‘Checks and balances’ diperlukan untuk Kumpulan Wang Simpanan Guru

Dr Jeyakumar Devaraj mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk menubuhkan satu Yayasan untuk menjaga kebajikan kaum guru – tetapi ada beberapa isu yang beliau membangkitkan.

Islamic-school

Yang pertama, Yayasan Tun Hussein Onn ini akan mengambil alih aset Kumpuan Wang Simpanan Guru yang telah diwujudkan pada 1960an dari caruman guru-guru pada masa itu.

Saya difahamkan bahawa lebih kurang 10000 guru telah mencarum pada Kumpulan Wang Simpanan Guru dan bahawa pada masa ini aset Kumpulan Wang ini adalah beberapa ratus juta ringgit kerana mempunyai hartanah dan bangunan.

Apakah nasib guru-guru yang pernah mencarum pada dana ini? Mereka semua sudah bersara – apakah situasi mereka? Ataupun jika mereka telah meninggal, apakah situasi balu mereka?

Adakah cadangan dana Yayasan baru ini digunapakai untuk menghulurkan bantuan kebajikan kepada kumpulan guru yang pernah mencarum pada dana ini pada satu masa dahulu?

Saya juga mahu Menteri menjelaskan samada pemindahan dana yang dikutip daripada satu kumpulan kepada satu yayasan baru sah di sisi undang-undang jika ia-nya tidak diluluskan oleh pencarum asal.

Poin kedua yang saya ingin membawa adalah Fasal 10 dalam Akta ini – keanggotaan Lembaga Yayasan Guru. Pada saya komposisi lemabaga adalah “top heavy” di mana semua anggota lembaga dilantik oleh Menteri Pendidikan ataupun Menteri Kewangan. Tiada ruang yang mencukupi untuk suara-suara guru biasa yang merupakan kumpulan sasaran yayasan ini.

Saya ingin mengesyorkan, keanggotaan lembaga diperluaskan dengan perlantikan lima orang guru yang sedang berkhidmat – tiga dari Semenanjung dan satu dari Sabah dan satu lagi dari Sarawak. Dan kelima guru ini dilantik oleh Kesatuan Guru NUTP dan bukan oleh Menteri. Ini akan membawa suara guru ke dalam lembaga.

Poin ketiga yang saya ingin bawa adalah Fasal 6(2)(i) yang menyatakan bahawa Yayasan ini boleh memberi pinjaman atau biasiswa pada kakitangan Yayasan.

Adakah perlu untuk menghadkan amaun yang boleh diberi pada kakitangan Yayasan ke 0.1 peratus dari jumlah bayaran kebajikan tahunan? Kerana kita ada 400,000 orang guru di bawah Kementerian Pendidikan. Jika kakitangan Yayasan 200 orang, ini hanya merupakan 0.05 peratus bilangan guru.

Point ke-empat adalah berkaitan Fasal 33 – Laporan Tahunan. Laporan ini harus dipaparkan atas website Yayasan bersama dengan senarai orang yang dibantu dalam tahun itu supaya memberi satu maklumbalas yang jelas pada kaum guru. Ini akan mewujudkan satu system ‘check and balance’ untuk dana Yayasan ini.

Cadangan kerajaan menubuhkan yayasan ini menunjukkan kesedaran bahawa system laissez-faire ataupun system pasaran bebas tidak dapat menjaga segala kepentingan rakyat. Oleh itu adalah perlu rakyat, melalui kerajaan mereka, mewujudkan program-program untuk memberi perlindungan pada kumpulan-kumpulan yang miskin atau terpinggir.

Saya ingin mengesyorkan pada kerajaan untuk mengkaji ide pension untuk semua pekerja swasta. Negara kita ada lebih daripada 5 juta pekerja swasta, dan situasi mereka adalah lebih tidak tentu berbanding kumpulan guru. Pekerja swasta tidak menerima pensen, dan kebanyakan daripada mereka menghabiskan simpanan KWSP mereka sebelum mereka sampai umur 65 tahun.

Bolehkah kerajaan memulakan satu skim pension sebanyak RM200 se bulan untuk semua rakyat Malaysia bila sampai usia 70 tahun jikalau mereka tidak menerima pensen kerajaan ataupun pensen Perkeso?

Saya harap kerajaan dapat mengkaji syor ini. Pada hitungan saya, ini akan mengambil dana sebanyak RM1.5bn setahun. Bukan besar sangat. Harus dikaji.

Ucapan di atas dibuat leh Dr Jeyakumar Devaraj semasa perbahasan Rang Undang-Undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn pada 9 Jun 2014.

(Visited 69 times, 1 visits this week)

You may also like...

Receive a FREE daily email of our latest website posts
Subscribe

Come on, tell us what you think

Over 5000 people receive our FREE weekly e-newsletters with the latest insights
Subscribe now