSA dari senarai kerajaan. Tetapi kementerian tidak mahu terima rekomendasi ini dan telah menubuhkan panel yang lain.

Ini adalah satu lagi contoh perkara yang disentuh oleh Ketua Pembangkang bila dia tanya Melayu siapa yang sedang dibela. Dalam kes ini, beberapa individu Melayu elit yang berkaitan dengan Syarikat OSA adalah dibela, manakala beribu-ribu pesakit Melayu miskin di wad-wad tiga dibebankan dengan kos membeli plate dan skrew dan juga menghadapi kelambatan dalam mendapatkan rawatan mereka.

Perbahasan di Parlimen, 27 November 2013

Thanks for dropping by! You are one of an increasing number of readers looking up Aliran for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.
(Visited 1,306 times, 1 visits today)
Jeyakumar Devaraj
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, is the Member of Parliament for Sungai Siput. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and central committee member of Parti Sosialis Malaysia.

NO COMMENTS

Leave a Reply