Pengharaman Comango: Halangan terhadap kebebasan berpersatuan

 

Suhakam berpendapat kenyataan mengharamkan Comango akan menjejaskan usaha kumpulan masyarakat sivil dalam melindungi hak asasi manusia. (English version below)

human rights coalition in Malaysia

The Comango team – Photograph: Malaysiakini

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri berkenaan Comango Merupakan Satu Halangan terhadap Kebebasan Berpersatuan dan Kebebasan Bersuara di Malaysia

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) amat kesal dan bimbang dengan kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Januari 2014 yang menyatakan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia (Comango) adalah sebuah organisasi haram.

Suruhanjaya berpendapat bahawa kenyataan sedemikian menafikan hak asasi kumpulan masyarakat sivil kepada kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara serta menjejaskan usaha kumpulan masyarakat sivil dan para pejuang hak asasi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini.

Kenyataan tersebut juga mencerminkan kegagalan pihak Kementerian dalam mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh kumpulan masyarakat sivil sebagai mekanisme “check and balance” dalam sebuah sistem demokrasi yang berfungsi sepenuhnya dan berkembang maju, seperti yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri.

Suruhanjaya menyeru pihak Kerajaan, selaku ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Hak Asasi Manusia yang dihormati, mematuhi dan memenuhi komitmennya sepertimana yang tertera dalam Resolusi 12/2 Majlis Hak Asasi Manusia (“Kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, wakil-wakilnya dan mekanisme dalam bidang hak asasi manusia”) yang memerlukan negara-negara anggota mengambil langkah-langkah untuk melindungi pembela-pembela hak asasi manusia dan menghalang segala jenis intimidasi atau tindakan balas terhadap mereka yang melakukan kerja-kerja mempromosi hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Suruhanjaya menyeru Kerajaan untuk berunding dan berdialog bagi menangani cabaran pluralisme dalam semangat “1 Malaysia”, dan bukannya melakukan gangguan dan penindasan secara selektif terhadap Comango dan kumpulan hak asasi manusia yang lain di negara ini.

Suruhanjaya juga menggesa Kerajaan untuk mengkaji semula undang-undang sediada yang bersifat menekan, khususnya Akta Pertubuhan 1966, yang mengehadkan hak warganegara untuk membentuk dan mengendalikan organisasi mereka. Sebarang penggantungan dan kajian semula terhadap persatuan seharusnya dilakukan secara saksama, bebas serta mematuhi prinsip-prinsip hak asasi manusia yang merupakan asas kepada sebuah sistem demokrasi yang berfungsi sepenuhnya.

Tan Sri Hasmy Agam ialah pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)

English version

Ministry of Home Affairs’ Statement on Comango a Setback for the Freedom of Association and Expression in Malaysia

The Human Rights Commission of Malaysia (the Commission) views with deep regret and concern the statement by the Ministry of Home Affairs on 8 January 2014 denouncing the Coalition of Malaysian NGOs (Comango) as a “haram” organisation.

The Commission opines that such statement denies the fundamental rights of civil society groups to freedom of association and expression and undermines the effort of civil society groups and advocates in promoting and protecting human rights in this country.

The statement also reflects the failure on the part of the Ministry to recognise the important, indeed essential checks and balances role played by civil society groups in a full functioning and thriving democracy, as acknowledged and proclaimed by our Prime Minister.

The Commission calls on the Government, as a well-respected member of the United Nations, as well as the Human Rights Council, to observe and fulfil its commitment as proclaimed in the United Nations Human Rights Council (HRC) Resolution 12/2 (“Cooperation with the United Nations, its representatives and mechanisms in the field of human rights”) which requires states to undertake measures to protect human rights defenders and to prohibit all forms of intimidation or reprisal against people for their work to promote human rights at the international level.

The Commission calls on the Government to engage in consultations and dialogues in addressing the challenges of pluralism in the spirit of “1 Malaysia”, instead of selective harassment and suppression against Comango and other human rights groups in this country.

The Commission also urges the Government to review existing oppressive laws, particularly the Societies Act 1966, that restrict the citizens’ right to form and operate their organisations. Any suspension and review of associations must be done impartially, independently and in compliance with human rights principles which are the key foundation for a functioning democracy.

Tan Sri Hasmy Agam is chairman of the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam)

(Visited 159 times, 2 visits this week)

You may also like...

Receive a FREE daily email of our latest website posts
Subscribe

Come on, tell us what you think

Over 5000 people receive our FREE weekly e-newsletters with the latest insights
Subscribe now