RUU355 akan melemahkan ekonomi negara, ujar bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan

Mohd Sheriff Mohd Kassim merayu Perdana Menteri Najib untuk melupakan sahaja Rang Undang-Undang 355 kerana ada tugas lain yang lebih penting.

Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia

Saya merayu YAB tidak menyokong RUU355 kerana ia akan menyulitkan lagi kelemahan ekonomi negara dan seterusnya merosotkan sentimen terhadap nilai matawang ringgit. Akibat nilai ringgit yang lemah ialah inflasi meningkat dan harga barangan dan kos kehidupan rakyat akan merosot, dan yang akan menanggung bencana ini kebanyakkannya orang Melayu kita juga.

YAB tentu maklum bahawa sentimen sekarang sangat lemah kerana isu-isu urus tadbir negara atau governance berkaitan 1MDB yg masih belum diselesai. Walau apa pun YAB berkata tentang kekuatan economic fundamentals, nilai ringgit dan sentimen pelaburan tidak akan pulih jika isu-isu ini masih tergantung di leher negara.

Jika YAB menyokong RUU355, para pelabur dalam dan luar negara akan mentafsir bahawa ianya satu permainan politik untuk melari dari tanggungjawab yang amat mendesak ia itu memulihkan ekonomi negara.

RUU355 akan memecah belahkan rakyat dan membawa mereka merasa bimbang atas masa depan negara yang berbilang kaum ini. Bila rakyat tidak yakin dengan masa depan Malaysia, ekonomi kita akan hilang kekuatannya dan rakyat akan menjadi mangsa semata-mata kerana kepimpinan yang suka bermain politik dengan ugama.

Dengan kata-kata demikian saya, sebagai bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan dan ketua pengarah Unit Pearancangan Ekonomi suka menasihatkan YAB untuk melupakan sahaja RUU355 kerana ada tugas lain yang lebih penting untuk YAB menyelesaikan dulu.

Tan Sri Mohd Sheriff bin Mohd Kassim
15 Februari 2017

Sumber: Facebook G25

We hope you found this article useful. You are one of an increasing number of readers looking up this website for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member.
(Visited 112 times, 1 visits today)

SIMILAR ARTICLES

NO COMMENTS

Leave a Reply