Soalan lazim usul Hadi untuk pindaan Akta 355

Image: Malaysiakini.com

[English version below] Kumpulan Bebas memberi penjelasan untuk beberapa soalan yang lazim dikemukakan.

Apakah Usul 355? Adakah ia memerlukan majoriti mudah di Parlimen untuk diluluskan?
Ia adalah pindaan terhadap Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965, juga dikenali sebagai Akta 355.

Rang undang-undang persendirian oleh Ahli Parlimen Marang dan presiden Pas Abdul Hadi Awang adalah bertujuan untuk meningkatkan had hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah Syariah sehingga 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan hukuman 100 kali sebatan rotan.

Bidangkuasa hukuman mahkamah Syariah kini adalah terhad kepada tiga tahun penjara, denda RM5,000, dan enam kali sebatan.

Majoriti mudah (simple majority) adalah mencukupi untuk meluluskan rang undang-undang tersebut.
Perdana Menteri juga berkata bahawa kerajaan akan mengambil alih rang undang-undang tersebut, meningkatkan kebarangkalian ianya akan diluluskan.

Sekiranya Usul 355 diluluskan, siapakah yang akan berkuasa membuat keputusan untuk hukuman di dalam negara? Mahkamah Syariah atau Mahkamah Persekutuan?

Dewan negeri menetapkan jenayah dan hukuman-hukumannya.

Bidangkuasa mahkamah Syariah adalah untuk mendengar kes jenayah dan mengenakan hukuman, bergantung kepada sama ada Parlimen telah meluluskan undang-undang yang membenarkannya. Ini adalah apa yang Usul 355 cuba lakukan, dengan meningkatkan hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah Syariah.

Mahkamah sivil tidak boleh mengganggu bidangkuasa mahkamah Syariah kecuali di mana mahkamah Syariah telah mengenakan hukuman yang melebihi had yang diberikan oleh undang-undang.

Adakah ini memperkasakan Jakim dan agensi-agensi penguatkuasaan Islam yang lain di Malaysia kepada sama taraf seperti polis? Bolehkan mereka menahan orang kerana melanggar hudud?

Hudud tidak wujud sehinggan Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk mengatakan bahawa “Quran dan Sunnah adalah undang-undang mutlak”.

Islam adalah perkara di bawah bidangkuasa negeri. Sebahagian besar negeri-negeri sudahpun meluluskan undang-undang untuk menubuhkan pegawai perlaksanaan agama yang melaksanakan tugas siasatan jenayah di bawah undang-undang negeri, pendakwaraya Syarie untuk memulakan, melaksanakan atau menghentikan pendakwaan prosiding jenayah di mahkamah Syariah.

Jakim adalah satu-satunya jabatan di bahawa Pejabat Perdana Menteri dan tidak berkaitan dengan perlaksanaan undang-undang Islam negeri.

Bolehkan mahkamah Syariah menghakimi orang bukan Islam?

Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa di atas orang bukan Islam. Orang bukan Islam tidak boleh melakukan jenayah di bawah undang-undang Islam negeri.

Adakah jabatan Islam negeri mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap orang bukan Islam? Jabatan Agama Islam Selangor dan Negri Sembilan telah merampas barang-barang daripada Ninja Joe tahun lepas semasa siasatan mereka, walaupun rantaian burger khinzir tersebut dimiliki oleh orang bukan Islam.

Untuk jenayah yang dilakukan di bawah undang-undang Islam negeri, tidak. Hanya ke atas mereka yang mengamalkan agama Islam.

Sekiranya majoriti orang Islam mahu undang-undang Islam diperketatkan, dan ianya selari dengan proses Parlimen, mengapa perlunya perhimpunan balas?

Parlimen adalah institusi sekular yang membuat undang-undang yang tergunapakai kepada semua orang di dalam negara. Malaysia diwakili oleh Ahli Parlimen pelbagai kaum dan agama.

Sesetengah orang mungkin tidak bersetuju mengenai kepentingan atau keperluan sesebuah undang-undang. Salah satu cara untuk meyakinkan orang lain untuk bersetuju dengan mereka adalah melalui perhimpunan. Apabila lebih ramai orang yakin mengenai sesuatu idea, mereka boleh melobi Ahli Parlimen mereka untuk mengundi mengikut pendapat mereka.

Malaysian adalah negara majoritinya beragama Islam. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, termaktub Islam adalah agama persekutuan. Walau bagaimanapun, ianya tidak bermakna bahawa kita negara Islam. Malaysia bukan sahaja negara sekular, tetapi juga negara demokrasi.

Adalah perlu untuk memastikan suara majoriti dan minoriti didengari. Hanya kerana terdapat sokongan majoriti tidak bermakna pendapat ataupun perbincangan daripada minoriti harus disenyapkan. Ini tidak patut berlaku.

Perhimpunan balas adalah perlu untuk membolehkan dialog atau perbincangan mengenai isu-isu sukar seperti hak sivil. Jangan lupa, setiap seruan untuk perubahan sosial atau kemajuan bermula sebagai suara minoriti.

Perhimpunan balas adalah perlu untuk membolehkan penyuaraan naratif daripada orang yang membantah apa yang dipaksakan ke atas mereka. Tanpanya, adalah ilusi atau tanggapan bahawa semua orang bersetuju.

FAQ on Hadi’s bill to amend Act 355

What is Hadi’s bill? Does it require a simple majority in Parliament to be passed?

It is an amendment to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, also known as Act 355.

The private member’s bill by Pas president and Marang MP Abdul Hadi Awang seeks to increase the limits of punishments that Sharia courts can impose to 30 years’ prison, a RM100,000 fine and 100 lashes of the cane.

The punishments that Sharia courts can mete out are currently limited to three years’ jail, a RM5,000 fine and six strokes of whipping.

A simple majority would do to pass the bill. The prime minister has also said the government will take over the bill, increasing the likelihood of the passage of the bill.

If Hadi’s bill is approved, who will hold the final decision on punishments in this country? Sharia courts or the Federal Court?

The state legislatures create the offences and set its punishments.

The jurisdiction of the Sharia courts to hear these offences and impose the punishments depends on whether Parliament has passed a law to enable it to. That is what Hadi’s bill is attempting to do, by increasing the punishments that the Sharia courts can impose.

The civil courts cannot interfere with the jurisdiction of the Sharia courts unless the Sharia court has imposed a punishment that is over the limit provided by the law.

Does this empower Jakim and other Muslim enforcement agencies in Malaysia to be of the same level as the police? Can they arrest people for breaking hudud?

There is no such thing as hudud until the Constitution is amended to say that “the Holy Qur’an and the Sunnah are the supreme law”.

Islam is a matter for the states. A majority of the states have already passed laws to create religious enforcement officers to carry out the investigation of offences under the state law, and Syarie prosecutors to institute, conduct or discontinue proceedings for offences in the Sharia court.

Jakim is only a department under the Prime Minister’s Department, and is not concerned with the enforcement of state Islamic laws in the respective states.

Can Sharia courts judge non-Muslims?

The Sharia court has no jurisdiction over non-Muslims. A non-Muslim cannot commit a state Islamic law offence.

Do state Islamic departments have the legal authority to take action against non-Muslims? The Selangor and Negri Sembilan religious departments had confiscated items from Ninja Joe last year during their investigations, even though the pork burger chain is owned by non-Muslims.

For offences committed under state Islamic laws, no. Only over persons professing the religion of Islam.

If the Muslim majority wants state Islamic law to be stricter, and it goes in line with the parliamentary process, why is there a need for a counter rally?

Parliament is a secular institution which can make laws that affect everyone in the country. Malaysians are represented by MPs who vary in ethnicity and religion.

Certain people may not agree to the necessity or expediency of a particular law. So one way in which they can convince others to agree with them is through an assembly. When more people are convinced of an idea, they can lobby their MPs to vote accordingly.

Malaysia is a Muslim-majority country. It has, in the Federal Constitution, listed Islam as the religion of the federation. However, it does not mean that we are an Islamic country. Malaysia is not only a secular country, but also a democracy.

It is necessary that the views of both the majority and minority be heard. Just because there is majority support, it doesn’t mean that contrary opinions or discussions of the minority should be silenced; neither should they be told to shut up. Might is not necessarily right.

A counter rally is necessary to force a dialogue or discussion into difficult topics such as civil rights. Don’t forget: every call for social change or progress starts off as a minority.

A counter rally is necessary to ensure the narrative – that there are people who object to what is being imposed – is heard. Without it, the impression would be that everyone agrees.

Sumber: Bebas

Thanks for dropping by! You are one of an increasing number of readers looking up Aliran for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.
(Visited 734 times, 1 visits today)

NO COMMENTS

Leave a Reply