Tolak segala bentuk keganasan; sokong usaha dialog aman

 

Semua warga Malaysia diseru mengecam pendekatan mereka-mereka yang mengancam dan mengganas terhadap ahli-ahli masyarakat lain yang tidak sehaluan.

 protestors burn an effigy of Catholic Protesters burn an effigy of Herald editor Fr Lawrence Andrew - Photograph: The Malaysian Insider

Protesters burn an effigy of Herald editor Fr Lawrence Andrew – Photograph: The Malaysian Insider

Hello friends,

We have collectively written the statement below (in Malay and English) in order to publicly condemn violence and advocate peaceful dialogue in resolving the ethnoreligious tensions currently afflicting Malaysia.

Please share this petition with others you believe may be interested in endorsing the statement. You can also find us on Facebook.

Lim Teck Ghee, Greg Lopez, Azmi Sharom + Tessa Houghton

Advocates for Peaceful Dialogue (APD)

Endorse the petition here.

Malay version:

Kami, nama-nama tertera di atas, merupakan individu-individu dan organisasi dari dalam dan luar Malaysia yang ingin melihat negara ini maju dengan asas-asak yang kukuh dari segi kepelbagaian budaya, saling hormat-menghormati di antara kaum dan agama dan perpaduan yang menjadikan kita semua boleh hidup aman damai.

Namun begitu, perkembangan semasa dalam negara, khususnya selepas Pilihanraya Umum ke-13, memperlihatkan tanda-tanda yang amat membimbangkan pencinta keamanan.

Kami amat khuatir terutamanya akan ancaman keganasan oleh sesetengah organisasi dan individu tertentu ekoran kemelaratan isu kaum dan agama. Tindakan balas mereka jelas amat tidak bertanggungjawab.

Ancaman ini dirasakan lebih serius memandangkan kegagalan Perdana Menteri Najib Razak bersama barisan anggota kerajaannya yang gagal menangani kejadian membuli dan menakut-nakutkan warga Malaysia yang lain. Golongan yang segelintir ini mengambil pendekatan ‘Yang Kuat itu Benar’ (Might is Right) sebagai kaedah penyelesaian bagi mengatasi perbezaan dalam masyarakat.

Justeru itu, kami menyeru agar semua warga Malaysia mengecam pendekatan mereka-mereka yang mengancam dan mengganas terhadap ahli-ahli masyarakat lain yang tidak sehaluan .

Kami juga menggesa pentadbiran Najib Razak, pihak pembangkang, gerakan dan organisasi masyarakat madani, serta yang paling penting setiap warganegara Malaysia yang bersikap moderat untuk bersuara demi membantah tingkahlaku puak yang menganggap bahawa kerja mengancam dan mengganas adalah cara paling berkesan untuk meleraikan kekusutan.

Akhir sekali kami ingin mengajak para pemimpin di setiap peringkat dalam kerajaan dan masyarakat untuk berkerjasama dalam membangunkan inisiatif baru serta menolak segala bentuk keganasan seraya menyokong usaha dialog secara aman.

Semua warga Malaysia bersama-sama wakil rakyat yang dipilih mestilah bersatu mengambil pendirian menentang unsur-unsur keganasan yang kian merosakkan perpaduan dan keharmonian yang dicapai kita di Malaysia.

English version:

We, the undersigned, are individuals and organisations, both in Malaysia and abroad, with a deep interest in seeing the nation pursue a path of development that is based on diversity, mutual respect, and peaceful progress.

However, developments in the country, especially since the 13th general elections, are a serious cause for concern.

We are particularly concerned by the threat of violence by various irresponsible organisations and individuals in response to racial and religious issues. This threat is all the more palpable because of the failure of Prime Minister Najib Razak and his ruling coalition government to stand up to elements in society that are bullying or intimidating other Malaysians and advocating a ‘might is right’ approach to resolving societal differences.

We urge all Malaysians to condemn the use of intimidation and violence by any individual, organisation or institution as a means of resolving differences.

We urge the Najib administration, the opposition, civil society movements and organisations, and most importantly, all Malaysian citizens, to speak up against intimidatory acts and the use of violence to resolve differences.

Finally, we urge those in leadership positions – at all levels of government and society – to work together to develop new initiatives that uncompromisingly reject violence and promote peaceful dialogue.

All Malaysians and their elected representatives should take a united stance against allowing these violent elements to tear the Malaysian house asunder.

(Visited 276 times, 6 visits this week)

You may also like...

Receive a FREE daily email of our latest website posts
Subscribe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Over 5000 people receive our FREE weekly e-newsletters with the latest insights
Subscribe now